backup og meta

Nak Hilang Jerawat, Makan Pil Perancang: Sahih Ke Tidak?

Nak Hilang Jerawat, Makan Pil Perancang: Sahih Ke Tidak?

Terdapat beberapa cara hilangkan jerawat. Namun, adakah anda tahu jika pil perancang keluarga juga boleh digunakan sebagai produk hilangkan jerawat?

Adakah pil perancang ini benar-benar boleh digunakan sebagai salah satu produk hilangkan jerawat?

Jika ingin tahu berkenaan rahsia ini, ikuti penjelasan lanjut mengenainya di bawah. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini. 

Cara hilangkan jerawat, boleh guna pil perancang keluarga? 

Sekiranya anda mempunyai masalah wajah berjerawat, anda mungkin boleh mempertimbangkan penggunaan pil perancang keluarga sebagai produk hilangkan jerawat. Mengapa?

Ini kerana hormon sintetik yang ada dalam sesetengah pil perancang keluarga boleh mengurangkan pengeluaran minyak semula jadi berlebihan.

Minyak berlebihan inilah yang menyebabkan timbulnya jerawat.

Namun, setiap jenama produk pil perancang itu mempunyai kandungan hormon yang berbeza.

Jadi, sebelum beli pil perancang, pastikan kandungan hormonnya betul.

Bagaimana pil perancang keluarga bertindak hilangkan jerawat?

cara hilangkan jerawat

Sesetengah jenama pil perancang keluarga mengandungi kandungan hormon estrogen dan progesterone sintetik.

Pil jenis ini dikenali sebagai pil kombinasi atau combination pills.

Nisbah kandungan hormon sintetik dalam setiap pil berbeza bergantung kepada jenis pil kombinasi tersebut.

Sesetengah pil perancang keluarga lain hanya mengandungi progestin, iaitu sejenis hormon sintetik bagi hormon progesteron.

Ia kadangkala dikenali dengan nama minipills

Hormon yang terkandung dalam pil kombinasi ini boleh membantu mengurangkan jerawat yang anda alami.

Pil tersebut bertindak dengan cara mengurangkan peredaran endrogen, yang seterusnya mengurangkan pengeluaran sebum.

Namun pil perancang yang digunakan perlu mengandungi kedua-dua kandungan hormon estrogen dan juga progestin.

Bagi jenis minipills, ia mungkin tidak berkesan dalam menangani jerawat memandangkan ia hanya mengandungi hormon progestin sahaja. 

Jenis pil perancang hilangkan jerawat yang diluluskan oleh FDA

Pentadbiran Ubat dan Makanan Amerika Syarikat (FDA) telah meluluskan beberapa jenis jenama pil perancang sebagai produk hilangkan jerawat. Berikut adalah jenis pil yang telah diluluskan:

  • Beyaz
  • Estrostep Fe
  • Ortho Tri-Cyclen
  • Yaz

Namun ada juga beberapa jenis pil kombinasi lain yang tidak tersenarai di sini yang mungkin berkesan untuk hilangkan jerawat anda. 

Kesan sampingan penggunaan pil perancang

Anda mungkin boleh menggunakan pil perancang untuk tujuan menghilangkan jerawat, namun anda juga perlu peka terhadap kesan sampingan yang diberikan.

Antara kesan sampingan yang mungkin diperoleh hasil daripada penggunaan pil perancang ialah:

  • Loya
  • Muntah-muntah
  • Kekejangan pada perut
  • Kembung perut
  • Pertambahan berat badan
  • Pengurangan berat badan
  • Gangguan pada kitaran haid
  • Sakit kepala
  • Payudara menjadi lembut
  • Pening kepala
  • Pengsan

Selain itu, terdapat juga beberapa kesan sampingan yang lebih serius seperti trombosis urat dalam (DVT), serangan jantung dan juga strok.

Kesan sampingan juga akan menjadi lebih teruk jika seseorang individu itu merokok, berusia 35 tahun ke atas selain mempunyai faktor risiko bagi penyakit kardiovaskular. 

Jangan sesekali ambil pil perancang jika anda salah seorang daripada golongan ini!

cara hilangkan jerawat

Pil perancang bukanlah sesuai untuk semua individu.

Individu yang disenaraikan di bawah ini dilarang sama sekali untuk mengambil pil perancang walaupun hanya untuk merawat jerawat. 

Cara hilangkan jerawat – Jenis rawatan biasa selain pil perancang untuk hilangkan jerawat?

Rawatan dan cara hilangkan jerawat bergantung kepada tahap keterukan dan juga reaksinya kepada kaedah-kaedah rawatan lain.

Rawatan pertama bagi cara hilangkan jerawat biasanya melibatkan produk-produk seperti pencuci muka, losyen dan juga krim sapuan.

Ada juga rawatan yang berdasarkan kepada preskripsi ubat-ubatan seperti antibiotik, retinoid dan lain-lain lagi.

Jika kaedah-kaedah ini masih tidak berkesan, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan lebih kepastian berkenaan rawatan selanjutnya.

Salah satu cara yang mungkin sesuai untuk anda termasuklah penggunaan pil perancang kombinasi seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Pil perancang yang diambil bagi tujuan menghilangkan jerawat mungkin mengambil masa antara beberapa minggu hingga 3 bulan bagi menampakkan perubahannya.

Ini kerana hormon di dalam pil tersebut perlu mengambil sedikit masa untuk memasuki sistem tubuh anda.

Sekiranya anda tidak pasti berkenaan jenis atau jenama yang diperlukan, jangan malu untuk bertanya dengan doktor bagi mendapatkan kepastian. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Arowojolu AO, et al. (2012). Effect of birth control pills on acne in women. DOI: 10.1002/14651858.CD004425.pub6

Acne: Which birth control pill can help improve your complexion? (2016).  ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279209

Koo EB, et al. (2014). Meta-analysis comparing efficacy of antibiotics versus oral contraceptives in acne vulgaris [Abstract]. DOI:10.1016/j.jaad.2014.03.051

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/acne/expert-answers/birth-control-pills-for-acne/faq-20057892

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12233-acne

https://escholarship.org/uc/item/6wm945xf

https://www.aad.org/public/diseases/acne-and-rosacea/stubborn-acne/hormonal-therapy-may-help-stubborn-acne

Versi Terbaru

08/06/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Bekas Jerawat Ganggu Kecantikan Wajah? Guna 10 Cara Ini, Ada Yang Cuba Kata Berkesan!

Ambil Tahu Punca & Jenis Jerawat Yang Tumbuh Di Wajah Anda, Senang Nak Rawat Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan