Apakah itu osteoartritis?
Osteoartritis biasanya dikenali sebagai penyakit sendi degeneratif atau artritis “haus dan koyak”. Ia berlaku apabila tulang rawan di antara sendi mula haus, menyebabkan kesakitan dan kekakuan. Walaupun osteoarthritis boleh menjejaskan hampir mana-mana sendi di dalam badan, ia biasanya dijumpai berlaku di lutut, pinggul, belakang badan dan leher, sendi kecil pada jari, dan pangkal ibu jari dan ibu jari kaki.
Apakah kebarangkalian osteoartritis?
Osteoartritis lebih biasa di kalangan orang tua. Walau bagaimanapun, golongan muda juga boleh mendapatkannya, terutamanya dari kecederaan sendi
Apakah yang meningkatkan risiko seseorang mengalami osteoartritis?
- Berat badan berlebihan
- Penuaan
- Trauma sendi
- Sendi yang mengalami deformasi
- Kecacatan tulang rawan pada sendi
- Tekanan pada sendi dari kerja atau sukan
Apakah tanda amaran bagi osteoartritis?
- Kaku pada sendi, terutamanya selepas tidak bergerak dalam tempoh yang lama
- Sendi bengkak atau tender
- Merasai geseran atau cakaran pada permukaan tulang
Bagaimanakah osteoartritis dapat didiagnosis?
Untuk mendapatkan diagnosis yang tepat, ujian dan prosedur tertentu perlu dijalankan untuk menolak keadaan-keadaan yang lain. Ianya termasuk: