backup og meta

Hairan Kenapa Kulit Seakan Kemerahan Selepas Berjimak? - Ini Punca Sebenarnya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/01/2021

    Hairan Kenapa Kulit Seakan Kemerahan Selepas Berjimak? - Ini Punca Sebenarnya!

    Banyak ragam selepas seks yang boleh berlaku kepada pasangan suami isteri. Ada yang tertidur, ada yang menangis dan ada juga yang kulit menjadi seakan kemerahan! Kedengaran aneh bukan?

    Namun, itulah yang terjadi kepada mereka yang mempunyai kondisi dinamakan sebagai sex flush. Apakah ia? Adakah ia akan mendatangkan kesan terhadap tubuh badan?

    Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut!

    Apa itu kondisi sex flush?

    Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajar untuk kita mengenali kondisi ini terlebih dahulu.

    Sex flush adalah satu kondisi di mana kulit pada tubuh badan individu bertukar seakan kemerahan di saat sedang mengalami klimaks atau selepas tamat aksi hangat di ranjang.

    Kebiasaannya, kondisi ini dapat dilihat berlaku pada kulit wajah seseorang.

    Selain itu, ia juga boleh berlaku pada bahagian kulit di dada dan belakang tubuh badan serta alat kemaluan individu lebih-lebih lagi jika anda adalah seorang yang berkulit putih dan cerah laksana salju.

    Untuk lebih terperinci, sex flush ini mungkin timbul pada bahagian kulit muka, perut, tangan, kaki dan payudara. Sementara bagi lelaki pula, ia akan timbul pada bahagian atas perut, dada, belakang, bahu dan muka.

    Persoalannya, apakah yang menyebabkannya berlaku?

    Apa punca sex flush berlaku?

    Sex flush adalah sebahagian dari kitaran tindak balas seksual individu, yang mempunyai kaitan dengan perubahan fizikal dan mental seseorang setiap kali menghampiri orgasma.

    Ini adalah sesuatu yang normal dan anda tidak perlu risau akannya. Namun, ia tidaklah bermakna bahawa anda dan pasangan adalah tidak normal jika tidak melaluinya.

    Ini kerana setiap individu itu adalah berbeza. Mungkin ada yang akan mengalaminya dengan warna yang lebih pekat sementara ada juga yang akan mengalaminya dengan warna yang lebih cerah.

    Namun, ada juga individu yang langsung tidak akan melalui fasa ini.

    Cuma, ada beberapa perkara yang kalian perlu perhatikan tentang sex flush ini.

    Adakah kalian perlu risau tentangnya?

    Sex flush ini adalah kondisi yang bersifat sementara sahaja. Ia mungkin akan hilang dengan sendirinya selepas air mani terpancut keluar, atau beberapa ketika selepas itu – bergantung kepada individu.

    Dalam pada itu, ia juga bukanlah sesuatu yang menyakitkan. Perubahan warna pada kulit ini hanya akan menjejaskan permukaannya sahaja dan langsung tidak memberi apa-apa kesan kepada organ dalaman.

    Pun begitu , ada beberapa perkara yang suami isteri perlu perhatikan!

    Jika sex flush yang kalian alami ini disertai dengan rasa sakit atau gatal pada tubuh badan, ia mungkin disebabkan oleh perkara yang lain.

    Begitu juga dengan alat kemaluan anda. Warna zakar dan faraj anda tidak sewajarnya menjadi merah dalam tempoh masa yang lama tanpa sebarang sebab. Jadi, segera kunjungi pakar.

    Ada kemungkinan ia adalah tanda penyakit jangkitan kelamin (STD) atau kesan alahan yang terjadi sekiranya anda menggunakan kondom, losyen, pelincir, alat mainan seks dan dalam beberapa kes, air mani.

    Rawat sendiri di rumah atau jumpa doktor segera!

    masalah keputihan

    Dalam erti kata yang lebih mudah, sex flush adalah sesuatu yang normal dan akan hilang dengan sendirinya. Jadi, tiada apa yang kalian perlu risaukan jika ia masih belum kebah selepas beberapa minit.

    Apa yang anda perlu lakukan sebagai usaha untuk menghilangkannya adalah dengan berehat, minum air dengan cukup serta elak dari mandi air panas – ini adalah cara untuk merawatnya sendiri di rumah.

    Namun, jika ia masih belum hilang selepas berhari-hari atau lebih, ia mungkin tanda anda mengalami masalah lain seperti STD.

    Jadi, sila jumpa doktor segera untuk dapatkan rawatan terutamanya jika anda mengalami simptom seperti berikut pada kulit anda:

    • sakit
    • gatal
    • membengkak
    • terbakar
    • bernanah
    • berdarah
    • timbul ruam

    Akhir kata, kita sudah dapat menjawab persoalan apa itu sex flush. Namun, ketahuilah bahawa ia mungkin normal namun boleh jadi membahayakan jika sex flush yang kalian alami itu bukan disebabkan oleh aktiviti seks tapi penyakit seperti STD.

    Jadi, jangan ambil mudah ya!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/01/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan