Tiada siapa yang mahu rambut mereka tumbuh uban dengan banyak kerana ia akan memperlihatkan anda lebih tua daripada usia sebenar. Disebabkan itu juga, telah wujud pelbagai cara menghitamkan rambut.
Antara cara yang paling mudah, murah lagi popular adalah dengan menggunakan pewarna rambut atau ‘dye‘ namun tidak kurang ramai pula yang tidak suka akan kaedah ini.
Ini kerana ia mungkin mampu menghitamkan namun merosakkan rambut. Jadi, apa lagi alternatif efektif yang ada? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu lebih lanjut!
Dye, cara menghitamkan rambut paling efisien?
Sebagai cara yang paling mudah, murah dan popular, anda mungkin boleh mewarnakan rambut dengan produk pewarna hitam sama ada di salun atau di rumah sendiri.
Pun begitu, cara ini telah mendatangkan rasa ragu dan risau angkara bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam produk itu mungkin boleh membahayakan diri anda.
Berikut adalah antara bahan kimia di dalam produk pewarna rambut yang mungkin bahaya:
- Para-phenylenediamine (PPD) – memicu reaksi alergi dan zat punca kanser (karsinogen)
- Hidrogen peroksida – menyebabkan mata rasa pedih
- Plumbum asetat – mengakibatkan sistem saraf rosak
- Formaldehida – menjadi dalang kerosakan janin dalam rahim
- Amonia – boleh meracun, menghakis dan jadi punca gangguan pernafasan
- Resorsinol – menjejaskan kestabilan hormon dalam tubuh badan
- DMDM hydantoin – mendatangkan masalah pada sistem imunisasi
Dalam erti kata yang lebih mudah, kaedah menghitamkan rambut dengan dye bukan sahaja boleh merosakkan rambut malah menjejaskan keseluruhan kesihatan tubuh badan.
Apa alternatif lain yang mungkin lebih efektif?
Sekiranya anda tidak mahu untuk menghitamkan rambut anda dengan menggunakan pewarna, mungkin ada beberapa lagi alternatif efektif secara semula jadi seperti berikut.
#1. Minyak kelapa
Umum sudah tahu bahawa minyak kelapa memang banyak manfaat untuk mahkota di kepala. Ia juga mungkin salah satu alternatif menghitamkan rambut yang boleh dicuba.
Ini kerana minyak kelapa mengandungi asid laurik yang sangat tinggi dan ia mungkin mampu membuat minyak daripada buah ini agar ia lebih mudah diserap ke dalam rambut.
Kesannya, rambut anda mungkin dapat menjadi lebih kuat, sihat dan sekali gus mengurangkan risiko warna rambut pudar serta menghitamkan rambut secara semula jadi.
Cara menghitamkan rambut #2. Kopi
Kopi itu bukan sahaja minuman yang menyelerakan lagi menenangkan, malah ia juga boleh jadi salah satu ikhtiar dalam usaha mendapatkan rambut yang tampak lebih hitam.
Berkat kafein yang ada di dalamnya, ia diketahui dapat membuat tubuh badan lebih segar jika diminum dan juga dipercayai dapat membuat rambut lebih hitam jika disapu.
Selain itu juga, warna hitam pada kopi ini dikatakan mampu untuk menggelapkan rambut yang beruban secara semula jadi lantas menjadi ‘noda hitam’ alami pada rambut.
Cara menghitamkan rambut #3. Avokado
Tergolong dalam kategori superfood, anda juga boleh menggunakan minyak dan lemak di dalam biji buah ini untuk disapu pada rambut dalam usaha untuk menghitamkannya.
Ini kerana ia sangat kaya dengan vitamin yang mampu memberi nutrisi pada kulit kepala selain membantu menjaga kesihatan rambut – International Journal of Trichology.
Bukan itu sahaja, mineral seperti kalium dan magnesium di dalam avokado turut mampu untuk menutupi sel kutikula sekali gus membuat rambut lebih hitam, halus dan kilat.
#4. Minyak bijan
Untuk pengetahuan anda semua, minyak bijan adalah salah satu sumber asid lemak omega-3 dan 6 yang diperlukan tubuh badan serta rambut untuk ia tampak lebih sihat.
Ia mungkin boleh digunakan sebagai masker pada kulit kepala untuk menyihatkan rambut kerana ia bersifat emolien di mana ia mampu menjadi lapisan pelindung rambut.
Meskipun ia mungkin tidak mampu untuk menghitamkan rambut secara lebih langsung, minyak ini dikatakan dapat membuat rambut tidak kusam dan tampak lebih berkilauan.
#5. Daun sage
Cara menghitamkan rambut yang lain pula adalah dengan menggunakan ekstrak daun sage. Selain digunakan sebagai rempah ratus, daun ini juga boleh jadi bahan pewarna.
Kandungan pigmen pada daun sage mungkin dapat membantu menutup uban secara semula jadi jika diekstrak dan disapu pada bahagian rambut yang beruban dan kulit kepala anda.
Dalam pada itu, ia juga sangat kaya dengan antioksidan yang mungkin dapat membantu mencegah serta mengurangkan pertumbuhan uban baru, namun kajian lanjut masih perlu dijalankan.
Bagaimana pula dengan inai untuk rambut?
Ya, mungkin memang banyak bahan semula jadi yang boleh anda cuba untuk guna sebagai cara menghitamkan rambut seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi.
Bagaimana pula dengan inai untuk rambut? Ia juga mungkin adalah salah satu ikhtiar untuk mewarnakan rambut dengan warna lain selain hitam seperti merah dan oren.
Sebaiknya, sila rujuk pada pakar rambut untuk mendapatkan jawapan dan rawatan terbaik ya!