brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Cara Efektif Hilangkan Gatal di Kepala, Ada 7 Produk Anda Kena Cuba!

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Pernah tak rasa kulit kepala terlalu gatal hingga sukar menahan diri daripada menggaru? Masalah gatal kulit kepala bukan sahaja mengganggu keselesaan, malah boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan, bersisik dan terasa pedih jika dibiarkan.

Cara Efektif Hilangkan Gatal di Kepala, Ada 7 Produk Anda Kena Cuba!

Keadaan ini boleh berlaku disebabkan kelemumur, kulit kepala kering, pengeluaran minyak berlebihan atau tindak balas terhadap produk penjagaan rambut. Berita baiknya, terdapat beberapa pilihan rawatan kulit kepala yang boleh membantu mengurangkan masalah ini. Nak tahu lebih lanjut?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.

Apakah punca kulit kepala gatal?

  1. Lab On Hair Anti Dandruff Shampoo
  2. Nixoderm Anti-Dandruff Shampoo
  3. Head and Shoulders Shampoo
  4. Suu Balm Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo
  5. Minimalist Anti Dandruff Scalp Serum
  6. Selsun Blue Pro Extra Strength Anti-Dandruff Shampoo
  7. Himalaya Anti-Dandruff Shampoo Soothing & Moisturizing

Penting untuk mengenal pasti punca gatal kulit kepala sebelum memilih produk penjagaan rambut. Antaranya:

  1. Kelemumur: Pertumbuhan yis Malassezia yang berlebihan boleh mencetuskan keradangan dan pengelupasan sel kulit, lalu menyebabkan kegatalan.
  2. Kulit kepala kering: Kurang kelembapan pada kepala boleh menyebabkan kulit terasa tegang, bersisik dan mudah gatal.
  3. Dermatitis seborea: Keadaan kulit yang menyebabkan tompokan kemerahan serta sisik berminyak berwarna putih atau kekuningan.
  4. Alahan produk rambut: Syampu, pewarna rambut atau produk penggayaan tertentu boleh menyebabkan iritasi dan dermatitis sentuhan.
  5. Masalah kulit lain: Ekzema, psoriasis dan jangkitan kulat juga boleh menyebabkan kegatalan berpanjangan.

7 Produk untuk membantu mengatasi gatal kulit kepala

1. Lab On Hair Anti Dandruff Shampoo

Bagaimana cara menghilangkan rasa gatal pada kulit kepala? Gunakan syampu ini kerana ia menggunakan bahan seperti salicylic acid, piroctone olamine dan climbazole. Bahan-bahan ini membantu menanggalkan sel kulit mati dan kelemumur yang terkumpul di kepala.

Ia juga mengandungi ektrak daun teh dan mentol yang dapat memberikan sensasi menyegarkan dan bau yang menyenangkan.

2. Nixoderm Anti-Dandruff Shampoo

Jenama Nixoderm antara jenama yang popular untuk mengatasi masalah gatal kulit kepala. Syampu ini mengandungi piroctone olamine dan ekstrak kulit batang Zizyphus joazeiro. Formulanya turut mengandungi menthol yang memberikan sensasi sejuk pada kulit kepala.

Produk ini boleh menjadi pilihan bagi mereka yang mengalami kelemumur bersama kegatalan.

3. Head & Shoulders Shampoo, syampoo untuk kulit kepala gatal 

Jenama Head & Shoulders terkenal dalam kalangan masyarakat kerana ia menawarkan pelbagai variasi syampu antikelemumur untuk membantu mengawal kelemumur, minyak dan kegatalan.

Sesetengah formulanya mengandungi piroctone olamine, iaitu bahan antikelemumur yang membantu mengawal pertumbuhan mikroorganisma berkaitan kelemumur. Pastikan anda pilih varian berdasarkan keadaan kulit kepala dan semak kandungan sebelum membeli.

4. Suu Balm Gentle Moisturising Anti Dandruff Shampoo, solusi kulit kepala berkuping

Bagi individu yang mempunyai kulit kepala sensitif, mudah kering atau ada kelemumur berkuping? Anda boleh pertimbangankan jenama Suu Balm ini kerana ia mengandungi piroctone olamine, climbazole, panthenol dan menthol.

Berita baiknya, syampu ini tidak mengandungi sulfat, paraben, silikon, zink, pyrithione dan pewangi, bahan-bahan yang boleh menyebabkan iritasi pada kulit anda.

5. Minimalist Anti Dandruff Scalp Serum

Rawatan kulit kepala yang anda boleh lakukan adalah dengan menggunakan serum rambut sebagai produk penjagaan tambahan. Ia boleh membantu melengkapkan rutin penjagaan kulit kepala, bergantung pada bahan aktif dan formulasi produk.

Gabungan ini membantu anda untuk bebas dari kelemumur dan dapatkan kulit kepala yang sihat!

6. Selsun Blue Pro Extra Strength Anti-Dandruff Shampoo 

Kulit kepala berkuping? Gunakan Selsun Blue Pro Extra Strength kerana ia pilihan ramai bagi syampu antikelemumur!

Bahan aktif selenium sulfide ini membantu mengawal kelemumur dan dermatitis seborea. Ia sesuai dipertimbangkan bagi anda yang mempunyai masalah kelemumur yang lebih ketara.

Gunakan syampu ini 2-3 kali seminggu bagi mendapatkan hasil dengan kadar segera!

7. Himalaya Anti-Dandruff Shampoo Soothing & Moisturizing

Syampu Himalaya ini menggabungkan climbazole dan salicylic acid untuk membantu mengawal kelemumur serta menanggalkan sel kulit mati. Dengan itu, gatal kulit kepala anda alami pasti berkurangan.

Ia turut mengandungi aloe vera, protein gandum dan protein soya yang menyokong penjagaan rambut.

Gatal kulit kepala? Ada solusinya!

Masalah ini tidak semestinya berpunca daripada kelemumur. Kulit kepala kering, dermatitis seborea dan alahan produk rambut juga boleh menjadi penyebabnya. Oleh itu, pilih rawatan gatal kulit kepala berdasarkan masalah yang dihadapi dan bukannya sekadar menghilangkan rasa gatal buat sementara waktu.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada seminggu lalu