backup og meta

Anda Disahkan Prediabetes? Ada Lagi Masa Untuk Berubah, Ikut 6 Cara Ini Elak Diabetes!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/07/2023

    Anda Disahkan Prediabetes? Ada Lagi Masa Untuk Berubah, Ikut 6 Cara Ini Elak Diabetes!

    “Saya terkena prediabetes, apa perlu dilakukan sekarang? Ada sebarang pantang larang makanan untuk prediabetes?”

    Bertenang, kerana anda masih belum dikategorikan sebagai penghidap diabetes walaupun dikesan mengalami pradiabetes atau prediabetes.

    Ini kerana, walaupun paras gula darah anda berada dalam keadaan yang tinggi, julatnya masih tidak boleh dikategorikan sebagai menghidap diabetes. 

    Apa yang penting sekarang, anda perlu melakukan beberapa cara atau langkah agar tidak mengalami diabetes.

    Apabila anda berjaya mengelakkan diri semula daripada pradiabetes, maka risiko anda untuk mengalami diabetes juga semakin kecil. 

    6 tip elakkan saya terkena prediabetes

    “Saya terkena prediabetes, adakah terdapat sebarang makanan untuk prediabetes?”

    Jika ini juga soalan yang kerap bermain di minda anda, ada beberapa cara untuk mengembalikan keadaan anda sebelum daripada anda terkena pradiabetes.

    Ini termasuklah melalui pemakanan tertentu dan mematuhi makanan untuk diabetes.

    Ikuti 7 tip yang kami nyatakan di bawah ini bagi melawan prediabetes:

    #1. Makan makanan sihat

    Salah satu daripada faktor risiko pradiabetes ialah disebabkan pemakanan yang tinggi kandungan lemak, kalori, gula dan diet yang tidak berkhasiat.

    Oleh sebab itu, langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk “reverse prediabetes” yang anda alami adalah melalui perubahan diet harian anda.

    Pilihlah jenis makanan yang menyihatkan kerana ia boleh mengembalikan semula paras gula darah anda ke tahap yang normal.

    Inilah pilihan makanan untuk prediabetes pertama yang perlu anda lakukan. 

    #2. Kerap bersenam

    saya terkena prediabetes

    Faktor risiko kedua bagi kes pradiabetes adalah disebabkan kurangnya aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan.

    Tahukah anda, dengan bersenam semudah berjalan kaki, anda sebenarnya dapat menurunkan paras gula darah dengan cara meningkatkan sensitiviti insulin dalam tubuh.

    Apabila insulin menjadi lebih sensitif, maka sel dalam tubuh akan dapat menyerap gula daripada aliran darah anda.

    Lakukan sekurang-kurangnya 30 hingga 60 minit aktiviti fizikal, 5 hari seminggu.

    #3. Turunkan berat badan berlebihan

    Salah satu fakta menarik berkenaan cara mengelakkan saya terkena prediabetes adalah melalui penurunan berat badan berlebihan.

    Mengapa? Jika anda berjaya mengurangkan antara 5 hingga 10% lemak tubuh, ia sebenarnya memberikan kesan positif terhadap paras gula darah anda.

    Bagaimana cara untuk turunkan berat badan dengan tepat?

    Anda hanya perlu mengawal pengambilan makanan harian selain kerap melakukan senaman.

    #4. Berhenti merokok

    saya terkena prediabetes

    Selain meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan juga kanser paru-paru, merokok juga adalah salah satu daripada faktor risiko bagi kes-kes rintangan insulin, pradiabetes dan juga diabetes jenis 2.

    Oleh sebab itu, salah satu kunci utama untuk menjauhkan diri anda daripada pradiabetes adalah dengan cara berhenti merokok.

    Gunakan pilihan produk seperti nicotine patch atau gula-gula nikotin untuk membantu diri anda menghilangkan ketagihan merokok.

    Anda juga boleh menyertai klinik berhenti merokok yang disediakan di hospital dan juga klinik milik kerajaan.

    #5. Kurangkan pengambilan karbohidrat

    Salah satu jenis makanan untuk elak saya terkena prediabetes adalah dengan cara mengurangkan pengambilan sumber karbohidrat.

    Anda digalakkan untuk mengambil makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti sayur-sayuran, bijirin penuh dan juga kekacang.

    Karbohidrat kompleks kaya dengan kandungan serat dan lebih lambat untuk dihadam oleh perut anda.

    Ia akan membuatkan anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama dan mengelakkan peningkatan mendadak paras gula darah.

    #6. Minum banyak air

    saya terkena prediabetes

    Jenis air yang digalakkan untuk diminum ialah air kosong atau air mineral.

    Dengan meminum banyak air, ia akan membantu anda untuk menjauhkan diri daripada pradiabetes dan juga diabetes jenis 2.

    Air kosong sememangnya bertindak sebagai agen terbaik dalam membantu mengawal paras gula darah anda.

    Walaupun kami mencadangkan anda untuk minum banyak air, ia tidak bermaksud kesemua jenis air minuman.

    Kurangkan atau elakkan pengambilan jenis minuman bergula seperti minuman berkarbonat, jus buah-buahan dan juga minuman manis yang lain.

    Kesimpulan

    Anda tidak perlu risau dengan kerap memikirkan berkenaan “saya terkena prediabetes” jika anda tahu apakah tip untuk menjauhi penyakit ini.

    Tip-tip yang dinyatakan seperti jenis makanan untuk prediabetes, boleh membantu mengeluarkan anda daripada peringkat prediabetes jika anda melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

    Masih tidak terlambat untuk anda menyelamatkan diri daripada menghidap diabetes. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/07/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan