backup og meta

Rambut Boleh BOTAK Akibat Jangkitan Kulat & Kurap! Lakukan Perkara Ini Untuk Atasinya

Rambut Boleh BOTAK Akibat Jangkitan Kulat & Kurap! Lakukan Perkara Ini Untuk Atasinya

Kulit adalah organ tubuh badan yang terbesar tetapi tidak ‘kebal’ dan masih wujud risiko untuk ia terkena jangkitan mikrob termasuk kulat. Fokuskan kepada jangkitan kulat pada kulit kepala. Apakah maksud, punca, gejala, kesan serta perawatan terbaik untuk masalah ini?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Jangkitan kulat pada kulit kepala, normalkah?

Untuk pengetahuan anda semua, organisme kulat (fungus atau fungi) cenderung menjangkiti dan mendiami bahagian kulit yang lembap seperti bawah lengan, tapak kaki serta alat kelamin.

Pun begitu, ia masih boleh terjadi kepada mana-mana kawasan kulit termasuk kulit kepala ekoran faktor sama yakni kelembapan yang bakal terjejas gara-gara kehadiran minyak atau peluh.

Kulat yang sering menyerang kulit kepala dikenali dengan nama dermatofit dan ia turut dipercayai boleh merebak serta membiak di sekitar tisu, sel, liang atau folikel rambut yang sudah mati.

jangkitan kulat pada kulit kepala

Kebiasaannya, kulat ini akan muncul daripada tempat tidur, sikat rambut, haiwan peliharaan atau angkara tabiat individu itu sendiri yang kurang prihatin akan kebersihan dan kesihatan diri.

Walaupun ia sering dikaitkan dengan golongan kanak-kanak dan remaja, namun tidak mustahil juga bagi kalangan orang dewasa mengalami jangkitan terbabit. Dalam erti kata mudah, semua individu itu masih mempunyai risiko terkena jangkitan kulat pada kulit kepala.

Apa pula gejala dan kesan jangkitan pada anda?

Pada peringkat awal, kewujudan kulat dermatofit di kulit kepala anda mungkin tidak akan mampu disangka dan dikesan kerana ia mungkin tidak akan menimbulkan sebarang tanda yang jelas.

Hanya apabila ia sudah mula merebak dan membiak dengan banyak, mungkin akan muncul kurap pada kulit kepala dengan variasi bentuk dan saiz bergantung kepada tahap keseriusan isu ini.

Dalam pada itu, akan muncul beberapa gejala lain berlaku pada kulit kepala anda seperti di bawah:

jangkitan kulat pada kulit kepala

Apa yang lebih membimbangkan adalah jangkitan kulat pada kulit kepala juga boleh menjejaskan rambut di mana individu mungkin mengalami masalah keguguran dan kebotakan yang teruk.

Ini adalah angkara pembentukan kurap di kulit kepala yang menghambat dan menghalang proses pertumbuhan rambut baharu. Kesannya, kulit kepala individu akan mula nampak bertompok.

Apa individu boleh buat untuk elak dan rawat?

Dalam usaha bagi mengelakkan kondisi ini terjadi, anda perlu lebih peka dengan tahap kebersihan dan kesihatan kulit kepala dengan cara lebih kerap mandi serta cuma menggunakan segala produk seperti sabun, syampu, perapi, pelembut yang sesuai sahaja.

Baca lagi artikel berkaitan:

Disebabkan itu, adalah penting untuk anda meneliti isi dan testimoni setiap produk sebelum pakai kerana mungkin wujud bahan tertentu yang tidak sesuai terhadap segelintir individu.

Dalam pada itu, anda juga kena mendapatkan ubat jangkitan kulat pada kulit kepala dengan preskripsi doktor agar dapat membunuh lantas membuang kulat itu daripada kulit kepala.

Bagi menyelesaikan gejala lain seperti kegatalan, kesakitan dan ketidakselesaan yang wujud akibat kurap kesan kulat ini, sila dapatkan krim topikal atau oral daripada pakar dermatologi.

Ingat! Elakkan tabiat menggaru kepala yang berlebihan kerana ia boleh membawa kepada masalah pendarahan. Sebaiknya, rujuk doktor segera jika ada sebarang isu lain yang mengganggu.

jangkitan kulat pada kulit kepala

Suburkan kembali kulit kepala dan rambut anda!

Seperti mana di atas tadi, implikasi yang paling membimbangkan akibat jangkitan kulat pada kulit kepala ini merupakan keguguran atau kebotakan rambut sekali gus menjejaskan penampilan.

Pertama, anda harus menyelesaikan masalah kurap di kulit kepala itu terlebih dahulu dengan cara mendapatkan khidmat doktor di samping lebih prihatin aspek kebersihan serta kesihatan diri.

Bagi membantu merawat masalah rambut gugur dan botak yang telah dialami, ada banyak kaedah perawatan untuk menumbuhkan serta melebatkan semula rambut ‘rontok’ akibat jangkitan ini.

Penggunaan produk disahkan oleh pakar di pasaran sangat disyorkan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba prosedur lain termasuk merangsang sel, liang dan folikel rambut atau lebih mudah menanam rambut sintetik meskipun ia perlu banyak masa dan kos.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Dermatophyte Infections, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2003/0101/p101.html, Accessed Nov 30 2022.
  2. Dermatophyte Infection, https://www.osmosis.org/answers/dermatophyte-infection, Accessed Nov 30 2022.
  3. Diagnosis of Dermatophytes, https://www.aacc.org/science-and-research/clinical-chemistry-trainee-council/trainee-council-in-english/pearls-of-laboratory-medicine/2018/diagnosis-of-dermatophytes, Accessed Nov 30 2022.
  4. Scalp Problems, https://healthy.kaiserpermanente.org/health-wellness/health-encyclopedia/he.scalp-problems.aa84397, Accessed Nov 30 2022.
  5. Medication for Hair Loss, https://nyulangone.org/conditions/hair-loss/treatments/medication-for-hair-loss, Accessed Nov 30 2022.

Versi Terbaru

20/04/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Lihat, Ini 6 Masalah Kulit Kepala Yang Sering Individu Ada, Kena Ubah Penjagaan Rambut!

Rimasnya Bila Kulit Kepala Gatal, Ada 5 Bahan Semula Jadi Boleh Bantu Rawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan