backup og meta

Bahaya Ke Buat Bekam Muka? Lepas Tahu 9 Manfaat Ini, Pasti Anda Ingin Cuba!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/12/2022

    Bahaya Ke Buat Bekam Muka? Lepas Tahu 9 Manfaat Ini, Pasti Anda Ingin Cuba!

    Pernahkah anda mencuba bekam muka? Tahukah anda bahawa kaedah bekam wajah ini sebenarnya mempunyai beberapa manfaat terhadap kulit muka? Ini kebaikan bekam muka yang mungkin anda kurang tahu. 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

    Apa itu bekam wajah?

    Bekam merupakan sejenis kaedah atau terapi alternatif yang menggunakan cawan penyedut bagi merangsang kulit dan juga otot.

    Ia bukan sahaja boleh dilakukan pada badan seperti kebiasaan ramai orang, tetapi juga boleh dibuat pada muka anda.

    Sedutan melalui cawan bekam ini menggalakkan aliran darah selain mengurangkan ketegangan otot.

    Ia juga boleh meningkatkan pembaikan sel dan regenerasi kulit. 

    Bagaimana bekam wajah berfungsi?

    bekam muka

    Kesan sedutan bekam akan menarik darah ke dalam kawasan kulit di bawah cawan bekam.

    Ia kemudiannya akan menepukan tisu di sekeliling dengan darah segar dan menggalakkan pembentukan saluran darah baharu.

    Bekam juga menggalakkan keradangan steril. Keradangan steril adalah satu bentuk trauma yang bebas patogen. 

    Sedutan bekam akan memisahkan lapisan tisu yang berbeza, mengakibatkan trauma mikro dan koyakan kecil.

    Ini kemudiannya mencetuskan tindak balas keradangan, lalu menyebabkan sel darah putih, platelet, dan bantuan penyembuhan lain memenuhi kawasan kulit yang dibekam.

    Ini beberapa kebaikan bekam muka

    Seperti bekam pada badan, bekam wajah turut mempunyai beberapa kebaikan dan manfaatnya yang tersendiri.

    Antaranya ialah:

    • Menguatkan struktur kulit dan juga tisu-tisu penghubung
    • Meningkatkan aliran darah yang kaya dengan oksigen
    • Menenangkan ketegangan otot
    • Merangsang sel yang bertanggungjawab untuk penghasilan kolagen
    • Mencerahkan kulit
    • Mengurangkan kesebuan wajah
    • Meningkatkan penghantaran nutrien penting ke bahagian kulit muka
    • Menyerap vitamin daripada produk penjagaan muka dengan lebih baik
    • Mengurangkan pembentukan dan kewujudan calar, garis halus dan juga kedutan pada muka

    Adakah terdapat kesan sampingan bekam wajah?

    bekam muka

    Apa pun yang anda lakukan, pasti terdapat beberapa kesan sampingan yang boleh berlaku. Ini termasuklah ketika dan selepas anda melakukan bekam muka.

    Antara kesan sampingan yang boleh terjadi ialah:

    Walau bagaimanapun, kesan sampingan ini hanyalah bersifat kecil atau sementara sahaja.

    Ia hanya berlaku buat seketika, sewaktu anda melakukan bekam atau selepas proses tersebut. 

    Bagaimana cara membuat bekam sendiri di rumah?

    Untuk membuat bekam wajah di rumah tidaklah begitu sukar. Apa yang paling penting, anda mempunyai alat bekam khusus yang sesuai digunakan pada wajah.

    Jika ada, ikuti cara-cara di bawah ini:

    1. Cuci muka dengan bersih dan lap sehingga kering.
    2. Urut dengan ringkas muka anda bagi meregangkan otot yang menegang.
    3. Sapukan sedikit minyak pada muka bagi mengelakkan lebam ketika dibekam. 
    4. Letakkan cawan bekam pada dagu dan mulut anda dan mula berbekam. Biarkan cawan tersebut selama beberapa saat sahaja.
    5. Kemudian, tukar cawan bekam ke kawasan lain di sekitar muka anda seperti pipi dan juga dahi.
    6. Gunakan cawan bekam yang lebih besar, sesuai dengan kawasan yang ingin dibekam.
    7. Setelah siap membekam pada semua kawasan wajah yang diingini, lap minyak pada muka anda.
    8. Bilas muka dengan air suam.
    9. Setelah itu, anda boleh mula memakai produk penjagaan kulit kerana aktiviti bekam dikatakan boleh meningkatkan penyerapan produk pada kulit. 
    10. Jika wujud lebam selepas berbekam, anda tidak perlu risau. Kerana ia perkara biasa ketika kulit dibekam dan akan menghilang dengan sendirinya. 

    Mana lebih baik, buat sendiri atau guna khidmat profesional?

    bekam muka

    Sebenarnya, terpulang kepada anda sama ada ingin melakukannya sendiri di rumah atau mendapatkan servis daripada penyedia khidmat bekam.

    Namun, jika anda menggunakan khidmat bekam, anda boleh menenangkan diri anda ketika dibekam.

    Selain itu, ahli profesional lebih tahu kawasan dan cara yang paling sesuai untuk melakukan bekam wajah.

    Teknik yang digunakan juga lebih baik berbanding kita yang agak amatur. 

    Kesimpulan

    Seperti yang dinyatakan di atas, aktiviti bekam wajah memberikan banyak manfaat kepada kita.

    Ada yang bertanya, bekam muka berapa kali dan berapa harga bekam muka? Sebaiknya, bekam dilakukan dengan kerap.

    Namun, memandangkan ia mungkin meninggalkan kesan lebam pada wajah, seeloknya anda menunggu kesan lebam untuk hilang terlebih dahulu sebelum kembali berbekam.

    Untuk harga bekam pula, ia bergantung kepada pakej dan penyedia servis bekam.

    Biasanya, untuk satu sesi bekam, ia mungkin berharga antara RM50 hingga RM100. Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan