backup og meta

Lemah Syahwat? Usah Khuatir, Ini 7 Makanan Boleh Bantu Tingkatkan Libido!

Lemah Syahwat? Usah Khuatir, Ini 7 Makanan Boleh Bantu Tingkatkan Libido!

“Kurang libido? Apakah maksudnya doktor?”, tanya Waiz kepada doktor ketika dalam sesi konsultasi mengenai kemampuan seksual dirinya. Mungkin bukan dia seorang sahaja yang tidak tahu maksud sebenar perkataan ini. Ingin tahu apakah ia? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Apa itu libido?

Buat anda yang juga tertanya-tanya, libido adalah keinginan seksual, yang secara semula jadinya memang wujud dalam diri setiap individu. Tahap libido ini adalah berbeza-beza mengikut individu. Ada yang tinggi dan ada juga yang rendah bergantung kepada usia, kondisi kesihatan, perhubungan dan pemakanan.

Dalam pada itu, apa kesannya terhadap kemampuan seksual individu? Sebenarnya, mempunyai libido yang tidak menentu mungkin tidak akan mendatangkan masalah yang besar. Pun begitu, ia mungkin boleh menjejaskan tahap keyakinan diri seseorang itu.

Apa simptom kurang libido?

Mesti ramai yang tidak tahu simptom kurang keinginan seksual ini bukan? Jangan risau, Hello Doktor ada jawapannya!

Individu yang mengalami masalah kurang libido akan mempunyai pelbagai tanda-tanda dan simptom. Jika anda risau akan diri sendiri mengalaminya, perhatikan tanda-tanda berikut:

Apa punca kurang libido?

Ramai yang tertanya-tanya apa punca sebenar kekurangan keinginan seksual ini. Hakikatnya, ia disebabkan oleh pelbagai sebab yang terbahagi kepada faktor fizikal dan mental.

Isu fizikal yang boleh menyebabkan kurang libido termasuklah kadar testosteron yang rendah, preskripsi ubat-ubatan, terlalu sedikit atau terlalu banyak bersukan serta penggunaan alkohol dan dadah. Isu mental pula termasuklah stres, kemurungan, kegelisahan serta masalah dalam hubungan anda.

Kira-kira 4 daripada 10 orang di atas umur 45 mempunyai testosteron yang rendah. Walaupun terapi penggantian testosteron masih agak kontroversi, ia juga merupakan satu penyelesaian yang boleh menyelesaikan masalah ini.

Mengambil ubat-ubatan tertentu juga boleh menurunkan paras testosteron, yang seterusnya boleh membawa kepada kurang nafsu syahwat. Sebagai contoh, ubat-ubatan tekanan darah seperti inhibitor ACE dan beta-blockers mungkin akan mengurangkan ejakulasi dan ereksi.

Pun begitu, kekurangan libido bukan disebabkan satu faktor sahaja. Oleh itu, adalah penting untuk berbincang dengan doktor jika anda bimbang dan khuatir tentang punca kurang libido!

Makanan yang boleh bantu tingkatkan libido

kurang libido

Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah kurang libido. Ayuh baca dengan lebih lanjut untuk tahu beberapa jenis makanan yang boleh bantu tingkatkan libido!

Namun, ini hanyalah cadangan dan kesannya mungkin berbeza-beza bergantung kepada individu itu sendiri. Jadi, sila dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu, ya?

#1. Buah tembikai

Buah tembikai kadangkala dirujuk sebagai ‘viagra semula jadi’. Ini kerana ia mengandungi citrulline, sejenis sebatian yang membantu sel darah menjadi lebih relaks sekali gus melancarkan perjalanan darah dalam tubuh badan.

#2. Kacang pine

Kacang pine adalah sumber zink tinggi. Untuk pengetahuan anda, pengambilan makanan yang mengandungi zat ini dengan lebih banyak dalam diet anda dikatakan mungkin boleh meningkatkan keinginan seksual

#3. Kacang walnut

Kacang walnut kaya dengan asid lemak omega-3 dan lemak sihat yang boleh membantu mengeluarkan dopamine dan arginine – asid amino yang boleh meningkatkan nitrik oksida. Kesannya, ia mungkin boleh membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh badan.

#4. Stik daging

Daging memang terkenal mengandungi zat besi yang berfungsi sebagai penyalur oksigen kepada sel darah merah, sekali gus membekalkan tenaga pada tubuh badan. Tambahan itu, ia juga mengandungi protein dan vitamin B yang sangat membantu dalam perembesan dopamine, neurotransmiter yang mengawal reaksi otak terhadap rangsangan keseronokan.

#5. Coklat gelap

Untuk penggemar coklat di luar sana, anda perlu tahu bahawa ia mengandungi sebatian yang dikenali sebagai phenylethylamine, yang membantu merembeskan endorfin dan dopamine. Kedua-duanya adalah sangat bagus dalam membantu meningkatkan libido.

#6. Rempah-ratus

Rempah-ratus seperti kulit kayu manis, cengkih dan lain-lain sebenarnya telah lama digunakan sebagai aphrodisiac – makanan atau minuman yang boleh meningkatkan keinginan seksual. Dalam pada itu, aroma daripada rempah-ratus ini mungkin boleh membantu meningkatkan mood anda untuk beraksi bersama pasangan di ranjang. 

#7. Asparagus

Ia sangat kaya dengan folat dan vitamin B yang membantu mengeluarkan histamin. Buat anda yang belum tahu, hormon ini dirembeskan ketika seseorang itu sedang mengalami orgasma.

Apa cara lain untuk tingkatkan keinginan seksual?

kurang libido

Ya, makanan dan minuman yang telah dinyatakan di atas mungkin boleh membantu. Pun begitu, ada beberapa perkara lain yang perlu anda beri perhatian lebih.

Antaranya adalah anda dan pasangan perlu sentiasa menjaga tahap kesihatan mental anda. Ini bermakna anda perlu mengawal stres, kemurungan, kegelisahan atau apa-apa sahaja masalah psikologi yang mungkin anda hadapi.

Selain itu, anda dan pasangan juga perlu sentiasa mengawal berat badan anda mengikut BMI yang sesuai. Ini adalah pautan percuma dan mudah untuk anda jadikan pedoman: Kalkulator Indeks Jisim Badan (BMI)

Bukan itu sahaja, anda juga perlu amalkan gaya hidup yang lebih sihat. Ini merangkumi tidur yang cukup, senaman yang agak kerap serta meninggalkan segala tabiat buruk seperti menghisap rokok atau mengambil alkohol.

Konklusi

Kesimpulannya, terdapat beberapa makanan dan minuman yang boleh membantu anda untuk meningkatkan keinginan seksual lantas menyelesaikan masalah kurang libido.

Pun begitu, ia semua hanyalah cadangan semata-mata. Sebaiknya, jadilah seperti Waiz dan bertanya kepada doktor terlebih dahulu jika anda tidak tahu apa itu libido dan sama ada makanan dan minuman ini benar-benar boleh tingkatkan libido okay!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Can certain foods boost men’s libido? https://www.piedmont.org/living-better/can-certain-foods-boost-mens-libido. Accessed July 24, 2023.

Food for Your Libido: A Valentine’s Diet to Boost Your Sex Drive. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2017/february/food-for-libido. Accessed July 24, 2023.

Zinc. https://ods.od.nih.gov/factsheets/Zinc-HealthProfessional/. Accessed July 24, 2023.

Zinc is an Essential Element for Male Fertility: A Review of Zn Roles in Men’s Health, Germination, Sperm Quality, and Fertilization. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6010824/. Accessed July 24, 2023.

Advice about Eating Fish. https://www.fda.gov/food/consumers/advice-about-eating-fish. Accessed July 24, 2023.

Female Sexual Dysfunction: Natural and Complementary Treatments. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6519565/. Accessed July 24, 2023.

Anti-Inflammatory and Anti-Nociceptive Effects of Cocoa: A Review on Future Perspectives in Treatment of Pain. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7203300/. Accessed July 24, 2023.

Prevalence, typology and clinical correlates of sexual dysfunction among men with alcohol dependence syndrome. https://ijmrr.medresearch.in/index.php/ijmrr/article/view/725/1306. Accessed July 24, 2023.

 

 

Versi Terbaru

24/07/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan