JANGAN Tahan Untuk Buang Air Besar, Buruk Padahnya Jika Kena Sembelit!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 24/08/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Ramai pasti bersetuju jika kami katakan bahawa membuang air besar adalah satu perkara yang baik untuk diri anda. Kami juga yakin bahawa ramai yang tidak mahu menyimpan najis terlalu lama di dalam tubuh.

Tetapi ada ketika di mana anda terpaksa menahan diri daripada membuang air besar. Saat-saat ia datang itu kadangkala betul-betul pada masa yang tidak sesuai seperti ketika sedang bermesyuarat atau sedang menunggu bas atau LRT.

Apa keputusan anda? Mahu mencari tandas berdekatan atau tunggu sehingga tiba dirumah?

Buat najis anda keras, alami sembelit

Menurut Alison Chen, pengarang buku What Your Poo Says About You, kita boleh menahan daripada membuang air besar tetapi ia tidak boleh dilakukan selalu. Mengapa?

Kerana ia boleh menyebabkan anda mengalami masalah sembelit. Menurut Alison Chen lagi, semakin lama anda menahan daripada membuang air besar, maka semakin keras najis anda.

Ini kerana semakin banyak kandungan air yang akan diserap keluar daripada najis anda.

Apabila tinja anda menjadi lebih keras, anda akan mengalami sedikit kesukaran untuk mengeluarkannya. Bukaan dubur anda berkemungkinan akan mengalami fisur atau koyakan ketika najis dikeluarkan.

Apabila terdapat sebarang koyakan pada bukaan dubur, anda pasti akan merasakan kesakitan selain menyebabkan pendarahan dan mengambil sedikit masa untuk sembuh. Selain itu, anda juga berpotensi untuk mendapat buasir jika najis anda kerapkali menjadi keras.

Anda mungkin tidak tahu bahawa najis yang keras menjadi salah satu penyebab terjadinya buasir.

Respon lebih perlahan

Menurut Spencer Nadolsky, seorang ahli perubatan keluarga, menahan diri daripada membuang air besar boleh menyebabkan rutin membuang air besar berubah.

Apabila kita menahan diri daripada membuang air besar, otot pada rektum akan meregang dan menghantar signal agar tubuh berhenti daripada memberi respon terhadap keperluan untuk mengeluarkan najis.

Ini kemudiannya akan menyebabkan tubuh anda mengeluarkan najis dengan lebih perlahan apabila tiba masanya pada masa akan datang. 

Kurangkan risiko sembelit

Untuk mengurangkan risiko anda daripada mengalami sembelit, anda boleh mencuba untuk melakukan perkara-perkara seperti sentiasa bersenam, menambahkan hidangan berserat dalam pemakanan, dan minum lebih banyak air.

Anda juga boleh mendapatkan ubat untuk mengurangkan sembelit seperti laxative dan enema.

Walau bagaimanapun, ia perlu digunakan secara berhati-hati kerana ia kadangkala boleh memburukkan keadaan sembelit sedia ada. 

Selepas ini, cuba kurangkan diri daripada menahan untuk membuang air besar. Kami faham ramai yang lebih gemar memilih untuk tidak membuang air besar di tandas-tandas awam kerana faktor bau atau bunyi yang akan dikeluarkan.

Anda boleh menahannya sehingga pulang ke rumah, tetapi jangan jadikannya sebagai satu amalan. Lebih-lebih lagi jika najis anda sudah ‘berada di pintu kastam’ untuk dilepaskan. Takut nanti anda ‘terbuang’ di dalam LRT je. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Usus Kotor? Petandanya Ada Pada Kulit Wajah Anda! Ini Cara Atasi Kulit Berjerawat Akibat Usus Kotor

    Kulit adalah pengukur hebat keadaan dalam badan anda. Namun adakah masalah kulit boleh menjadi petanda keadaan usus kotor? Ikuti penjelasan ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 05/10/2020 . 3 minit bacaan

    Ini Sebab Mengapa Lelaki ‘LEPAK’ Lebih Lama Dalam Bilik Air, Ada Kaitan Dengan Psikologi

    Bukan wanita sahaja yang suka ‘melepak’ lama di dalam bilik air ketika buang air besar, lelaki juga begitu. Kajian menunjukkan perbezaan ini....

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 28/09/2020 . 3 minit bacaan

    Pecahkan Buasir Untuk Legakan Kesakitan? AWAS, Tindakan Itu Mengundang Bahaya!

    Boleh ke rawat buasir dengan memecahkan bonjolan bagi menghilangkan rasa sakit? Bagaimana dengan risiko jangkitan, adakah ia berbahaya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 21/09/2020 . 3 minit bacaan

    Ada Masalah Sembelit? Nak Cepat Pulih Cuba 5 Posisi Yoga Ini, Badan Pun Sihat

    Sakit sembelit merupakan sesuatu yang biasa bagi rakyat Malaysia. Jika anda sakit perut, cuba 5 posisi yoga ini untuk kelegaan segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 14/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit perut

    Perut Selalu Rasa Tak Sedap Setiap Kali Datang Bulan, Sering Cirit-Birit Atau Sembelit? Ini Solusinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 09/11/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom iritasi usus

    Perut Selalu Kembung & Berangin? Cuba Elak Ambil 7 Jenis Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
    buasir ketika hamil

    Bahaya Jika Ibu Mengandung Alami Buasir, Salah Satunya Tak Boleh Bersalin Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
    usus tersumbat

    Kerap Alami Kembung Perut? Itu Mungkin Tanda USUS TERSUMBAT, Atasinya Dengan Diet Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan