Untuk menjaga kelembapan tangan, anda boleh menggunakan losyen atau krim pelembap kulit setiap hari.
Namun, anda perlu ingat untuk bersihkan tangan terlebih dahulu sebelum menyapu losyen pelembap.
#3. Dapatkan rawatan daripada doktor

Sekiranya dua langkah sebelum ini masih tidak berkesan mengurangkan biji air di tangan yang dialami, anda boleh terus berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Doktor akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu sebelum menentukan rawatan yang sesuai untuk biji air yang dialami.
Rawatan bagi keadaan ini dibahagikan kepada dua iaitu untuk ekzema dishidrotik ringan dan juga ekstrem.
Antara rawatan atau petua hilangkan gatal biji air ialah:
Rawatan bagi ekzema dishidrotik ringan
- Rendamkan tangan dalam air sejuk. Anda boleh cuba merendam tangan yang mempunyai biji air ke dalam air yang sejuk selama 15 minit. Lakukannya antara 2 hingga 4 kali sehari. Selain itu, anda juga boleh menggunakan kompres sejuk.
- Guna krim kortikosteroid. Bagi mengurangkan rasa pedih dan juga gatal akibat biji air, anda boleh mendapatkan krim kortikosteroid atau pramoxine. Ia perlu disapu dengan kerap setiap hari selepas anda selesai mandi.
- Ambil ubat gatal. Ubat gatal seperti antihistamin juga boleh diambil bagi mengurangkan rasa gatal yang dialami. Dengan itu, ia boleh mencegah anda daripada terus menggaru sehingga melecet pada kawasan kulit yang gatal.
Rawatan bagi ekzema dishidrotik ekstrem
- Terapi sinar UV. Berdasarkan kajian, terapi sinar UV ini dikatakan berkesan menghilangkan biji air di tangan sehingga 90%. Terapi ini perlu dilakukan dengan kerap dan ia akan mula menampakkan hasil dalam tempoh 6 hingga 8 minggu.
- Suntikan toksin botulinum. Suntikan ubat ini boleh mencegah tangan daripada berpeluh dan mengurangkan keradangan yang dialami. Selain itu, ia juga berkesan mengurangkan rasa pedih akibat kulit yang melepuh.
- Ambil makanan tinggi vitamin. Selain itu, anda juga disarankan untuk mengambil lebih makanan yang tinggi vitamin seperti vitamin A, C, dan E. Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi kandungan antioksidan turut digalakkan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen