backup og meta

Boleh Ke Wanita Pakai Pencuci Muka Lelaki Dan Sebaliknya? Kena Baca Ini!

Boleh Ke Wanita Pakai Pencuci Muka Lelaki Dan Sebaliknya? Kena Baca Ini!

Ramai orang yang percaya bahawa pencuci muka perempuan hanya untuk perempuan dan pencuci muka lelaki cuma untuk lelaki. Namun, tidak ramai yang tahu kenapa.

Disebabkan itu pula, individu akan rasa risau untuk pakai pencuci muka khusus untuk jantina lain kerana khuatir jika ia akan beri kesan buruk kepada kulit wajah mereka.

Persoalannya, wujudkah perbezaan di antara pencuci muka wanita dan lelaki? Jom kita baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Kenapa rutin penjagaan kulit wajah itu penting?

Semua orang sudah pasti mengimpikan kulit muka yang bersih dan cantik bukan? Disebabkan itu, wajarlah untuk kita semua mengamalkan rutin penjagaan kulit wajah.

Setiap rutin penjagaan kulit wajah itu bermula dengan membasuh atau mencuci muka dengan kerap dan baik. Komponen yang paling penting pula adalah pencuci muka.

Pencuci muka itu sangat penting dalam usaha individu untuk menyingkirkan minyak, peluh dan kotoran sekali gus menjadikan kulit wajah yang lebih bersih lagi cantik.

pencuci muka perempuan

Namun, anda juga perlu tahu bahawa setiap daripada kita mempunyai jenis kulit yang berbeza. Jadi, pemilihan produk pencuci yang paling tepat adalah sangat penting.

Secara umumnya, terdapat lima jenis kulit wajah yang perlu untuk anda ketahui dan kenal pasti:

  • Normal – Seimbang dari segi kelembapan dan ketahanan kulit
  • Lembap – Kulit yang sering lembap angkara peluh dan minyak yang terlalu banyak
  • Kering – Kulit yang sering kering akibat peluh dan minyak yang terlalu sedikit
  • Sensitif – Kulit sering rasa gatal dan mudah mengalami reaksi alergi akibat alergen
  • Kombinasi – Sebahagian kulit mungkin normal, lembap, kering, dan sensitif sementara bahagian lain pula berlainan

Dalam pada itu, ramai orang percaya bahawa kulit juga akan berbeza mengikut jantina individu. Kesannya, pencuci muka perempuan dan lelaki itu turut akan berlainan.

Kulit berbeza bergantung kepada jantina…

Untuk pengetahuan anda semua, kulit wanita dan lelaki itu memang ada perbezaan meskipun tidak begitu ketara. Jadi, rutin penjagaan kulit wajah juga mungkin tidak sama.

Secara biologi, kulit lelaki dan perempuan itu berbeza dalam aspek kolagen, tekstur serta tahap kelembapan, kekeringan serta sensitiviti yang berlainan sejak dari lahir.

Secara psikologi, orang perempuan itu mungkin lebih menitikberatkan soal rutin penjagaan kulit wajah berbanding lelaki sekali gus memberi kesan pada kulit muka.

Akibat faktor biologi dan psikologi ini, kulit lelaki itu mungkin cenderung untuk jadi lebih tebal berbanding wanita dan perlukan pencuci muka yang lebih ‘kuat’ atau ‘keras’.

pencuci muka perempuan

Dalam erti kata lebih mudah, pencuci muka perempuan dan lelaki itu mungkin tidak boleh sama!

Pencuci muka perempuan dan lelaki itu berbeza?

Ya, memang wujud pencuci muka yang khusus untuk jantina lelaki dan wanita dengan ciri khas:

  • Pencuci muka lelaki: Kebanyakan produk agak tinggi dengan bahan kimia ekoran tekstur kulit yang lebih tebal. Apa yang agak menarik, kebanyakan produk pencuci wajah untuk lelaki mempunyai banyak tujuan yakni untuk muka dan badan serta untuk cukur bulu
  • Pencuci muka perempuan: Kebanyakan produk mungkin rendah dengan bahan kimia ekoran tekstur kulit yang kurang tebal. Selain itu juga, banyak produk turut mempunyai efek 2 dalam 1 iaitu mencuci, menanggalkan dan membersihkan solekan pada kulit wajah

Disebabkan itu juga, anda sangat tidak disarankan untuk membeli dan menggunakan pencuci muka yang berbeza jantina kerana khuatir jika ia akan merosakkan kulit wajah.

Bagaimana pula dengan pencuci muka uniseks?

pencuci muka perempuan

Seiring dengan kemajuan dan kemodenan teknologi zaman kini, sudah wujud banyak produk dengan lebih daripada satu kesan dalam satu produk termasuk pencuci muka.

Di pasaran, ada juga pencuci wajah dwijantina yang kononnya boleh dipakai oleh kedua-dua lelaki dan perempuan. Pun begitu, ramai pakar kulit tidak setuju dengannya.

Ini terutamanya jika tidak wujud sebarang jaminan atau sokongan klinikal terhadap produk tersebut. Akibatnya, risiko untuk kulit anda rosak dan terjejas itu adalah lebih tinggi.

Sebagai langkah yang sihat lagi selamat, adalah lebih baik untuk individu wanita itu membeli dan menggunakan pencuci muka perempuan, begitu juga jika sebaliknya.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tentang rutin penjagaan kulit wajah, dapatkan nasihat dan informasi daripada doktor atau pakar kulit yang telah diperakui ya?

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What are skin types and why are they important?, https://www.skin.software/journal/what-are-skin-types-and-why-are-they-important, Accessed Mar 29 2022.
  2. Difference between male and female skin, https://ghc.health/blogs/all-about-men/difference-between-male-and-female-skin, Accessed Mar 29 2022.
  3. What Is the Difference Between Male and Female Skin?, https://doclists.in/male-vs-female-skin/, Accessed Mar 29 2022.
  4. How Are Men’s Facial Cleansers Different from Women’s Facial Cleansers?, https://doclists.in/how-are-mens-facial-cleansers-different-from-womens-facial-cleansers/, Accessed Mar 29 2022.
  5. Do You Really Need a Skin Care Routine?, https://www.nm.org/healthbeat/healthy-tips/do-you-really-need-a-skin-care-routine, Accessed Mar 29 2022.
  6. Skin care: 5 tips for healthy skin, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/skin-care/art-20048237, Accessed Mar 29 2022.

Versi Terbaru

24/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Nak Kulit Wajah Sentiasa Cantik? Ini Pencuci Muka Yang Terbaik Mengikut Jenis Kulit Anda!

Tip Pemilihan Pencuci Muka yang Sesuai dengan Kulit Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan