Definisi
Apa itu Skoliosis?
Skoliosis adalah suatu keadaan apabila tulang belakang membengkok secara berlebihan pada arah yang tidak betul. Darjah lengkungan tulang belakang akan dikira dengan darjah sudut. Lebih luas sudut tersebut, lebih tinggi risiko skoliosis bertambah serius. Jika kanak-kanak yang sedang berada dalam fasa akhir tumbesaran dengan lengkungan tulang belakang tidak melebihi 30 darjah, maka mereka tidak perlu diselia secara teliti dan keadaan sebegini jarang bertambah teruk. Sekiranya lengkungan tulang belakang adalah antara 50 ke 75 darjah, doktor boleh menggunakan terapi yang bertenaga tinggi.
Skoliosis biasanya bermula pada umur kanak-kanak dan menjadi semakin teruk apabila semakin dewasa.
Apakah kebarangkalian Skoliosis?
Kebanyakan pesakit skoliosis bermula dari umur yang muda (bawah 10 tahun). Ianya boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Skoliosis?
Kebanyakan kanak-kanak dengan skoliosis tidak mempunyai simptom tetapi mereka boleh menjadi bongkok ke suatu sisi, atau satu bahu lebih tinggi dari bahu yang lain sambil bongkok ke hadapan. Tambahan pula, pinggul kanak-kanak tersebut akan terbina dengan tidak seimbang dan/atau menyerong ke sebelah sisi.
Dalam kalangan orang dewasa, rasa sakit pada tulang belakang adalah tanda yang paling lazim bagi skoliosis pada tahap teruk. Antara tanda dan simptom lain adalah; pengurangan ketinggian, penaikan tulang rusuk atau pertukaran saiz pinggang yang bukan disebabkan oleh penambahan berat. Lebih banyak perubahan saiz pinggang, lebih teruk keadaan skoliosis itu.
Apabila tulang belakang anda membengkok dengan serius, anda akan merasai keletihan, sakit tulang belakang dan sesak nafas. Skoliosis juga boleh menyebabkan masalah emosi terutamanya pada golongan remaja.
Barangkali terdapat juga beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai kebimbangan mengenai suatu simptom, sila rujuk doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda perlu temui doktor anda jika anda mengenalpasti sebarang simptom luar biasa terutamanya pada tulang belakang.
Jika didapati tulang belakang anda bengkok hanya sedikit, anda mungkin tidak akan perasan sebarang perubahan kerana ia kurang jelas, namun orang lain boleh nampak perubahan tersebut. Maka jika anda mendapati tulang belakang rakan atau kerabat anda tidak tegak walaupun sedang berdiri tegak, maka nasihatilah mereka untuk segera bertemu dengan doktor.
Punca
Apakah Punca Skoliosis?
Sebab-sebab bagi lengkungan skoliosis selalunya tidak dikenalpasti, namun faktor genetik mungkin mempunyai pengaruh besar. Skoliosis pada orang dewasa pula kebanyakannya disebabkan oleh masalah kongenital yang jarang berlaku seperti:
- Kepanjangan kaki yang tidak sama;
- Masalah kongenital pada tulang belakang;
- Gangguan neurologi.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Skoliosis?
Anda mungkin terdedah pada risiko skoliosis yang tinggi jika terdapat ahli keluarga anda yang turut menghidapi skoliosis.
Ramai orang percaya bahawa postur badan yang salah ketika berjalan, malnutrisi dan kaedah bersenam yang salah akan meningkatkan risiko skoliosis, namun ia tidak benar. Adapun begitu, walaupun faktor-faktor ini tidak menyebabkan skoliosis tetapi ia berpotensi mendedahkan anda kepada penyakit lain seperti degenerasi makular, keradangan mahupun kecederaan tulang belakang.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Skoliosis didiagnosis?
Para doktor mendiagnos skoliosis melalui pemeriksaan klinikal dan x-ray tulang belakang. Sekiranya ada x-ray tulang belakang daripada tempoh masa beberapa tahun sebelum ini, para doktor akan lebih mudah membuat perbandingan dan diagnosis yang lebih baik. Doktor anda juga mungkin menggunakan ukuran lengkungan skoliosis yang spesifik.
Bagaimana pesakit Skoliosis dirawat?
Tulang yang biasanya membengkok secara perlahan semasa tempoh tumbesaran tidak menghasilkan rasa sakit dan memerlukan rawatan. Bagi keadaan yang melengkung dan menghasilkan rasa sakit serta kecacatan, rawatan perlu dimulakan sesegera mungkin.
Walaupun tiada prosedur perubatan ataupun pemakanan yang boleh menyembuhkan bahagian yang bengkok, doktor akan menetapkan ubatan analgesik dan anti-keradangan jika anda tidak boleh tahan dengan rasa sakit tersebut.
Doktor akan mengambil imbasan x-ray secara berkala untuk menyelia proses skoliosis dan menggunakan wayar pendakap untuk mengelakkan bahagian yang bengkok menjadi lebih teruk, tetapi ia tidak boleh menyembuhkan bahagian yang bengkok tersebut. Wayar pendakap boleh mengurangkan keperluan pembedahan sebanyak 70% pada kanak-kanak.
Apabila lengkungan terbentuk atau mengakibatkan kesakitan yang teruk,maka anda perlu menghubungkan semula vertebra dengan pembedahan. Sebelum mencadangkan pembedahan, para doktor mestilah menyemak supaya sakit belakang tersebut tidak disebabkan oleh penyakit lain.
Senaman dan rangsangan elektrik terhadap otot pula tidak membantu mereka yang menghidapi lengkungan skoliosis ini.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Skoliosis?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan tersebut berpotensi membantu anda mengatasi penyakit rubella:
- Pakai tali pinggang pendakap sebagaimana yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, pada sesetengah keadaan lengkungan boleh bertambah teruk walaupun pendakap tersebut digunakan.
- Cuba untuk menyertai fisioterapi walaupun prosesnya sakit dan melenguhkan belakang.
- Jangan mudah putus asa kerana fasa terapi yang diselia oleh doktor boleh berlangsung selama beberapa tahun atau lebih. Anda wajar mendapatkan sokongan moral daripada keluarga terdekat anda.
- Pastikan anak anda diperiksa secara berkala sebagaimana ditetapkan oleh doktor bagi mengesan komplikasi awal skoliosis.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.