Jangan Biarkan Alat Sulit Seperti Hutan Belantara, Ini 5 Kaedah Buang Bulu Bawah, Elak Rengsa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 02/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Semua manusia yang lahir normal akan mempunyai bulu pada tubuh badan mereka termasuklah di bahagian alat kemaluan masing-masing.

Namun ia akan menjadi masalah sekiranya bulu alat kemaluan tidak diurus dan dirapi sehingga menampakkannya kusut dan serabut.

Persoalannya, bagaimana cara betul untuk mengemaskannya? Jom ikuti artikel ini!

Mengapa wujud bulu alat kemaluan?

Pernahkah kalian terfikir dan tertanya-tanya mengenai kewujudan rambut pada kawasan sekitar alat sulit anda?

Ya, kehadirannya memang datang tidak diundang dan pergi tidak dihalau, namun ketahuilah bahawa ada sebab ia wujud pada alat kemaluan.

Untuk pengetahuan anda, bulu ini wujud bertujuan memberi perlindungan kepada alat sulit daripada sebarang patogen yang boleh menjangkiti.

Selain itu, ia juga berfungsi sebagai pelindung alat sulit anda daripada geseran pakaian khususnya seluar dalam yang terlalu ketat.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ia mempunyai fungsinya yang tersendiri sama seperti bulu-bulu yang wujud pada tubuh badan yang lain.

Namun jika ia terlalu banyak, maka akan menyebabkannya kelihatan kusut dan serabut pada empunya tubuh badan.

Jadi apa yang perlu dibuat? Tenang, kami akan berikan anda cara untuk mengemaskannya!

bulu kemaluan

Ini cara kemaskan bulu alat kemaluan!

Sekiranya anda sudah kering idea untk mengemaskan rambut pada sekitar kawasan ari-ari yang mengganggu kehidupan seharian, boleh cuba cara-cara berikut:

#1. Gunting

Sama seperti rambut di atas kepala, anda mungkin boleh mencuba cara paling mudah untuk mengemaskan bulu ari-ari iaitu hanya dengan mengguntingnya.

Apa yang kalian perlukan hanyalah gunting kecil dan juga sikat kecil untuk memudahkan proses pengguntingan.

Sikat adalah sangat perlu bukan sahaja untuk memudahkan malahan juga melindungi daripada gunting terkena kulit.

Caranya adalah dengan menyikat terlebih dahulu bulu tersebut dan gunting bulu yang terkeluar daripada gigi sikat dengan perlahan dan berwaspada.

Dalam pada itu, adalah penting untuk anda menggunakan gunting yang kecil serta tajam untuk mengelakkan kesakitan jika bulu tersebut tertarik.

#2. Cukur

Sekiranya anda tidak gemar kaedah menggunting kerana ia tetap akan meninggalkan bulu yang pendek, maka mencukurnya juga adalah pilhan terbaik.

Apa yang kalian perlukan hanyalah pisau cukur dan juga krim cukur untuk memudahkan proses yang juga boleh diganti dengan sabun mandi sahaja.

Pertama sekali, sila sapukan krim pada bahagian bulu yang hendak dicukur dengan baik sebelum memulakan proses mencukur tersebut.

Harus diingatkan agar kalian menggunakan pisau cukur yang baharu serta tidak dikongsi bersama orang lain untuk mengelakkan risiko jangkitan patogen.

cukur bulu kemaluan

#3. Trim

Bukan misai dan janggut sahaja yang boleh menggunakan kaedah ini malahan bulu alat kemaluan juga boleh dirapikan dengan cara trim.

Apa yang anda perlukan hanya alat atau mesin trim biasa yang digunakan untuk mencukur bulu pada bahagian muka kalian.

Sama seperti kaedah mencukur, kalian juga mungkin memerlukan krim sapuan untuk memudahkan serta melicinkan permukaan alat sulit anda.

Kemudian, anda boleh trim bulu alat sulit dengan perlahan agar ia menepati kehendak kalian sendiri.

#4. Wax

Kebiasaannya, kita akan mendengar orang melakukan kaedah waxing ini pada bahagian bulu seperti kaki, ketiak dan lain-lain bukan?

Apa yang mungkin agak mengejutkan adalah anda juga boleh melakukannya pada bulu di sekitar kawasan alat kemaluan anda juga!

Caranya adalah sama seperti teknik waxing di bahagian lain yakni menggunakan krim pembuang atau peluntur bulu yang mungkin agak memedihkan.

Namun kesannya adalah sangat lama jadi sangat disarankan buat anda yang ingin melakukannya untuk merujuk kepada pakar di salun atau klinik.

bulu kemaluan lelaki

#5. Buang bulu alat kemaluan dengan laser

Akhir sekali, kalian juga mungkin boleh menggunakan kaedah yang paling moden, efektif namun sedikit berkos tinggi iaitu menggunakan laser.

Kaedah ini akan menggunakan cahaya yang berkonsentrasi tinggi untuk memusnahkan folikel rambut pada bulu alat sulit anda.

Dengan cara ini, maka ia akan terhapus secara kekal dan jika ia hendak tumbuh baru sekalipun akan mengambil masa yang sangat lama.

Ia mungkin agak berbahaya, jadi sila dapatkan khidmat pakar yang berdaftar okay?

Dengan 5 teknik ini, maka kalian tidak usah lagi risau dengan bulu alat kemaluan yang kusut dan serabut itu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ternyata Kaum Hawa Lebih Tertarik Dengan Lelaki Berjambang! Ini Alasan Saintifiknya

Para wanita lebih tertarik dengan lelaki berjambang? Benarkah? Jika ya, apakah sebab di sebaliknya? Ingin tahu dengan lebih lanjut? Jom baca artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Kulit 18/12/2020 . 3 minit bacaan

Sakit Saat Bersetubuh Akibat Endometriosis? Ikut Tip Ini Untuk Pengalaman Seks Yang Lebih Baik!

Endometriosis adalah antara penyakit wanita dan berisiko mempengaruhi kualiti hidup malah seks pesakit. Justeru, apa boleh dilakukan? Jom baca artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/12/2020 . 3 minit bacaan

Selepas Seks, Kena Meruang? Barulah Faraj Tidak Longgar, Busuk & Berbau! Betul Ke?

Ada wanita yang akan melakukan perbuatan meruang selepas seks bersama pasangan! Benarkah ia perlu untuk dilakukan? Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 11/12/2020 . 3 minit bacaan

Kulit Zakar Jadi Kering Sampai Mudah Tercedera & Berdarah? Ada 7 Sebab Ia Berlaku!

Pernah mengalami kulit zakar kering tapi tidak tahu sebabnya? Ini kami senaraikan punca sebenar keadaan ini berlaku! Jom klik untuk tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 09/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara hitamkan uban

Rambut Uban Jejas Penampilan? Relaks, Boleh Cuba 7 Ramuan Tradisional Ini Di Rumah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 15/01/2021 . 3 minit bacaan
penyakit kulit sopak

Jangan Terkejut, SOPAK Bukan Hanya Di Badan, Tapi Juga Boleh Ada Pada ZAKAR!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 04/01/2021 . 3 minit bacaan
kesan mandi laut

Ramai Gemar Mandi Laut Tanpa Tahu Efeknya Kepada Kulit, Bermanfaat @ Bahaya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 29/12/2020 . 3 minit bacaan
bisul di kemaluan

Tumbuh Bisul Pada Faraj Wanita? Usah Risau, Ini Cara Mudah Merawat, Hanya Di Rumah!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 21/12/2020 . 3 minit bacaan