backup og meta

6 Jenama Ubat Jerawat Farmasi TERBAIK, Lengkap Dalam Bentuk Sabun, Gel & Krim!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

6 Jenama Ubat Jerawat Farmasi TERBAIK, Lengkap Dalam Bentuk Sabun, Gel & Krim!

Ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, akne juga selalu muncul serentak secara tiba-tiba, bukan? Ini masanya untuk anda mengubah rutin dan mencari ubat jerawat farmasi yang terbaik!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.

Ubat jerawat di Watson, Guardian, Caring Pharmacy & lain-lain

Apabila mula muncul dan penuh bintik-bintik jerawat di muka atau di badan, semuanya akan jadi serba tidak kena.

Manakan tidak pula, tahap kecantikan dan keyakinan diri anda akan menurun mendadak. Maka, mulalah individu itu mencari rawatan dalam bentuk ubat jerawat pil atau krim jerawat terbaik di Watson, Guardian, Caring Pharmacy dan sebagainya.

Pun begitu, ada yang kata ubatan untuk rawatan masalah jerawat yang terbaik adalah daripada jenis topikal. Ini kerana ia akan terus diresap dan diserap secara langsung ke dalam liang-liang kulit yang berjerawat. Benarkah?

ubat jerawat farmasi
6 rahsia kulit glowing.

Persoalannya, apa antara contoh ubat jerawat farmasi yang anda boleh jumpa di pasaran? Adakah terdapat jenama atau bahan yang perlu dipertimbangkan? Kami mungkin boleh membantu!

Ubat jerawat farmasi yang terbaik anda boleh cuba!

Untuk makluman anda semua, terdapat banyak jenis ubat jerawat farmasi di pasaran sama ada dijual di dalam atau luar talian dan kesemuanya menjanjikan manfaat yang sama. Apakah contoh yang popular?

#1. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Pertama dan paling penting, rutin penjagaan atau perawatan akne itu haruslah bermula dengan pembersihan kulit wajah. Caranya adalah dengan menggunakan produk pembersih muka yang tepat!

Sabun ini dipercayai mampu membersihkan dan melembapkan kulit muka serta badan tanpa menyingkirkan sebum semula jadi. Ia juga amat sesuai buat semua individu tanpa mengira umur atau jantina.

Selain mampu membantu mencegah dan merawat jerawat, ia turut bertindak menyeimbangkan kadar pH pada kulit dengan formulasi serta bahan yang tidak akan menyebabkan masalah kerengsaan kulit.

Ubat jerawat farmasi #2. Benzac Acne Gel

Sehubungan di atas, anda juga boleh menggunakan gel untuk membantu mengecutkan dan menghilangkan jerawat.

Gel topikal merupakan antara ubat jerawat benzoyl peroxide paling berkesan dengan hanya 5% pengunaan bahan kimia di dalamnya. Namun, ia juga memasarkan variasi 2.5% khusus untuk pemula.

Apa yang anda perlu tahu, ubat kecutkan jerawat di Watson mahupun di farmasi seperti ini hanya untuk luaran dan harus mendapatkan saranan doktor atau ahli farmasi. Hentikan segera jika timbul sebarang kesan sampingan pada wajah anda.

Ubat jerawat farmasi #3. Nixoderm Acne Gel

Sebagai alternatif gel topikal yang lain, ada juga ubat kecutkan jerawat di Watson atau farmasi dengan kandungan lain, namun mendatangkan kesan serupa.

Gel topikal yang satu ini pula diformulasikan dengan asid salisilik dan sulfur. Bahan alami lain seperti minyak dauh teh, ekstrak lidah buaya dan gelang pasir pula akan membantu melawan jerawat.

Selain mampu mengurangkan atau menghilangkan akne, ubat jerawat farmasi ini turut mempercepatkan lagi proses pemulihan kulit. Dalam erti kata mudah, masalah parut selepas jerawat mungkin dapat diselesaikan.

Krim jerawat terbaik di Watson #4. Hiruscar Anti-Acne Advance Spot Gel

Sebut tentang masalah parut jerawat, jenama ini mungkin lebih popular dengan kemampuannya untuk memudarkan parut pada kulit. Menariknya, ia juga produk gel topikal untuk menyingkirkan akne.

Diperkaya dengan bahan pionin untuk membunuh bakteria punca jerawat P. acne, Methylprednisolone, Niacinamide serta ekstrak bunga Opuntia Ficus-Indica, ia amat bagus terutama jika anda ada masalah breakout.

#5. Himalaya Acne N Pimple Cream, antara ubat jerawat paling berkesan di farmasi

Beralih pula kepada ubatan dalam bentuk krim, produk ini dipercayai mampu mengawal dan mencegah akne dengan cara mengurangkan radang serta melembutkan kulit dalam masa yang sama.

Ada 3 bahan semula jadi di dalam krim ini iaitu Barbados Aloe, Five-leaved Chaste TreeSilk Cotton Tree di mana ia akan membantu dalam proses anda melawan akne terutama jika di fasa awal.

Cara penggunaannya juga mudah, cuma sapukan pada kulit yang berjerawat sekitar 2 kali sehari untuk kesan maksimum!

#6. InstaCLEAR 3 in 1 Full Set 

Sekiranya anda sedang mencari produk lengkap tanpa perlu membeli secara asing-asing, anda boleh pertimbangkan yang ini.

Merangkumi sabun pencuci, gel dan serum, ubat jerawat paling berkesan di farmasi ini sangat bagus dalam merawat masalah berikut:

Turut diperbuat daripada ramuan 3 asid utama yakni salisilik, sinapik dan amino, ia dilengkapi dengan bahan-bahan semula jadi lain yang boleh mengawal, mencegah serta merawat akne dengan pantas.

Kini, anda telah mengetahui beberapa ubat jerawat paling berkesan di farmasi. Walau bagaimanapun, dapatkan saranan doktor atau ahli farmasi terlebih dahulu sebelum anda mencuba produk di atas. Hentikan segera jika timbul sebarang kesan sampingan pada wajah anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Acne, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12233-acne, Accessed Oct 31 2023.
  2. Acne, https://www.nationwidechildrens.org/conditions/acne, Accessed Oct 31 2023.
  3. Acne: Diagnosis And Treatment, https://www.aad.org/public/diseases/acne/derm-treat/treat, Accessed Oct 31 2023.
  4. Diagnosis and Treatment of Acne, https://www.aafp.org/pubs/afp/issues/2004/0501/p2123.html, Accessed Oct 31 2023.
  5. What Can I Do About Acne?, https://kidshealth.org/en/teens/prevent-acne.html, Accessed Oct 31 2023.

Versi Terbaru

13/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini 4 Alasan Kukuh Mengapa Anda Perlu Pakai Serum Muka!

Jimat Wang, Ini 4 Cara Menghilangkan Jerawat Secara Semula Jadi!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan