Tidak dinafikan bahawa kaum Adam memang gemar untuk berfikir dan berfantasi tentang hubungan intim. Persoalannya, apakah antara gaya berhubungan yang disukai lelaki agaknya?
Meskipun soalan ini boleh dikatakan sebagai subjektif, namun majoriti daripada lelaki mungkin cenderung untuk meminati atau menyukai posisi-posisi tertentu!
Bagaimana cara buat suami tergila gilakan isteri? Apakah posisi seks yang dibenarkan dalam Islam? Apa pula posisi haram bersetubuh dalam Islam?
Jika anda ingin tahu yang mana satu posisi ‘bercinta’ yang disukai lelaki, artikel ini sangat tepat.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
Variasi posisi buat anda dan pasangan
Bagaimana cara buat suami tergila gilakan isteri? Apakah posisi seks yang dibenarkan dalam Islam? Apa pula posisi haram bersetubuh dalam Islam?
Sebenarnya, hubungan intim itu bukan sekadar memasukkan zakar ke dalam faraj sahaja. Ini kerana ia juga perlu:
- seni
- penampilan
- pergerakan
- posisi yang terbaik
Dengan mengamalkan posisi hubungan kelamin yang dipersetujui oleh anda dan pasangan, ia boleh menyemarakkan lagi kehidupan serta kesejahteraan di kamar tidur.
Pun begitu, tidak semua posisi itu boleh dilakukan kerana ia perlulah sesuai dengan kepercayaan, kemampuan serta keinginan daripada individu dan pasangan sendiri.
Bagi kaum Adam pula, mungkin ada gaya berhubungan yang disukai lelaki secara lebih khusus.
Gaya berhubungan yang disukai lelaki
Seperti mana yang kami telah nyatakan di atas tadi, ada banyak posisi yang anda dan pasangan boleh cuba. Cuma, kegemaran masing-masing sudah pasti tidak sama.
Sebuah kajian yang dijalankan oleh laman sesawang perubatan, Zavamed terhadap 2,000 lelaki di Amerika Syarikat dan Britain telah berjaya merungkai gaya berhubungan yang disukai lelaki.
Berikut adalah antara posisi yang dipilih.
#1. Doggy Style
Di tempat yang pertama, doggy style. Menurut para responden, posisi ini sangat digemari oleh para lelaki kerana ia mampu memudahkan mereka untuk sampai ke klimaks.
Dalam pada itu, majoriti mereka juga telah mengatakan bahawa posisi ini mampu membuat penetrasi zakar ke dalam faraj jadi lebih dalam serta mudah untuk dikendalikan.
Bukan itu sahaja, posisi ini turut akan membuat para lelaki berasa lebih gagah, kuat serta ‘jantan’. Cuma, ia mungkin menyakitkan serta memalukan bagi sesetengah wanita.
#2. Woman On Top
Kedua, posisi woman on top. Ia juga adalah antara gaya berhubungan yang disukai lelaki kerana mereka dapat melihat tubuh badan dan wajah pasangan mereka dengan jelas.
Tidak hanya itu, ia juga merupakan posisi senggama yang paling mudah bagi lelaki kerana mereka hanya perlu berbaring dan membiarkan pasangan yang ‘bekerja’ di atas.
Apa yang menarik tentang posisi ini adalah ia dapat membantu para wanita mencapai klimaks dengan lebih mudah angkara area G-spot itu senang tersentuh dan terangsang.
#3. Missionary
Ketiga, posisi missionary. Sebenarnya, posisi ini tidak lagi perlu diterangkan kerana ia adalah cara atau gaya paling klasik serta umum dilakukan oleh pasangan yang amatur.
Menurut orang lelaki, ia turut diminati kerana ia bukan sahaja akan mengimbau nostalgia malam pertama anda, malahan juga ada kenikmatan tersendiri yang sukar dilupakan.
Ia juga mungkin diminati oleh para wanita kerana posisi ini tidak memerlukan mereka untuk melakukan banyak pergerakan sebaliknya hanya perlu berbaring serta bersedia.
#4. Reverse cowgirl
Keempat, posisi reverse cowgirl. Buat anda yang belum tahu tentangnya, posisi ini hampir sama dengan woman on top dengan beza di mana wanita membelakangi lelaki.
Alasannya juga sama kerana ia merupakan posisi asmara yang paling senang bagi lelaki kerana mereka hanya perlu berbaring dan membiarkan pasangan yang ‘bekerja’ di atas.
Ia juga sangat sesuai buat wanita yang mungkin ingin mengendalikan bahtera asmara namun rasa malu untuk berhadapan atau berpandangan mata dengan pasangan mereka.
Gaya berhubungan yang disukai lelaki #5. 69
Akhir sekali, gaya yang disukai lelaki adalah 69. Sesuai dengan nama posisi ini, ia memerlukan anda dan pasangan berbaring sama seperti angka 69 itu sendiri.
Ertinya, anda perlu berbaring dengan kepala menghadap atau mengucup kemaluan pasangan dan begitu sebaliknya. Jangan pula rasa geli, ia penuh dengan nikmat tersendiri.
Kenapa anda perlu buat hubungan oral dengan berselang-seli jika ia boleh dilakukan secara serentak? Disebabkan itu pula, ia telah jadi antara posisi yang digemari para lelaki.
Kesimpulan
Tunggu apa lagi? Semua fantasi anda itu boleh jadi realiti!
[embed-health-tool-ovulation]