backup og meta

Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Umur Akan Menurun Bila Sudah Tua?

Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Umur Akan Menurun Bila Sudah Tua?

Sebagai pasangan suami isteri yang sedang meningkat usia, adalah sangat penting untuk kalian berdua tahu tentang kekerapan hubungan seks mengikut umur paling ideal.

Ini kerana masih ramai individu yang tidak tahu dan cenderung melakukan persetubuhan tanpa panduan sekali gus menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan seksual di kamar tidur.

Persoalannya, berapa kekerapan hubungan seks mengikut umur yang terbaik? Jom baca artikel!

Kenapa seks itu penting dalam rumah tangga?

Di dalam rumah tangga, tiada apa yang lebih penting daripada perasaan cinta, sayang, rindu, dan bahagia. Tanpanya, maka tidak ada guna untuk dua individu itu berpasangan.

Dalam pada itu, ada satu perkara lebih penting daripada perasaan dalam rumah tangga iaitu seks. Ia adalah keperluan dan kemestian di dalam hubungan cinta antara dua orang lain jantina.

Seks itu penting dalam rumah tangga untuk individu menyalurkan syahwat, meneruskan zuriat serta dapat memastikan kehidupan bersama pasangan kekal sihat dan sejahtera.

kekerapan hubungan seks mengikut umur

Dalam erti kata lebih mudah, seks itu bukan lagi satu kemahuan yang anda boleh pilih untuk buat atau tidak. Sebaliknya, ia adalah kewajipan mereka yang bergelar suami isteri.

Disebabkan itu pula, ia perlu dan mesti diamalkan dengan kuantiti serta kualiti yang terbaik. Adakah anda tahu berapa kali seks itu perlu dilakukan dalam satu tempoh tertentu?

Berapa kali harus buat seks dalam seminggu?

“Sebenarnya, tidak wujud jumlah yang normal atau tetap untuk pasangan suami isteri itu melakukan seks dalam seminggu kerana setiap hubungan itu berbeza dan bergantung kepada masing-masing”, jelas Pakar Seks, Dr Logan Levkoff.

Maksud sebenar di dalam kenyataan di atas adalah istilah ‘normal’ atau ‘tetap’ itu perlu dipelajari dan difahami oleh anda dan pasangan sendiri melalui teknik komunikasi.

Pun begitu, ada sebuah kajian pada tahun 2017 yang mengatakan sebenarnya ada jumlah berapa kali seks untuk seminggu yang ideal untuk dipraktikkan oleh suami isteri.

Menurut kajian terbitan jurnal Archives of Sexual Behavior, majoriti pasangan yang tinggal di Amerika Syarikat akan melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 54 kali dalam masa setahun. Jika dihitung, kebanyakan mereka ini akan melakukan seks sekali seminggu.

Ia dipersetujui dalam kajian lain yang telah berlangsung selama hampir 40 tahun dan diterbitkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science. Tambah mereka lagi, seks sekali seminggu sudah memadai untuk membuat pasangan suami isteri itu kekal bahagia.

Kekerapan hubungan seks mengikut umur!

kekerapan hubungan seks mengikut umur

Pun begitu, ada yang mungkin kurang lengkap tentang 2 kajian di atas tadi kerana ia tidak fokus kepada kekerapan hubungan seks mengikut umur individu dan pasangan.

Menurut sebuah kajian baharu Healthy Life Tricks, kekerapan hubungan seks mengikut umur itu sangat penting kerana ia bergantung pada tahap kesihatan tubuh badan.

Pengkaji Kinsey Institute of Sex, Reproduction and Gender telah menyimpulkan perkara berikut:

Usia 18 ke 29 tahun

Pasangan yang berada di dalam kategori ini pasti memiliki kemahuan dan kemampuan seksual yang sangat tinggi. Jadi, mereka perlu melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya 112 kali setahun atau 2 kali seminggu.

Usia 30 ke 39 tahun

Mereka yang berada di dalam kategori ini pula disarankan untuk melakukan hubungan seks kira-kira 86 kali setahun atau 7 kali sebulan.

Usia 40 ke 49 tahun

Mereka yang berada di dalam kategori ini pula disarankan untuk melakukan hubungan seks kira-kira 69 kali setahun atau 5 kali sebulan.

Melalui kajian ini, kita semua dapat lihat bahawa kekerapan hubungan seks mengikut umur itu akan mula menurun dari tahun ke tahun namun tidak begitu mendadak.

Ini kerana kemahuan dan kemampuan seksual turut akan menjunam jatuh tetapi ia masih perlu dilakukan bagi mengelakkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat.

kekerapan hubungan seks mengikut umur

Konklusinya, anda tidak boleh menjadikan usia sebagai alasan hubungan seks yang kian hambar!

Seks penting dalam kehidupan untuk kesihatan

Dalam erti kata lebih mudah, memang benar bahawa kekerapan seks mengikut umur itu akan menurun dari tahun ke tahun. Namun, ia masih tertakluk pada individu.

Sekiranya kemahuan dan kemampuan seksual anda masih berada di tahap baik, maka angka yang dinyatakan di dalam kajian itu mungkin boleh disesuaikan dengan anda.

Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor jika anda dan pasangan ingin tahu lebih lanjut.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is the “normal” frequency of sex?, https://www.issm.info/sexual-health-qa/what-is-the-normal-frequency-of-sex/, Accessed Apr 4 2022.
  2. Sexual health and aging: Keep the passion alive, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/sexual-health/in-depth/sexual-health/art-20046698, Accessed Apr 4 2022.
  3. Better Sex as You Age, https://www.helpguide.org/articles/alzheimers-dementia-aging/better-sex-as-you-age.htm, Accessed Apr 4 2022.
  4. By the numbers: What’s happening in the bedroom?, https://www.apa.org/monitor/2017/06/numbers, Accessed Apr 4 2022.
  5. FAQs & sex information, https://kinseyinstitute.org/research/faq.php, Accessed Apr 4 2022.

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Tiada Lagi Masalah Tewas Awal Dengan 4 Petua Ini, Tip No. 4 Guna Kondom Ketika Beraksi!

Betul Ke Pelincir Faraj Dapat Kurangkan Rasa Pedih Ketika Bersama? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan