Ini 5 Perkara Yang Mesti Pesakit Diabetes Lakukan Setiap Masa, Setiap Hari! Jangan Lalai

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 14/10/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Diabetes adalah sejenis penyakit yang tidak boleh diubati. Namun, ia masih boleh dikawal oleh pesakit diabetes melalui amalan penjagaan diri khusus.

Kami senaraikan beberapa perkara atau aktiviti penjagaan diri bagi pesakit agar penyakit diabetes yang dialaminya dapat dikawal dengan baik.

Penjagaan diri 1: Pemakanan

Soal pemakanan adalah soal yang paling penting bagi mereka yang menghidap diabetes.

Pesakit diabetes perlu mendapatkan makanan berkhasiat yang seimbang, sama seperti orang lain bagi menjaga kesihatan mereka.

Selain meningkatkan kesihatan tubuh, pelan pemakanan yang baik juga bertujuan untuk memastikan paras gula darah berada dalam keadaan yang normal.

Berikut adalah beberapa perkara yang mesti diberikan perhatian oleh pesakit diabetes.

  • Berat badan: Berat badan mestilah dikurangkan jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan. Anda perlu memastikan berat badan anda berada pada tahap yang ideal
  • Makan pelbagai jenis makanan: Anda juga perlu mengambil pelbagai jenis sumber makanan sihat. Banyakkan makan makanan yang tinggi kandungan serat seperti sayur-sayuran dan kekacang
  • Ambil makanan secara sederhana: Makanan yang mempunyai kandungan karbohidrat yang tinggi perlu diambil dalam jumlah yang terhad. Ini termasuklah nasi, bijirin, mi, buah-buahan dan juga telur
  • Elakkan jenis makanan ini: Ada juga beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan seperti makanan yang tinggi lemak tepu, mentega, minyak sapi, coklat, jem, jeli, madu dan makanan tinggi gula yang lain
  • Ambil minuman tanpa gula: Elakkan pengambilan gula dalam minuman anda. Anda boleh menggunakan pemanis tanpa kalori seperti sakarin bagi menggantikan gula dalam minuman
  • Kurangkan pengambilan garam: Pengurangan garam dalam makanan boleh membantu mengawal tekanan darah. Elakkan juga makanan dalam tin kerana kebanyakan makanan dalam tin tinggi dengan kandungan garam
  • Guna kaedah memasak yang sihat: Anda boleh memasak dengan menggunakan kaedah memanggang, stim, membakar, atau rebus
  • Makan mengikut waktu: Pastikan anda mengambil sarapan, makan tengah hari dan juga makan malam anda. Jangan sesekali skip waktu makan anda
  • Elakkan pengambilan alkohol: Jangan sesekali mengambil alkohol kerana alkohol hanya akan menambahkan kalori harian anda tanpa memberikan sebarang nutrisi kepada anda

Penjagaan diri 2: Bersukan atau bersenam

pesakit diabetes

Bersukan atau bersenam juga boleh membantu diri anda untuk mengawal penyakit diabetes yang dialami.

Senaman boleh membantu meningkatkan aliran darah dalam tubuh. Senaman juga boleh meningkatkan fungsi insulin dan merangsang rembesan insulin.

Bagi mereka yang menghidap diabetes, anda disarankan untuk berjalan selama 60 minit setiap hari. Antara kelebihan lain bersukan dan bersenam ialah:

  • Membantu badan menggunakan insulin dengan lebih berkesan
  • Dapat menurunkan tahap glukosa darah
  • Menguatkan jantung dan paru-paru anda
  • Mengurangkan lemak badan dan meningkatkan jumlah dan kekuatan otot
  • Membantu mengawal berat badan
  • Membantu mengatasi tekanan
  • Meningkatkan imej diri
  • Membantu mengurangkan faktor risiko penyakit jantung
  • Menurunkan tekanan darah

Anda boleh mencuba pelbagai aktiviti senaman dan sukan lain termasuklah berenang, menari, melakukan senaman aerobik, berkebun, memanah dan lain-lain lagi.

Penjagaan diri 3: Pengurusan stres diri

Dengan mengawal dan menurunkan kadar stres anda, ia boleh membantu menurunkan paras gula darah selain merendahkan tekanan darah.

Ia juga boleh meningkatkan tahap kesihatan keseluruhan diri anda.

Antara tip relaksasi diri yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan stres yang dialami ialah:

  • Lakukan beberapa aktiviti yang boleh memberikan ketenangan kepada anda setiap hari. Antara yang boleh anda lakukan adalah dengan membaca buku, berkebun, menonton filem atau sebarang perkara lain yang anda gemari
  • Kerap bersenam dan bersukan
  • Ketawa, kerana ketawa boleh membantu anda mengurangkan stres atau tekanan yang dialami
  • Dapatkan rehat yang mencukupi. Tubuh badan anda memerlukan rehat seperti tidur yang mencukupi

Penjagaan diri 4: Penjagaan mulut 

penjagaan diri

Bagi pesakit diabetes, menjaga kesihatan mulut dan gigi sememangnya amatlah penting.

Anda perlu memberus gigi selepas bersarapan dan sebelum tidur setiap hari.

Sekiranya terdapat kaviti atau warna hitam pada gigi, segeralah berjumpa dengan doktor gigi bagi melakukan pemeriksaan.

Begitu juga jika terdapat pendarahan pada gusi anda. Antara tip penjagaan kesihatan mulut yang boleh diikuti ialah:

  • Kawal paras gula darah anda sentiasa
  • Berus dan flos gigi anda setiap hari. Gunakan berus gigi yang mempunyai berus yang lembut
  • Beritahu doktor anda bahawa anda mempunyai penyakit diabetes dan dapatkan nasihat berkenaan penjagaan gigi yang tepat

Penjagaan diri 5: Penjagaan kaki

Kerosakan saraf, penyempitan saluran darah, paras gula tinggi dan juga jangkitan boleh menyebabkan masalah pada kaki yang serius.

Antara masalah pada kaki yang sering dialami oleh pesakit diabetes ialah ulser, luka yang lambat sembuh, jangkitan yang merebak, dan gangren sehingga boleh menyebabkan amputasi pada kaki.

Berikut adalah tip penjagaan kaki yang perlu anda ikuti:

  • Periksa kaki anda (atas, bawah dan antara jari kaki) setiap hari untuk memastikan kewujudan calar, retak, luka dan juga kelepuhan
  • Basuh kaki anda setiap hari dengan menggunakan air suam, dan keringkan secara berhati-hati menggunakan tuala lembut 
  • Sebelum mencuci kaki, periksa suhu air dengan siku anda (air yang terlalu panas boleh mencederakan kaki anda)
  • Sapukan lapisan pelincir nipis (minyak, losyen atau krim) jika kulit anda mempunyai kecenderungan untuk mengalami kekeringan (tetapi jangan meletakkannya di antara jari kaki anda)
  • Sentiasa pastikan kaki anda sentiasa kering
  • Potong kuku jari kaki selepas mencuci kaki
  • Pakai kasut yang sesuai
  • Pakai kasut dan stoking sepanjang masa (stoking kapas atau bulu adalah yang terbaik)
  • Tukar kasut dengan kerap
  • Jangan memakai stoking basah dan kotor
  • Periksa kasut anda, di dalam dan di luar, sebelum memakainya
  • Pastikan kaki anda diperiksa oleh pekerja kesihatan setiap kali anda berjumpa dengan doktor

Kesimpulan

5 perkara di atas ini adalah perkara-perkara atau aktiviti penjagaan diri yang mesti dilakukan oleh pesakit diabetes.

Dengan cara ini, ia boleh membantu anda mengawal penyakit diabetes yang dialami, seterusnya mengurangkan komplikasi kesihatan lain yang berisiko untuk berlaku.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Jaga Pesakit Diabetes Jenis 1 Bukan Sesuatu Yang Mudah, Cara Penjagaan Ini Perlu Anda Tahu

Penjagaan pesakit kencing manis jenis satu bukannya mudah tetapi tidak mustahil. Jangan risau, mari belajar cara penjagaan lengkap dalam artikel ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Kencing Manis, Diabetes Jenis 1 12/10/2020 . 5 minit bacaan

Apa Itu Diabetes Jenis 1: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

Penyakit diabetes jenis satu kurang mendapat pendedahan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Mari kenali apa itu diabetes dalam artikel ini.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nana Muhammad
Kencing Manis, Diabetes Jenis 1 12/10/2020 . 6 minit bacaan

Nak Jaga Pesakit Diabetes Jenis 2 Bukan Sesuatu Yang Mudah, Cara Penjagaan Ini Perlu Anda Tahu

Cabaran pesakit diabetes bukan sedikit, tetapi banyak perkara yang perlu dilalui. Jika anda terlibat dengan penjagaan pesakit diabetes, ini anda mesti tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kencing Manis, Diabetes Jenis 2 12/10/2020 . 5 minit bacaan

Dialisis, Rawatan Untuk Pesakit Buah Pinggang Yang Berkos Tinggi, Ada Alternatif Lain Ke?

Mungkin ramai sudah tahu tentang apa itu dialisis namun belum arif tentang siapa yang perlu buat rawatan ini bukan? Jom klik untuk tahu lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Urologi, Penyakit Buah Pinggang 05/10/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

penjagaan pesakit kencing manis

Ada Ahli Keluarga Yang Hidap Diabetes? Jika Anda Nak Hindarinya, Ikut 5 Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 28/10/2020 . 3 minit bacaan
orang pendek

Alamak! Pakar Kata, Orang Rendah Lebih Berisiko Untuk Dapat Diabetes! Ini Sebabnya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/10/2020 . 3 minit bacaan
bahan masakan

Nak Makanan Sedap Tapi Perlu Kawal Gula, Lemak? Pesakit Diabetes Boleh Guna 13 Bahan Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 22/10/2020 . 3 minit bacaan
diabetes

Membongkar 4 Mitos Tentang Terapi Insulin

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 20/10/2020 . 3 minit bacaan