Apabila terjadi sahaja masalah ini, perut anda tentu sahaja akan terasa sangat tidak selesa. Jadi, apa yang anda boleh buat? Tentu sahaja dengan membeli dan mengambil ubat gastrik terbaik di farmasi!
Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.
Apabila terjadi sahaja masalah ini, perut anda tentu sahaja akan terasa sangat tidak selesa. Jadi, apa yang anda boleh buat? Tentu sahaja dengan membeli dan mengambil ubat gastrik terbaik di farmasi!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, gastrik atau gastritis merupakan keadaan kesihatan di mana individu akan rasa sakit atau tidak selesa pada perut gara-gara keradangan di dalam organ ini.
Sebenarnya, keradangan itu bukanlah disebabkan oleh angin atau gas seperti ramai percaya, tetapi ada sebab lain!
Ketahuilah bahawa lapisan di dalam organ perut anda akan menghasilkan sejenis asid bagi memecahkan setiap nutrien daripada makanan yang telah diambil dan dihadam oleh masing-masing.
Dalam masa yang sama, tubuh badan akan mengeluarkan lendir untuk melindungi perut daripada asid itu tadi. Tanpa kewujudan lendir ini, maka asid itu boleh meradangkan organ perut anda.
Apabila perut anda mula meradang, maka kondisi gastrik mungkin akan terjadi. Persoalannya, bagaimana untuk anda mencari dan memilih jenis-jenis ubat gastrik yang terbaik di pasaran?
Di saat terkena gastritis, baru teringat untuk mula jaga makan dan minum bukan? Tidak wujud istilah terlambat, anda masih boleh mencuba untuk merawat kondisi ini hanya di rumah sahaja.
Bagaimana? Caranya adalah dengan menggunakan ubat gastrik terbaik yang terjual di farmasi seperti senarai ini:
Jenama Gaviscon antara ubat gastrik cecair popular yang mampu membantu mengurangkan pedih ulu hati dan rasa tidak selesa akibat refluks asid.
Didatangkan dalam bentuk sachet, menjadikan ia mudah dibawa ke mana saja dan sesuai digunakan ketika travel atau di tempat kerja. Berita baik, ia selamat digunakan oleh wanita hamil dan sedang menyusukan anak.
Gaviscon Double Action Liquid Sachet pula terkenal kerana mempunyai fungsi double action untuk membantu mengurangkan simptom gastrik dan refluks.
Ubat gastrik gaviscon ini menggabungkan dua antasid iaitu kalsium karbonat dan natrium bikarbonat, yang membantu meneutralkan asid perut yang berlebihan untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan.
Ubat gastrik ini juga selamat diambil oleh wanita hamil.
Ketiga, wujud juga produk berperisa pudina yang mampu melegakan gastrik dengan segera daripada GastroRelief. Ia dikatakan turut bagus untuk masalah ulser, gas, asid refluks, pedih ulu hati dan ketidakhadaman.
Terhasil daripada gabungan ramuan seperti aluminium hidroksida, magnesium hidroksida, simethicone dan lain-lain, produk ini boleh digunakan oleh segenap masyarakat daripada kanak-kanak sehingga warga emas.
GastroRelief Reflux Double Action Suspension juga diformulasikan untuk membantu mengurangkan simptom refluks dan ketidakselesaan akibat asid perut. Ubat gastrik cecair ini mempunyai ramuan tambahan iaitu sodium alginate yang meneutralkan asid perut yang berlebihan dan melegakan kesakitan yang dialami.
Ubat gastrik ini selamat digunakan semasa mengandung dan menyusu.
Ketiga, produk yang bernama Alucid antara ubat gastrik terbaik yang sering menjadi pilihan masyarakat. Ubat gastrik ini menawarkan tindak balas untuk menyembuhkan masalah gastrik selain pedih ulu hati, ketidakhadaman serta tahap keasidan apabila ia terlalu tinggi di dalam organ perut.
Sama seperti kebanyakan produk lain, ia juga diperbuat daripada bahan aluminium hidroksida, magnesium hidroksida, simethicone dan banyak lagi yang akan mampu mengimbangkan kadar pH di dalam perut individu.
POVIL Antacid Chewable Tablet ialah salah satu ubat gastrik tablet yang digunakan untuk membantu melegakan simptom gastrik ringan seperti pedih ulu hati, perut berangin dan ketidakselesaan akibat asid perut.
Kandungan dua bahan hidroksida iaitu aluminium dan magnesium di dalamnya ternyata sangat bagus untuk masalah perut terutama jika anda ambil ubat ini selepas waktu makan dan sebelum masuk tidur.
Eno Fruit Salt Lemon Sachet terkenal dengan bentuk serbuk effervescent yang memberikan kelegaan selepas diminum. Jangan risau, jika anda tidak gemar dengan perisa lemon, Eno ada 3 perisa yang lain iaitu perisa biasa, oren dan halia.
Hanya dengan larutkan ia dengan air kosong, and sudah boleh minum dan dapat membantu mengurangkan rasa kembung yang dialami. Hal ini kerana, ramai individu mengambil Eno ketika mengalami ketidakselesaan selepas makan terlalu banyak.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
21/05/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor