backup og meta

Wanita Yang Ambil Pil Perancang Berisiko Alami KECUT OTAK? Ini Kesan Pada Mental Kaum Hawa!

Wanita Yang Ambil Pil Perancang Berisiko Alami KECUT OTAK? Ini Kesan Pada Mental Kaum Hawa!

Apabila bercakap perihal kehamilan, ia sudah tentu bukan satu perkara yang boleh dibuat keputusan dengan sambil lewa sahaja.

Ini kerana mungkin ada pasangan suami isteri yang belum bersedia untuk menimang cahaya mata selain sedang merancang keluarga.

Disebabkan itu, telah wujud pelbagai kaedah kontraseptif termasuklah pil perancang kehamilan!

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa kesan ambil pil perancang ini terhadap wanita?

Pil perancang kehamilan, kontraseptif paling efektif?

Ya, ia mungkin merupakan kontraseptif paling efektif kerana kemampuannya mengelak wanita daripada mengandung sehingga 90%.

Untuk pengetahuan anda, ‘pil ajaib’ ini berfungsi dengan cara menghentikan proses ovulasi lantas menjadikan anda tidak subur buat sementara waktu.

Hormon yang wujud di dalam pil ini akan bekerja dengan menghalang ovum daripada meninggalkan ovari sekali gus menghalang proses persenyawaan sperma dengan telur.

Dalam pada itu, pil perancang juga bertindak menebalkan mukus yang terdapat pada pangkal rahim bagi tujuan menyukarkan sperma menembus dan menuju ke telur.

Terdapat 2 jenis pil pencegah kehamilan yang berbeza di pasaran iaitu pil kombinasi (mengandungi 2 hormon iaitu estrogen dan progestin) serta pil progestin (mengandungi 1 hormon sahaja iaitu progestin).

produk hilangkan jerawat

Pun begitu, tahap keberkesanannya juga boleh menurun sedikit jika diambil dengan cara yang tidak betul seperti:

  • Tidak diambil pada setiap hari
  • Mengambil bersama ubatan lain
  • Mengambil bersama suplemen lain
  • BMI yang tidak stabil
  • Menghidapi penyakit tertentu

Jika bercadang mahu mengambil pil perancang kehamilan, sila rujuk doktor terlebih dahulu ya?

Wujudkah kesan ambil pil perancang buat wanita?

Sebenarnya, terdapat beberapa kesan ambil pil perancang kehamilan buat wanita di sebalik keberkesanannya mencegah kehamilan luar jangkaan.

Kesan sampingan pil ini tentu sahaja akan menjejaskan fizikal wanita dan berikut merupakan antara komplikasi yang mungkin akan berlaku:

Kesan ambil pil perancang #1. Loya

Ia boleh menyebabkan keloyaan terutamanya jika anda baru pertama kali mengambil pil ini.

Namun ia mungkin hanya bersifat jangka masa pendek dan anda dinasihatkan untuk mengambilnya selepas waktu makan untuk mengurangkan ketidakselesaan.

#2. Sakit payudara

Bagi mengurangkan sakit payudara akibat pil ini, anda perlu mengehadkan pengambilan kafein dan garam selain memakai coli sokongan.

Jika kesakitan anda bertambah teruk atau mendapati ada ketulan pada payudara, sebaik-baiknya berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.

#3. Sakit kepala

Hormon dalam pil perancang adalah punca utama yang membuatkan anda sakit kepala dan migrain. Anda juga mungkin akan mengalami simptom sakit kepala yang berbeza bergantung kepada jenis serta dos hormon pil ini.

period tapi mengandung

#4. Tidak datang haid

Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti stres, sakit, serta ketidaknormalan hormon atau tiroid.

Jika anda tidak datang haid walaupun masih mengambil pil perancang, doktor mungkin akan menyuruh anda melakukan ujian kehamilan sebelum meneruskan pengambilannya.

#5. Libido menurun

Dalam sesetengah kes, hormon di dalam pil perancang boleh menurunkan nafsu syahwat anda dan jika simptom ini berterusan, dapatkan nasihat daripada doktor.

Bagaimana pula kesan ambil pil perancang pada mental?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, akan wujud beberapa kesan sampingan yang menjejaskan fizikal wanita.

Pun begitu, ia tidak hanya sekadar itu kerana sebenarnya juga ada kesan ambil pil ini terhadap mental yakni otak wanita.

Menurut sebuah kajian yang diketuai oleh Dr. Michael Lipton dari Albert Einstein College of Medicine, ia mungkin akan menyebabkan perubahan pada otak wanita.

Didapati bahawa wanita yang mengambil pil perancang mempunyai bahagian otak (hypothalamus) yang lebih kecil berbanding mereka yang tidak pernah mengambilnya.

Ia mungkin didasari oleh faktor kewujudan hormon di dalam pil tersebut namun kesan pengecutan bahagian otak ini masih belum dapat diketahui.

Dalam erti kata lain, kesan ambil pil perancang mungkin tidak akan menjejaskan mental wanita namun ia mungkin bukan sesuatu yang mustahil.

Ini kerana para pengkaji menyimpulkan bahawa mempunyai bahagian otak (hypothalamus) yang lebih kecil akan meningkatkan risiko kemurungan dan kemarahan.

ketahanan mental

Jadi, selamatkah untuk ambil pil ajaib ini?

Konklusinya, anda perlu tahu bahawa masih selamat untuk mengambil pil ajaib ini kerana kesan sampingannya juga tidaklah seteruk yang disangka.

Untuk lebih kepastian, sila berkonsultasi dengan doktor terlebih dahulu okay!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/3977-birth-control-the-pill
  2. https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/birth-control-pill/what-are-the-disadvantages-of-the-pill
  3. https://kidshealth.org/en/teens/contraception-birth.html
  4. https://www.livescience.com/birth-control-brain-hypothalamus.html
  5. https://www.sciencedaily.com/releases/2019/12/191204090819.htm

Versi Terbaru

28/05/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Benarkah Pil Perancang Beri Kesan Pada Fasa Menopaus? Wanita Wajib Baca!

Takut Ambil Pil Perancang 'Plan B' Sebab Ada Kesan Sampingan? Relaks, Baca Ini Dulu!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/05/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan