Ramai orang yang mengalami masalah lutut berbunyi di usia muda. Tetapi, pasti ramai yang tidak pasti kenapa lutut berbunyi krek. Jika lutut berbunyi tapi tidak sakit, anda tidak perlu risau. Masalah ini sebenarnya sangat lazim dan berlaku kepada semua orang.
Ada beberapa sebab yang menyebabkan lutut berbunyi di usia muda. Antaranya ialah kecederaan atau masalah pada tulang rawan. Kadangkala, lutut juga boleh berbunyi ‘pop’ tanpa sebab!
Selagi anda tidak mempunyai masalah lain seperti bengkak atau sakit pada kawasan lutut, tidak ada apa yang perlu anda risaukan. Namun, jika ia menyebabkan anda rasa sakit, jumpa doktor dengan kadar segera.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Tulang & Otot, anda boleh klik di sini.
Kenapa lutut berbunyi tapi tidak sakit?

Lutut berbunyi di usia muda bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan. Walaupun ramai yang kata bahawa bunyi ini merupakan tanda awal artritis, masih belum ada sebarang kajian yang menyokong kenyataan ini.
Ada juga yang akan dengar bunyi ‘krek’ ketika mereka duduk atau mencangkung.
Sebenarnya, bunyi ini dihasilkan oleh tulang rawan yang bergesel dengan permukaan sendi. Jadi, tidak ada apa yang perlu anda risaukan. Semua ini normal!
Jangan biarkan masalah ini menganggu mental dan fizikal anda. Malah, bunyi ‘pop’ atau ‘krek’ yang dihasilkan oleh lutut jarang sekali menjadi tanda penyakit yang serius.
Bila saya patut risau mengenai masalah lutut berbunyi?
Jika anda mempunyai masalah di atas, jumpa doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan.
1. Masalah otot yang tidak sejajar
Otot yang tidak sejajar akan menyebabkan tempurung lutut tidak seimbang.
Lama-kelamaan, ketidakseimbangan ini akan menyebabkan lutut berbunyi ‘pop’ atau ‘click’ yang boleh mendatangkan masalah pada masa akan datang.
Malah, ada juga yang mempunyai otot yang lebih kuat pada sebelah kaki. Jika otot anda tidak berfungsi secara harmoni, ia boleh menyebabkan lutut anda berbunyi.

Selain masalah otot, artritis juga boleh menyebabkan lutut anda sering berbunyi.
Simptom utama arthritis ialah sakit otot dan kekejangan. Masalah ini juga akan menjadi semakin teruk apabila usia anda makin bertambah.
Osteoartritis menyebabkan tulang rawan menjadi haus. Artritis reumatoid pula merupakan satu penyakit yang menyebabkan sistem imun badan menyerang sendi, bermula dengan lapisan sendi.
Artritis boleh menyebabkan lutut kerap berbunyi. Perkara ini berlaku disebabkan hakisan pada tulang rawan yang menyebabkan lutut tidak dapat bergerak dengan mudah.
3. Lutut berbunyi di usia muda disebabkan kecederaan
Selalunya, individu yang mempunyai mengalami kecederaan pada kawasan lutut ketika remaja akan kerap alami masalah lutut berbunyi. Sebab itulah, ada yang mempunyai masalah lutut berbunyi di usia muda, terutamanya mereka yang pernah alami kecederaan ACL.
Malah, lutut mereka juga lebih berkemungkinan berbunyi ‘pop’ dan ‘click’ lebih kerap berbanding orang lain.
Tulang rawan merupakan salah satu jenis tisu penghubung di kawasan lutut. Ia berfungsi sebagai kusyen yang menyerap hentakan dan juga memastikan lutut dapat bergerak dengan mudah.
Menurut Dr. Mark Slabaugh, doktor ortopedik di Baltimore’s Mercy Medical Center, jika lapisan tulang rawan anda sudah haus (disebabkan artritis atau sebarang luka), ia akan menghalang lutut daripada berfungsi seperti biasa.
Tip kurangkan lutut berbunyi di usia muda
- Dapatkan senaman yang mencukupi. Senaman dapat menguatkan otot di kawasan kaki dan lutut. Cuba lakukan senaman squat atau lunges dua kali seminggu. Naik tangga atau pergi hiking untuk menguatkan lagi kaki anda.
- Jangan lupa regangkan badan sebelum bersenam. Regangan dapat memastikan otot dan sendi lebih bersedia dan ‘longgar’. Malah, aktiviti warming-up sebelum bersenam juga dapat mengelakkan sebarang kecederaan.
- Jika anda sudah bersenam, cuba tambahkan waktu bersenam dan tingkatkan kesukarannya.
- Pakai kasut yang sesuai, muat mengikut saiz kaki anda.
- Pastikan berat badan sihat. Berat yang berlebihan boleh menyebabkan lutut jadi terbeban. Malah, mempunyai berat badan berlebihan juga merupakan punca artritis pada kawasan lutut.