Selalu Hampa Di Kamar Tidur? Ini 5 RAHSIA Untuk Wanita Klimaks Lebih Dari Sekali!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Semua individu pasti mahukan kemuncak yang mengghairahkan atau klimaks banyak kali sewaktu bersenggama bersama pasangan.

Untuk lelaki, kemuncak yang sangat diidamkan adalah apabila berkemampuan untuk tahan lama semasa berhubungan intim dan berejakulasi sepuasnya.

Untuk kaum wanita pula, pastinya mencapai orgasma adalah keinginan yang sangat diidam-idamkan sewaktu bersenggama.

Malah, ada juga kaum wanita yang bukan sekadar inginkan orgasma itu berlaku, tetapi menginginkan klimaks banyak kali.

Bolehkah anda mencapai orgasma atau klimaks banyak kali sewaktu melakukan hubungan seksual?

Jika tidak, jangan cepat mengalah.

Kami ada rahsia untuk wanita mendapat klimaks banyak kali sewaktu berhubungan bersama pasangan.

Jom baca apa yang kami sediakan di bawah ini.

Bagaimanakah anda boleh tahu jika anda telah mencapai klimaks wanita atau tidak?

klimaks wanita

Sebelum mengetahui rahsia untuk mendapat klimaks banyak kali, adalah lebih elok anda memahami berkenaan keadaan klimaks itu sendiri terlebih dahulu.

Apabila seseorang wanita itu mencapai orgasma atau klimaks, faraj, rahim dan dubur mereka akan mengalami kontraksi yang cepat sebanyak antara 3 hingga 15 kali.

Kadangkala, bahagian tubuh yang lain seperti tangan, kaki dan abdomen turut mengalami kontraksi seperti ini. 

Semasa orgasma, wanita kadangkala akan juga berejakulasi dan mengeluarkan cecair daripada urethra.

Cecair tersebut mengandungi campuran antara cairan putih daripada kelenjar peri-uretra Skene dan juga air kencing. 

Apakah cara agar saya boleh klimaks banyak kali?

Seperti kaum lelaki, golongan wanita juga sememangnya mahukan hubungan seks yang berkualiti bersama pasangannya.

Sebagai seorang wanita, antara cara yang boleh anda lakukan untuk dapatkan klimaks banyak kali adalah seperti berikut:

#1. Cuba lakukan teknik edging

Anda pasti tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan edging (penulis tidak dapat mencari terma yang paling hampir dengan maksud edging).

Edging adalah satu teknik di mana anda menaikkan nafsu anda sehingga anda rasakan seperti mahu klimaks.

Tetapi anda perlu berhenti sebelum anda mencapai klimaks.

Anda boleh melakukan edging dengan pelbagai cara seperti bermain-main dengan faraj anda.

Goda diri sendiri sehingga anda rasa mahu klimaks, kemudiannya berhenti sebelum klimaks berlaku.

Ia sebenarnya adalah satu kaedah kawalan diri daripada mencapai klimaks.

Kaedah ini membantu anda untuk mendapatkan klimaks wanita yang lebih memuaskan selain meningkatkan stamina tubuh apabila bersetubuh bersama pasangan anda.

#2. Terokai rangsangan tubuh yang lain

klimaks banyak kali

Bahagian faraj wanita sememangnya adalah bahagian tubuh yang paling mudah dirangsang untuk menaikkan nafsu syahwat.

Tetapi jika anda ingin mendapatkan klimaks banyak kali sewaktu melakukan hubungan seks, anda juga perlu mendapatkan rangsangan di kawasan lain tubuh anda.

Cuba terokai tubuh anda sendiri, berikan sedikit sentuhan dan kenal pasti bahagian manakah yang turut terangsang sehingga boleh menaikkan nafsu anda.

Sebagai contoh, bermain-main dengan payudara anda sendiri, menggosok-gosok di sekitar leher atau belakang telinga atau mungkin juga melalui urutan tubuh.

Jangan pelik jika urutan turut boleh menyebabkan anda menjadi horny.

#3. Lakukan senaman Kegel

Jika anda tidak tahu apakah senaman Kegel, jangan risau.

Buka YouTube dan ikuti sahaja cara seperti yang dilakukan melalui video tersebut.

Apabila anda telah mula lakukan senaman Kegel ini, anda mungkin akan menyedari perbezaan pada stamina, sensasi dan kawalan ejakulasi tubuh memandangkan otot yang semakin meningkat naik. 

Menguatkan otot lantai pelviks (pelvic floor muscle) melalui senaman ini boleh memberikan banyak kesan positif kepada tubuh.

Ini termasuklah membantu anda mengawal kencing dan meningkatkan sensasi yang lebih banyak sewaktu bersama pasangan.

#4. Elakkan melancap atau beronani

Semakin lama anda tidak melakukan seks bersama pasangan atau beronani, maka anda akan menjadi semakin sensitif terhadap sebarang rangsangan yang akan berlaku.

Sekiranya rangsangan tubuh menjadi semakin meningkat, maka anda akan menjadi lebih mudah untuk berejakulasi dan mencapai klimaks banyak kali.

Cuba elakkan daripada melakukan hubungan seks atau melancap setiap hari.

Anda mungkin boleh cuba mengehadkan hubungan seks kepada 2 kali sahaja dalam seminggu.

Ia akan membantu anda untuk menjadi lebih sensitif dan lebih terangsang apabila anda melakukan seks bersama pasangan anda nanti.

#5. Set dalam minda bahawa anda akan klimaks banyak kali

klimaks wanita

Kadangkala bukan soal fizikal atau tubuh badan yang perlu diambil berat, tetapi juga minda dan mental anda.

Apabila anda mempunyai satu mindset yang menyebabkan anda relaks dan hanya menikmati seks, maka anda akan dapat menikmatinya dan menyebabkan anda menjadi lebih sensitif.

Oleh itu, cuba fikirkan bahawa anda mahu lakukan seks dengan lebih lama dan mencapai klimaks banyak kali bersama pasangan anda.

Ia akan menjadikan tubuh anda lebih relaks dan lebih bersedia ke arah itu.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Sudah Bosan Bersenggama Ketika Berbaring? Apa Kata Cuba ‘Projek’ Secara Berdiri Pula!

Anda ingin cuba posisi seks berdiri namun tidak tahu bagaimana? Tenang, jom klik artikel ini untuk tip yang boleh bantu kalian menjayakannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 15/12/2020 . 3 minit bacaan

Selepas Pembedahan Hernia, Bila Baru Boleh Bersama Pasangan? Pertimbangkan 4 Perkara Ini!

Pasca pembedahan hernia, adakah anda dan pasangan boleh teruskan kehidupan seks seperti biasa? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Seksual 14/12/2020 . 3 minit bacaan

Sakit Saat Bersetubuh Akibat Endometriosis? Ikut Tip Ini Untuk Pengalaman Seks Yang Lebih Baik!

Endometriosis adalah antara penyakit wanita dan berisiko mempengaruhi kualiti hidup malah seks pesakit. Justeru, apa boleh dilakukan? Jom baca artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 14/12/2020 . 3 minit bacaan

Mudah Saja Nak Dapatkan Prostat Yang Sihat, Salah Satunya Kena Banyak Minum Kopi- Kajian

Mungkin ada yang menganggap kelenjar prostat sebagai organ yang tidak penting, namun peranannya dalam hubungan seksual dan sistem reproduktif manusia...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kanser, Kanser Prostat 03/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

seks ghairah

Apabila Nafsu Berahi Memuncak, Individu Akan Lebih Cenderung Jadi ‘Bodoh’, Ini Kata Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 31/12/2020 . 3 minit bacaan
posisi seks

Selain ‘Woman On Top,’ 5 Posisi Seks Ini Juga Berisiko Cederakan Anda! Suami Isteri Harus Tahu

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/12/2020 . 3 minit bacaan
masalah seks wanita cedera ketika seks

Cedera Ketika Sedang Sedap Bersetubuh? Awas Ini 5 Kecederaan Lazim Berlaku Atas Katil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 22/12/2020 . 3 minit bacaan
ketagihan seks

Bukan Hanya Lelaki, Wanita Juga Boleh Alami KETAGIHAN Seks! Ini Ciri Orang Gila Seks

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan