Tiada Alergi Tapi Badan Rasa Gatal-gatal, Ini Mungkin Petanda Anda Terlampau Stres!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 21/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Aduh, stresnya minggu ni! Sudahlah kerja bertimbun, badan pula rasa penat sangat. Tapi, entah dari mana, badan tiba-tiba naik ruam gatal pula. Habis kulit jadi gatal!

Lepas satu masalah, masalah lain pula yang datang. Mengapalah dalam banyak-banyak masa, ruam gatal ni terjadi apabila dunia rasa tunggang-terbalik?

Haa, pernah tak anda alami keadaan seperti di atas? Tahukah anda, ruam gatal boleh terjadi ketika anda berada dalam keadaan yang tertekan?

Ruam gatal ini selalunya akan membuatkan badan anda jadi kemerah-merahan. Tapi, bukan itu sahaja, ia juga boleh buatkan anda rasa gatal dan juga sakit!

Rupa-rupanya, ruam yang berlaku akibat stres bukanlah sesuatu yang luar biasa. Namun, apa sebenarnya punca utama ruam yang anda alami ini?

Jom ikuti artikel di bawah untuk kenal pasti penyebab sebenar ruam gatal yang anda hadapi. 

Ruam yang saya alami sekarang disebabkan oleh stres atau alergi?

gatal badan

Ruam yang berlaku akibat stres selalunya menyerupai ruam akibat gigitan serangga.

Pada awalnya, ruam tersebut akan muncul sebagai bintat kecil kemudian jadi kemerah-merahan dan gatal ketika anda mula menggarunya.

Tekanan akan memberi impak yang berbeza kepada setiap orang. Sebab itulah, ada yang akan alami kulit gatal sebagai kesan sampingan stres.

Selalunya, ruam gatal hanya akan berlaku jika seseorang itu mempunyai alahan terhadap sesetengah makanan ataupun bahan kimia tertentu.

Namun, kadangkala perubahan cuaca yang ekstrem, peluh dan stres juga boleh mencetuskan kegatalan yang datang tanpa sebarang amaran.

Keadaan ini akan jadi lebih teruk jika individu tersebut telahpun mempunyai kondisi seperti psoriasis, ekzema ataupun jerawat.

Penyakit ini akan jadi makin teruk dan mungkin berpotensi untuk mengganggu kesihatan pesakit.

Menurut Dr. Myers daripada Cleaveland Clinic, semua orang berisiko untuk mengalami gatal kulit akibat stres. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja terutamanya wanita yang berada dalam lingkungan usia 30 hingga 50 tahun.

Ruam gatal mungkin akan datang dan pergi

gatal badan

Individu yang mengalami kondisi ini pasti pernah melalui perkara yang sama sebelum ini. Selalunya, ruam gatal akan datang dan pergi tanpa amaran.

Ia juga boleh berlaku secara tiba-tiba dan kemudiannya hilang selama berminggu-minggu sebelum kembali menyerang.

Ruam gatal boleh diubati dengan antihistamin yang boleh didapati secara over-the-counter di farmasi berdekatan. Setelah makan ubat, ruam tersebut selalunya akan hilang dalam masa sehari dua.

Jika boleh, elakkan menggaru kawasan yang gatal. Aktiviti menggaru akan melepaskan sejenis bahan kimia iaitu histamin yang akan menyebabkan kegatalan.

Semakin banyak anda garu, semakin teruklah ruam anda nanti. Sama seperti jerawat, elakkan daripada memicitnya supaya muka anda tidak akan dipenuhi dengan jerawat nanti!

Kegatalan merupakan salah satu simptom yang boleh mengganggu kehidupan seharian sesiapa sahaja.

Walaupun ruam gatal bukanlah satu perkara kecemasan, jangan tangguh untuk berjumpa dengan doktor jika anda alami kegatalan dalam satu jangka masa yang panjang.

Lebih-lebih lagi jika anda alami simptom lain seperti demam, ataupun bengkak pada kawasan bibir atau mulut. Dua simptom ini merupakan tanda reaksi alergi yang serius dan perlu dirawat dengan segera.

Apa yang boleh dilakukan untuk kurangkan ruam gatal?

gatal badan

Mereka yang alami ruam gatal akibat stres mungkin sukar menghalang kondisi ini daripada berlaku. Bukan mudah untuk kekal ‘relaks’ dan ‘bertenang’ untuk elakkan badan anda daripada gatal-gatal.

Namun, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan stres dalam kehidupan seharian anda.

Salah satunya adalah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat. 

Elakkan minum minuman beralkohol atau mengambil terlalu banyak kafein. Diet yang sihat dan seimbang boleh membantu anda untuk melawan stres dengan berkesan.

Selain itu, berhenti merokok dan tinggalkan produk nikotin. 

Mereka yang menggunakan nikotin mungkin mengamalkannya sebagai satu langkah untuk kurangkan stres. Namun, nikotin sebenarnya akan buatkan anda jadi bertambah stres!

Hidup ini dipenuhi dengan pelbagai bentuk tekanan. Tidak kiralah sama ada ia berasal daripada tempat kerja ataupun keluarga, pasti ada cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan stres yang dialami.

Antaranya adalah dengan meminta pertolongan orang lain jika perlu. 

Selain itu, elakkan daripada melakukan semua perkara sekali gus. Setelah penat bekerja, jangan lupa untuk beri diri anda masa untuk berehat bagi elakkan burn-out. 

Jika ruam gatal yang anda alami semakin melarat, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin. Anda juga boleh simpan ubat antihistamin sebagai bekalan untuk digunakan jika anda sedang tertekan.

Kesimpulan

Ruam gatal yang berlaku akibat stres merupakan sesuatu yang lazim bagi sesetengah individu.

Namun, bagi mereka yang sering diserang rasa gatal, anda mungkin perlu lakukan sesuatu untuk elakkan kegatalan tersebut daripada terus mengganggu kehidupan anda.

Selalunya, ruam gatal akan hilang dalam masa 24 jam. Namun, ruam baru boleh muncul jika anda masih lagi berada di dalam keadaan tertekan.

Jika anda merawat kegatalan anda dengan ubat di farmasi namun tidak dapat melihat sebarang pengurangan, pastikan anda berjumpa doktor dalam masa terdekat.

Mungkin punca sebenar kegatalan tersebut tidak ada kaitan dengan stres yang anda alami sekarang dan berasal daripada sesuatu yang lebih serius serta perlukan perhatian daripada doktor. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Mengapa Makin Tua, Makin Gatal Kulit?

Kegatalan adalah rasa tidak menyenangkan yang mencetuskan keinginan untuk menggaru. Ia boleh berlaku pada kulit berpenyakit atau kulit yang tidak berpenyakit. Kulit gatal boleh berpunca daripada masalah kulit, penyakit ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Helma Hassan
Minda Di Usia Emas, Sihat Pada Usia Emas 24/01/2019 . 2 minit bacaan

Kulit Gatal Tanda Penyakit Hati?

Kulit bertindak sebagai jendela kepada tahap kesihatan keseluruhan anda. Disebabkan itu, penyakit dalaman mungkin menunjukkan tandanya dengan perubahan kulit. Kulit gatal atau pruritus boleh menjadi petunjuk kepada ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
Ditulis oleh Helma Hassan
Gaya Hidup Sihat, Tips Kesihatan 24/01/2019 . 2 minit bacaan

4 Penyebab Utama Penyakit Kelamin Wanita

Mengalami penyakit ginekologi (penyakit kelamin wanita) menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa. Tetapi apa punca-punca penyakit kelamin yang biasa berlaku? Artikel di bawah akan memberikan maklumat lanjut mengenai ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Helma Hassan
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 21/12/2018 . 2 minit bacaan

Xyzal

Kenali apa itu Xyzal. Bagaimanakah penggunaan, dos yang disyorkan serta langkah berjaga-jaga.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nurizati Hamizah Abd. Rahim
Ubat & Suplemen 31/05/2018 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kulit gatal

Badan Naik Ruam Akibat Cahaya Matahari? Ini Sebab Alahan Ataupun Memang Puteri Lilin?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
alergi nikel

Kulit Gatal Sebab Jam Tangan, Gelang Atau Cincin? Mungkin Anda Mempunyai Alergi Nikel!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
vagina gatal

Miss V GATAL Ketika Datang Bulan? 5 Perkara ini Punca Anda Tidak Selesa!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 23/07/2020 . 3 minit bacaan
Tip Rawat Cacar Air pada Anak

Tip Rawat Cacar Air pada Anak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 06/05/2019 . 2 minit bacaan