backup og meta

Virus HIV Tersebar Melalui Seks & Jarum, Apa Lagi Punca Mendapat AIDS?

Virus HIV Tersebar Melalui Seks & Jarum, Apa Lagi Punca Mendapat AIDS?

AIDS adalah singkatan daripada Sindrom Kurang Daya Tahan, yang merupakan penyakit yang menjadikan tubuh tidak dapat melawan jangkitan. AIDS adalah peringkat akhir jangkitan virus HIV (human immunodeficiency virus). HIV/AIDS disebarkan terutama melalui seks tanpa jarum dan berkongsi jarum.

Malah, HIV tidak menular. Virus ini terdapat dalam cecair tubuh tertentu seperti darah, air mani, cecair pra-mani, cecair rektum, cecair faraj dan susu ibu. Bagi membolehkan HIV berpindah ke tubuh anda, cecair-cecair ini mesti bersentuhan langsung dengan luka terbuka atau disuntik ke dalam aliran darah anda.

Dalam kebanyakan kes, seseorang mendapat HIV melalui hubungan seksa dengan seseorang yang mempunyai HIV tanpa perlindungan (kondom). Seks dubur dan seks faraj dianggap aktiviti seksual berisiko tinggi. Berkongsi jarum, air bilasan dan sebarang peralatan lain yang digunakan untuk menyuntik ubat dengan pesakit HIV juga akan menyebabkan anda mendapat HIV. HIV boleh bertahan sehingga 42 hari dalam jarum, bergantung kepada faktor persekitaran.

Manakala bayi pula boleh dijangkiti HIV semasa kelahiran jika ibu positif HIV. Pekerja penjagaan kesihatan juga berisiko jika cedera akibat objek tajam yang tercemar dengan HIV.

Terdapat kes-kes yang jarang berlaku di mana HIV disebarkan melalui seks oral, ciuman mendalam, pemindahan darah atau pemindahan organ, makan makanan yang telah dihirup oleh pesakit HIV. Digigit oleh seseorang yang mempunyai HIV atau mempunyai hubungan antara luka terbuka juga boleh menyebarkan HIV.

hiv aids

Oleh kerana HIV tidak boleh hidup lama atau dihasilkan semula luar daripada tubuh manusia, ia tidak akan tersebar melalui udara, air, nyamuk, serangga, dan hubungan harian seperti berjabat tangan, mencium pipi atau berkongsi segelas air. Pesakit HIV yang mempunyai rawatan untuk mengawal virus pada tahap tertentu kurang berkemungkinan untuk menyebarkannya kepada pasangan mereka.

Walaupun istilah HIV dan AIDS mungkin mengelirukan, ia adalah dua keadaan yang berbeza. Apabila didiagnosis dengan HIV tidak bermakna anda mempunyai AIDS. Apabila HIV masuk ke dalam tubuh anda, ia secara senyap menyerang sistem imun anda selama bertahun-tahun sehingga tubuh anda tidak dapat melawannya lagi. AIDS adalah apabila HIV berkembang ke tahap akhir.

Tetapi dengan perkembangan perubatan, pesakit HIV tidak akan berkembang kepada AIDS. Anda boleh mengawal tahap HIV dengan ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan yang betul. Oleh itu, pastikan tubuh anda kuat untuk melawan penyakit ini. HIV/AIDS bukan lagi satu hukuman mati. Orang yang positif HIV masih boleh menjalani kehidupan yang panjang dan memuaskan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

How Do You Get HIV or AIDS? https://www.aids.gov/hiv-aids-basics/hiv-aids-101/how-you-get-hiv-aids/index.html. Assessed August 22, 2016.

Versi Terbaru

07/09/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Wanita Usia 30-an, Buat Ujian Kanser Serviks Untuk Saringan Dan Pengesanan Awal

AWAS! Ini 3 Tanda-tanda HIV Pada Lelaki Yang Ramai Orang Terlepas Pandang!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/09/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan