backup og meta

Kalau Kulit Selalu Kena Bisul, Boleh Cuba Rawat Guna 14 Jenis Ubat Mujarab Ini!

Bisul boleh berlaku di mana-mana bahagian badan dan pada bila-bila. Biasanya ia disebabkan oleh jangkitan bakteria jahat. Namun, terdapat banyak lagi punca yang menyebabkan kemunculan bisul. Apakah ubat bisul paling mujarab yang boleh digunakan untuk merawat masalah ini?

Kalau Kulit Selalu Kena Bisul, Boleh Cuba Rawat Guna 14 Jenis Ubat Mujarab Ini!

Lihat senarai di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Apa itu bisul?

ubat bisul paling mujarab
Bisul yang muncul pada kulit muka

Sebelum mengetahui senarai ubat bisul paling mujarab, anda mesti tahu apakah bisul yang sebenarnya.

Bisul merupakan sejenis benjolan kulit yang dipenuhi dengan nanah.

Ia biasanya disebabkan oleh infeksi aau jangkitan bakteria.

Kondisi ini boleh menyebabkan ketidakselesaan, kemerahan, dan bengkak pada kawasan yang terjejas.

Walaupun bisul boleh berlaku pada sesiapa sahaja, ia lebih kerap dihadapi oleh individu berumur 30 hingga 40 tahun.

Punca-punca bisul terjadi

Bisul sering kali berlaku akibat kebersihan diri yang tidak diuruskan dengan baik.

Selain itu, ia juga terjadi disebabkan perubahan hormon atau sistem imun yang lemah.

Keadaan kulit seperti ekzema juga boleh meningkatkan risiko berlakunya bisul.

Bukan itu sahaja, bisul juga boleh berlaku disebabkan geseran pakaian atau terkena bahan kimia yang kuat.

8 ubat bisul paling berkesan di farmasi

ubat bisul paling mujarab
Anda boleh dapatkan ubat merawat bisul di farmasi

Jika anda mengalami bisul ringan, anda boleh terus datang ke farmasi berdekatan dan mendapatkan jenis-jenis ubat bisul paling berkesan seperti berikut:

  • Antibiotik topikal: Antibiotik ini mengandungi bahan aktif yang boleh membunuh bakteria penyebab bisul. Ia adalah antara ubat bisul paling mujarab yang boleh digunakan. 
  • Krim hidrokortison: Krim hidrokortison boleh mengurangkan kemerahan dan juga bengkak. Selain itu, krim ini juga memberikan kelegaan daripada kegatalan.
  • Antiseptik: Ubat ini membantu membersihkan kawasan yang dijangkiti selain mencegah jangkitan baharu. 
  • Ubat tahan sakit: Ia berfungsi mengurangkan rasa sakit dan membantu dalam mengurangkan bengkak.
  • Kompres panas: Kompres panas boleh membantu meningkatkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Ubat cuci: Mengandungi bahan yang boleh membersihkan dan mencegah jangkitan.
  • Salap ichthammol: Salap ini membantu membersihkan nanah dan mengurangkan kejadian bengkak, menjadikannya ubat bisul yang berkesan.
  • Antihistamin: Ubat tahan gatal ini boleh mengurangkan reaksi alergi dan gatal.

6 ubat bisul paling mujarab secara tradisional

Selain ubat-ubatan farmasi, anda juga boleh menggunakan bahan semula jadi atau remedi tradisional sebagai ubat paling mujarab untuk bisul.

Antara bahan-bahan sebagai ubat bisul yang berkesan ialah: 

  • Kunyit: Kunyit mempunyai sifat anti-radang dan antibakteria. Ia boleh dijadikan sebagai pes untuk merawat bisul.
  • Madu: Madu asli memiliki sifat antibakteria dan membantu dalam penyembuhan luka.
  • Aloe vera: Gel aloe vera memberikan kelegaan daripada rasa sakit dan gatal, serta mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Teh hijau: Teh hijau kaya dengan antioksidan. Ia boleh digunakan sebagai kompres untuk mengurangkan bengkak akibat bisul.
  • Bawang putih: Bawang putih juga mempunyai sifat antibakteria. Ia boleh digunakan secara topikal atau dimakan untuk melawan jangkitan.
  • Cuka epal: Cuka epal boleh membantu membersihkan dan menyahjangkit kawasan yang dijangkiti bagi mencegah jangkitan baharu.

Apa yang perlu dilakukan jika bisul bertambah teruk?

Jika bisul tidak menunjukkan tanda-tanda penyembuhan atau menjadi bertambah teruk, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera.

ubat bisul paling mujarab
Cara merawat jerawat dalam telinga anda

Jangan cuba memicit bisul kerana ia boleh menyebabkan jangkitan menjadi lebih teruk dan berkembang ke kawasan lain.

Kesimpulan

Kini anda telah tahu senarai ubat bisul paling mujarab yang boleh digunakan.

Bisul boleh diuruskan dan dirawat dengan pelbagai cara, sama ada dengan ubat farmasi atau rawatan tradisional.

Perhatian!

Paling penting, anda perlu menjaga kebersihan diri dan mengelakkan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya untuk mencegah bisul.

Jika simptom tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih, adalah disyorkan untuk mendapatkan nasihat perubatan profesional bagi mengelakkan komplikasi lain. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Boils and carbuncles. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/boils-and-carbuncles/diagnosis-treatment/drc-20353776. Diakses pada Oktober 9, 2023. 

Boils and carbuncles: How are boils treated?. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK513136/. Diakses pada Oktober 9, 2023.

Boil. https://dermnetnz.org/topics/boil. Diakses pada Oktober 9, 2023.

Boils & Carbuncles. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15153-boils-and-carbuncles. Diakses pada Oktober 9, 2023.

Boils. https://www.aocd.org/page/Boils. Diakses pada Oktober 9, 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ketuat Degil Di Jari Tak Hilang-Hilang? 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasi Dengan Pantas!

Celah Jari Kaki Mengelupas & Gatal? Awas, Itu Tanda Kulat Air! Ini Cara Rawatnya


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan