backup og meta

Ada Manfaat Aloe Vera Untuk Rambut, Tapi Kena Ikut 7 Cara Betul Ini Sapu Di Kepala!

Ada Manfaat Aloe Vera Untuk Rambut, Tapi Kena Ikut 7 Cara Betul Ini Sapu Di Kepala!

Seringkali dikatakan bagus digunakan pada kulit, namun mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa gel aloe vera untuk rambut juga boleh bawa banyak manfaat! Persoalannya, adakah perkara ini benar atau hanya mitos masyarakat dahulu? Jom baca artikel untuk tahu.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Gel lidah buaya bagus untuk kulit & rambut?

Seperti ramai yang sedia maklum, lidah buaya adalah sejenis pokok berwarna hijau, berdaun tebal, berbatang dan berlendir di mana wujud gel di dalam tumbuhan ini dengan banyak manfaat.

Tumbuhan yang turut popular dengan nama aloe vera ini lazim digunakan di dalam produk kulit kerana ia tinggi dengan vitamin dan mineral yang dikatakan penting bagi kulit individu.

Bukan itu sahaja, gel lidah buaya juga bersifat antiradang, antioksidan dan antimikrob sekali gus menjadikan ia sebagai antara bahan semula jadi yang bagus untuk organ paling besar ini.

aloe vera untuk rambut
Kelebihan aloe vera.

Masyarakat kita juga sudah lama menggunakan tumbuhan ini sebagai salah satu bahan tradisional dalam usaha mendapatkan kulit yang cantik dan sihat. Tetapi, bagaimana pula dengan rambut?

Adakah benar jika aloe vera untuk rambut itu memang bagus atau ini masih perlu kajian lanjut?

Manfaat aloe vera untuk rambut

Tidak dinafikan, rambut dan kulit kepala kita semua mungkin akan ada masalah yang kena segera diselesaikan dan penggunaan bahan semula jadi seperti gel lidah buaya mungkin salah satu ikhtiar.

Selain boleh digunakan bagi membentuk atau menyisir rambut, aloe vera juga mampu membantu:

Aloe vera gel untuk rambut #1. Melegakan kegatalan teruk di kulit kepala

Pertama, kegatalan teruk di kulit kepala yang disebabkan oleh keradangan atau kelemumur boleh dilegakan dengan lidah buaya untuk rambut ekoran tumbuhan ini tinggi sifat antioksidan.

Alasannya, sifat antioksidan tersebut akan membantu merawat kulit kepala yang meradang lantas melegakan rasa gatal di samping mengambat pembentukan dan pengumpulan kelemumur.

Menurut Journal of Dermatological Treatment, tumbuhan ini turut mempunyai kandungan asid lemak penting untuk individu menjalani kehidupan tanpa ada isu kegatalan yang teruk pada kulit.

#2. Aloe vera untuk rambut gugur

Kedua, gel lidah buaya untuk rambut ini amat tinggi dengan vitamin A, C, E, B12 dan macam-macam lagi nutrien yang boleh membantu mengurangkan masalah rambut gugur. Ini kerana kandungan tumbuhan ini boleh melancarkan lagi proses membaikpulih sel-sel yang lemah di dalam rambut.

#3. Aloe vera untuk masalah rambut botak

Ketiga, gel lidah buaya untuk rambut bagus demi membantu merangsang pertumbuhan anak-anak rambut di dalam folikel yang telah rosak atau hilang. Selain kandungan tumbuhan ini, urutan pada kulit kepala juga boleh melancarkan aliran darah lantas menyelesaikan masalah kebotakan.

tanda rambut rosak
Ciri-ciri rambut rosak.

#4. Mengurangkan rambut dan kulit kepala berminyak

Seterusnya, aloe vera untuk rambut itu juga bagus untuk mengurangkan minyak pada rambut dan kulit kepala akibat daripada sisa peluh atau produk yang sering digunakan oleh individu.

Ia ekoran tumbuhan ini berupaya menghambat penghasilan dan pengumpulan minyak berlebihan di kulit kepala melalui penggunaan gel lidah buaya sebagai alternatif minyak rambut lain.

#5. Lidah buaya untuk rambut yang sihat

Apa yang lebih menarik, aloe vera gel untuk rambut secara keseluruhan mampu mencipta struktur rambut lebih kuat serta sihat ekoran kandungan choline yang sangat tinggi di dalam tumbuhan ajaib ini.

Hasil daripada pemakaian yang kerap dan tepat, anda bukan sahaja boleh memiliki mahkota di kepala cantik malah bebas kusut, kusam atau kering, tidak berminyak dan kurang bercabang.

aloe vera
Fungsi aloe vera.

Cara guna aloe vera di rambut yang betul!

Persoalannya, bagaimana pula cara memakai aloe vera untuk rambut yang betul dan efektif?

  • Potong daun lidah buaya daripada pokok di bahagian yang paling dekat dengan akar. Jangan mencabut daun ketika memotong kerana ia akan membahayakan gel di dalam daun.
  • Cucikan dengan teliti bahagian luar daun.
  • Keluarkan gel daripada bahagian dalam daun.
  • Bersihkan rambut anda dengan syampu, pelembut, pelembap atau perapi.
  • Sapukan gel pada kulit kepala dan rambut dengan rata.
  • Biarkan gel di kulit kepala dan rambut selama yang anda mahu.
  • Basuhkan gel di kulit kulit kepala dan rambut sehingga yakin bersih.

Manfaat aloe vera untuk rambut

  • Melegakan kegatalan kulit kepala
  • Merawat masalah keguguran rambut
  • Mencegah masalah rambut botak
  • Mengurangkan rambut dan kulit kepala berminyak
  • Mencipta struktur rambut yang sihat dan kuat

Konklusinya, kandungan tumbuhan ini mungkin banyak manfaat untuk mahkota di kepala anda tetapi masih memerlukan kajian lanjutan untuk kita semua dapat benar-benar pasti tentangnya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Health Benefits of Aloe Vera. https://aanmc.org/featured-articles/aloe-vera-gel/. Accessed on February 9, 2024.

Aloe Vera: Not Just for Sunburns. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2019/august/aloe. Accessed on February 9, 2024.

5 Benefits Of Aloe Vera. https://selecthealth.org/blog/2018/08/5-benefits-of-aloe-vera. Accessed on February 9, 2024.

Aloe. https://www.mountsinai.org/health-library/herb/aloe. Accessed on February 9, 2024.

Aloe. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-aloe/art-20362267. Accessed on February 9, 2024.

Versi Terbaru

10/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Rupanya Ini 5 Sebab Lidah Buaya Biasa Ada Dalam Produk Kecantikan, Khasiatnya Tiada Lawan!

Daun Lidah Buaya Bukan Setakat Bagus Untuk Rambut & Kulit, Tapi Boleh Juga Rawat Luka!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan