backup og meta

Ada Posisi Bersetubuh Bertemakan Covid-19, Kalau Cik Abang Ajak, Suruh Mandi Dulu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/06/2021

    Ada Posisi Bersetubuh Bertemakan Covid-19, Kalau Cik Abang Ajak, Suruh Mandi Dulu!

    Risau sudah lama tidak bersenam sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung? Namun, pada masa inilah anda patut memanfaatkan masa yang terluang untuk melakukan seks suami isteri.

    Jangan tidak tahu, hubungan seks suami isteri juga boleh membakar kalori, jumlahnya lebih kurang sama sahaja dengan jika anda ke gym.

    Memandangkan wabak COVID-19 ini sedang melanda, kami bawakan kepada anda 5 cara bersetubuh bertemakan ‘COVID-19’.

    Nak tahu? Teruskan pembacaan anda. 

    Ini 5 cara seks suami isteri bertemakan COVID-19

    Bagi setiap posisi yang dinyatakan, kami juga berikan nilai kalori yang boleh dibakar oleh kedua-dua suami dan isteri bagi seks yang dilakukan dalam tempoh 30 minit.

    Cara seks suami isteri 1: Corona-cowgirl

    cara bersetubuh
    Kredit: The Sun

    Isteri yang ingin bakar lebih banyak kalori boleh menggunakan posisi ini- Corona-cowgirl.

    Minta encik suami untuk baring di atas tilam sementara si isteri bersedia untuk ‘menunggang’.

    Si isteri hanya perlu duduk membelakangkan wajah suami dengan cara memasukkan lipatan kaki ke bawah paha si suami.

    Kemudian isteri perlu rendahkan sedikit kepala ke hadapan. Mulakan aksi Corona-cowgirl mengikut rentak yang diingini.

    Cara ini memberikan nikmat yang tidak terhingga kerana tusukan yang dilakukan lebih mendalam tanpa memerlukan banyak pergerakan semasa seks suami isteri berlangsung.

    Nilai kalori yang dibakar:

    • Suami: 48
    • Isteri: 137

    Posisi seks 2: COVID-69

    cara bersetubuh
    Kredit: The Sun

    Jika di luar COVID-19 sedang mengganas, ini giliran COVID-69 pula menggila di dalam rumah mengikut kemahuan anda.

    Walaupun anda mungkin pernah mendengar posisi 69, aksi seks suami isteri COVID-69 ini pula ternyata tidak sama dengan aksi klasik 69.

    Jika posisi 69 melibatkan kepuasan yang memerlukan suami isteri saling berhadapan dengan kemaluan pasangannya, COVID-69 pula tidak begitu.

    Si suami hanya perlu berbaring seperti biasa, manakala si isteri perlu berbaring di atas tubuh suaminya dengan cara membelakangkan tubuhnya.

    Pastikan juga bahagian belakang kepala si isteri berada di bahagian intim si suami. 

    Si suami yang bertindak sebagai ‘pemberi’ atau ‘penyuap’ akan mempunyai akses penuh terhadap kemaluan isterinya.

    Manakala si isteri hanya perlu berbaring dan menikmati ‘pemberian’ si suami sepuas yang mungkin.

    Nilai kalori yang dibakar:

    • Suami: 78
    • Isteri: 111

    Tengah kuarantin? Ini posisi bercinta 3: Quarantine quickie

    cara bersetubuh
    Kredit: The Sun

    Rasa horny pada setiap pagi adalah perkara biasa untuk kaum Adam.

    Cepat terangsang pada pagi hari, bermakna anda juga berpotensi untuk cepat pancut.

    Bagaimana jika anda cuba cara bersetubuh yang satu ini, Quarantine quickie.

    Ia bukan sahaja sesuai untuk si suami yang tidak tahan lama di ranjang, tetapi juga sesuai untuk suami isteri yang mahukan seks pantas.

    Untuk melakukan posisi ini, kedua-dua pihak mestilah berbaring secara mengiring tanpa perlu berhadapan antara satu sama lain. Si suami hendaklah berbaring mengiring di belakang isteri.

    Kemudian, suami angkat sedikit kaki untuk memudahkan anda ‘menusuk’ pasangan anda dan mengawal pergerakan keluar masuk tusukan.

    Cara bersetubuh ini sangat senang dan mudah, bukan?

    Nilai kalori yang dibakar:

    • Suami: 101
    • Isteri: 84

    Suami nak bakar lebih kalori? Lakukan posisi seks suami isteri ke-4: The sanitiser pump

    seks suami isteri
    Kredit: The Sun

    Cara bersetubuh suami isteri yang ke-4 ini mungkin agak sedikit ekstrem untuk dilakukan.

    Namun ia menjanjikan kenikmatan hubungan intim yang amat memuaskan.

    Untuk si isteri, anda baring dan cuba angkat kaki anda ke atas.

    Kemudian turunkan lutut ke arah kepala anda. Bayangkan diri anda sebagai sebuah ‘tadahan’ yang sedia untuk dipam oleh suami.

    Untuk si suami pula, anda perlu membengkokkan kaki sedikit agar boleh melakukan tusukan secara perlahan-lahan.

    Sesuai dengan namanya iaitu The sanitiser pump, lakukan ‘pengepaman’ sesuai kehendak anda dan si isteri.

    Sentiasa berkomunikasi agar anda tidak terlebih ‘pam’ isteri anda.

    Nilai kalori yang dibakar:

    • Suami: 211
    • Isteri: 179

    The VaVaVaccine, cara seks suami isteri nombor 5

    seks suami isteri
    Kredit: The Sun

    Untuk lebih mudah difahami, The VaVaVaccine ini adalah cara bersetubuh versi terbalik bagi cara bersetubuh Corona-cowgirl

    Jika Corona-cowgirl memerlukan si isteri untuk menunggang membelakangkan si suami, inilah masanya untuk si isteri menunggang sambil menatap wajah suami yang sedang menikmati tunggangan.

    Cara bersetubuh ini mempunyai beberapa gelaran lain seperti girl on top atau riding.

    Pada waktu inilah, kuasa tunggangan dikawal sepenuhnya oleh si isteri.

    Isteri dapat mengawal sendiri kedalaman tusukan, kelajuan tunggangan yang dikehendaki dan menunggang mengikut kegemaran si isteri.

    Nilai kalori yang dibakar:

    • Suami: 50
    • Isteri: 188

    Jadi, tunggu apa lagi? Anda bolehlah manfaatkan posisi seks suami isteri di era pandemik ini!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 04/06/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan