backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Jangan Pandang Ringan Jika Rasa Sengal Badan Lepas Bersetubuh, Ini Puncanya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/11/2022

    Jangan Pandang Ringan Jika Rasa Sengal Badan Lepas Bersetubuh, Ini Puncanya!

    Pernah alami rasa ketegangan otot atau sengal badan selepas bersetubuh?

    Adakah ia bahaya dan didasari masalah kesihatan?

    Jom ketahuinya dalam perkongsian ini! 

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Masalah sengal badan selepas bersetubuh

    Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, masalah sengal badan mahupun ketegangan otot selepas melakukan hubungan seksual adalah perkara biasa untuk berlaku.

    Dalam istilah perubatan, kesakitan yang dialami sebelum, semasa atau selepas seks dipanggil dyspareunia.

    Sengal badan selepas bersetubuh berlaku disebabkan banyak faktor, seperti tekanan otot ringan hinggalah kepada keadaan yang memerlukan rawatan perubatan.

    Terdapat banyak penyebab ketegangan otot selepas seks bagi lelaki dan wanita, seperti:

    1. Tekanan otot

    Seperti melakukan senaman, ketegangan otot pada pelvik atau abdomen ketika melakukan seks boleh menyebabkan kekejangan otot.

    Otot yang keras, dehidrasi atau kedudukan otot dalam posisi yang janggal turut boleh menyebabkan ketegangan otot.

    Keadaan yang dialami biasanya akan surut dan menghilang dalam tempoh beberapa saat hingga minit.

    1. Rangsangan

    sengal badan selepas bersetubuh

    Rangsangan seks juga boleh menjadi punca kepada masalah kesakitan pada otot.

    Rangsangan akan menyebabkan kontraksi tidak terkawal pada otot bahagian pelvik dan juga otot lantai pelvik.

    Jika otot ini berterusan mengeras, ia boleh mengakibatkan kekejangan sementara selepas hubungan intim berlangsung.

    1. Masalah usus

    Sistem pencernaan juga boleh menyebabkan wujudnya kesakitan pada otot.

    Masalah seperti sembelit dan gas yang terkumpul di dalam abdomen adalah 2 punca penyebab sengal badan selepas bersetubuh.

    1. Masalah pundi kencing

    Faktor lain yang boleh menyebabkan ketegangan otot juga berpunca daripada masalah berkaitan sistem pundi kencing atau masalah berkaitan kencing.

    Ini kerana kedudukan otot pundi kencing adalah di hadapan rahim dan aktiviti bersetubuh boleh merengsakannya.

    Individu yang mempunyai jangkitan saluran kencing atau keadaan yang dipanggil interstitial cystitis turut boleh menyebabkan kesakitan dan tekanan pada sistem pelvis dan kencing.

    1. Penyakit kelamin

    Sesetengah penyakit kelamin atau STD seperti klamidia dan gonorrhea juga boleh menyebabkan kesakitan pada otot badan, termasuklah selepas bersama pasangan.

    Kebanyakan penyakit melibatkan jangkitan kelamin tidak menunjukkan sebarang simptom.

    Jadi cara terbaik adalah untuk melakukan pemeriksaan secara berkala. Sesetengah STD juga mengeluarkan lelehan pada faraj atau zakar termasuk kesakitan ketika kencing.

    1. Trauma emosi

    Kadangkala, trauma yang pernah dialami atau isu berkaitan emosi melibatkan seks juga boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan fizikal ketika melakukan seks. 

    Tekanan dan kegelisahan yang terjadi setiap hari boleh mewujudkan masalah ketegangan otot dan sengal badan selepas bersetubuh. 

    Langkah mengatasi sengal badan selepas bersetubuh

    sengal badan selepas bersetubuh

    Masalah sengal otot badan boleh dicegah mengikut punca yang mendasarinya.

    Dalam kebanyakan kes, ketegangan otot ringan selepas hubungan seks adalah 1 keadaan biasa yang akan hilang dan pulih tanpa memerlukan sebarang rawatan.

    Jika ketegangan otot berlaku akibat sesetengah posisi atau perbuatan ketika seks, cara yang terbaik adalah untuk menghentikan atau mengubah posisi kepada sesuatu yang lebih mendatangkan keselesaan. 

    Jika terdapat punca fizikal atau emosi yang menyebabkan kesakitan, seseorang individu disarankan untuk mendapatkan rawatan.

    Antara rawatan yang mungkin diperlukan adalah:

    • Antibiotik untuk merawat jangkitan
    • Terapi atau kaunseling untuk mengatasi kegelisahan
    • Pembedahan untuk membuang fibroid atau sista
    • Pil hormon bagi mengelakkan ovulasi atau merawat ovari

    Dapatkan rawatan segera

    Seperti yang dinyatakan berulang-kali, masalah sengal badan selepas bersetubuh adalah 1 isu kecil dan sementara, dan keadaan itu akan hilang dengan sendiri tanpa rawatan. 

    Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk berbincang dengan pasangan jika ketegangan otot berlaku pada masa hadapan.

    Jangan menganggap ia sesuatu perkara yang remeh, okay?

    Anda dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rundingan doktor jika ketegangan dan sengal otot semakin serius dan disertai dengan simptom tambahan seperti:

    Doktor mungkin akan mengkaji simptom yang dialami dan melakukan pemeriksaan fizikal.

    Anda mungkin perlu menjalani beberapa ujian bagi menentukan penyebab kesakitan serta untuk membina pelan rawatan.

    Akhir kata

    Keseronokan melakukan seks mungkin hilang apabila anda atau pasangan dilanda masalah ketegangan otot atau sengal badan selepas bersetubuh. Jika ia kerap berlaku, lakukan pemeriksaan segera dengan doktor. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/11/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan