backup og meta

Suami Isteri WAJIB Baca, Elak 6 Tabiat Ini Yang Boleh Jejaskan Hubungan Seks Kalian!

Suami Isteri WAJIB Baca, Elak 6 Tabiat Ini Yang Boleh Jejaskan Hubungan Seks Kalian!

Tiada apa yang lebih mengujakan pasangan suami isteri selain daripada hubungan seks yang sihat dan sejahtera. Namun, mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa tabiat buruk seharian kita sebenarnya boleh menjejaskan kehidupan seksual secara tidak sedar.

Ingin tahu apakah jenis tabiat jejaskan hubungan seks yang diperkatakan? Mari kita sama-sama selami artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual sila dapatkannya di sini.

Tabiat jejaskan hubungan seks yang pasangan wajib tahu!

hubungan seks

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak tabiat buruk individu atau pasangan yang akan memberi kesan negatif terhadap hubungan seks kalian berdua. Antaranya:

#1. Pengambilan makanan ringan & makanan segera

Makanan yang tidak sihat ini akan mengakibatkan tubuh badan anda penuh dengan karbohidrat yang tentu sekali tidak sihat.

Kesannya terhadap hubungan seks adalah ia akan mengakibatkan aliran darah dalam saluran zakar menjadi perlahan akibat tersumbat. Ini kemudiannya akan menjejaskan kemampuan zakar untuk mendapatkan ereksi dan ejakulasi yang mantap.

Bukan itu sahaja, makanan yang tidak sihat ini juga akan menyebabkan anda kekurangan tenaga batin untuk bersenggama.

#2. Pengambilan makanan yang banyak garam

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita memang tidak boleh lari daripada makanan yang bergaram kerana ia adalah rencah utama dalam masyarakat kita.

Pun begitu, kita harus faham bahawa pengambilan makanan yang banyak mengandungi garam akan meningkatkan risiko mengalami tekanan darah tinggi.

Disebabkan itu, sila kurangkan makanan bergaram, terutamanya yang banyak mengandungi sodium. Seeloknya, gantikan garam dengan herba untuk sebagai bahan penambah rasa dalam makanan.

#3. Berbasikal

Menurut sebuah kajian yang pernah dijalankan terhadap 1,700 lelaki yang gemar berbasikal, majoriti dari jumlah ini didapati berisiko lebih tinggi untuk mengalami disfungsi erektil atau mati pucuk.

Ini telah dihuraikan lagi oleh kajian dari University of California, Amerika Syarikat yang menyatakan bahawa ia adalah disebabkan tempat duduk basikal itu sendiri.

Dikatakan bahawa tempat duduk basikal yang keras akan menyebabkan perineum (bahagian antara anus dengan skrotum) mengalami tekanan. Ini sekali gus akan menyebabkan saluran darah dan saraf yang terdapat di situ terjejas lantas meningkatkan risiko mati pucuk.

Namun, janganlah terus membuang tabiat yang sihat ini dari kehidupan anda.

Tidak salah untuk berbasikal kerana ia adalah aktiviti yang sihat. Cuma, sila pilih tempat duduk basikal yang lebih lembut agar ia tidak memberi terlalu banyak tekanan kepada perineum.

tabiat

#4. Tabiat menghisap rokok

Terdapat banyak huraian mengenai keburukan tabiat merokok terhadap tahap kesihatan individu. Namun, harus ditekankan di sini bahawa ia juga akan memberi kesan kepada kehidupan hubungan seks anda dan pasangan!

Ketahuilah bahawa bahan kimia yang terdapat dalam tembakau rokok itu sudah pasti akan menjejaskan aliran darah yang akan memberi kesan kepada masalah seksual, terutamanya buat kaum lelaki.

Sebagai contoh, ia boleh menjadi salah satu punca utama kepada masalah mati pucuk, kurang libido serta menjejaskan kemampuan zakar untuk mendapatkan ereksi dan ejakulasi yang baik.

Begitu juga buat kaum wanita, jangan sangka anda selamat ya? Tabiat merokok turut menjejaskan tubuh badan anda secara umum dari aspek fizikal dan juga mental.

Jadi, berhentilah sebelum terlambat okay?

#5. Tabiat berdengkur ketika tidur

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh American Urological Association pada tahun 2011, lelaki dengan tabiat berdengkur ketika tidur banyak dikaitkan dengan masalah mati pucuk.

Penjelasannya, berdengkur adalah tanda seseorang lelaki itu mempunyai tahap baseline oxygen yang rendah. Lelaki perlu mendapatkan ereksi zakar yang baik.

Jadi, jika pasangan mengadu anda terlalu kuat berdengkur serta kurang hebat ketika beraksi di ranjang, sila berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini.

#6. Kalian selalu stres

Stres akibat masalah hidup sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan serta tahap libido suami isteri yang selanjutnya akan menjejaskan hubungan seks kalian berdua.

Oleh itu, cuba elak atau kawal tekanan hidup yang kalian hadapi secara bersama. Mungkin aktiviti seperti yoga, zumba atau menghadiri persembahan komedi boleh dilakukan untuk mendatangkan gelak tawa?

Ia bukan sahaja bagus untuk meningkatkan keinginan dan keupayaan seksual anda dan pasangan malah juga boleh menguatkan lagi tali percintaan kalian berdua!

Elak tabiat ini untuk hubungan seks yang lebih sihat dan sejahtera!

Kesimpulannya, tabiat yang diperkatakan di atas boleh memberi kesan yang negatif terhadap kehidupan seks anda dan pasangan. Maka, cuba elakkannya demi hubungan seks yang lebih sihat dan sejahtera!

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan lain, sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari pakar berdekatan anda. Jangan berdiam diri sahaja ya?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.webmd.com/sex-relationships/ss/slideshow-habits-hurt-sex-life
  2. https://www.everydayhealth.com/erectile-dysfunction-pictures/erectile-dysfunction-risks-no-one-talks-about.aspx
  3. https://www.goodhousekeeping.com/life/relationships/a33828/bad-habits-hurting-sex-life/

Versi Terbaru

18/03/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 18/03/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan