backup og meta

Pantau Tekanan Darah Di Rumah Boleh Kurangkan Risiko Strok, Beli Mesin Tekanan Darah Sekarang!

Pantau Tekanan Darah Di Rumah Boleh Kurangkan Risiko Strok, Beli Mesin Tekanan Darah Sekarang!

Anda biasa check tekanan darah di rumah? Atau anda tidak tahu cara baca tekanan darah? Bagi mereka yang masih tidak mempunyai mesin pemantauan tekanan darah, anda perlu dapatkannya sekarang. Ini kerana, selain untuk memantau bacaan normal tekanan darah, ia juga boleh menyelamatkan nyawa anda. Bagaimana caranya? Jom baca ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

Pantau bacaan normal tekanan darah kurangkan risiko strok

bacaan normal tekanan darah

Kajian data terbaharu yang dijalankan oleh OMRON Healthcare Singapore menunjukkan bahawa, pemantauan bacaan normal tekanan darah di rumah boleh membantu mengurangkan risiko strok otak.

Menurut ulasan tersebut, individu yang memantau tekanan darah di rumah lebih cenderung untuk mengesan dan menguruskan hipertensi.

Untuk pengetahuan semua, hipertensi merupakan salah satu punca utama strok.

Analisis tersebut adalah berdasarkan kepada data pengguna aktif seramai 340 orang.

Ia juga melibatkan lebih daripada 43,000 bacaan tekanan darah di seluruh Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam, bermula dari November 2021 hingga Oktober 2022.

Data ini terdiri daripada pengguna yang kerap menggunakan alat pemantauan tekanan darah digital OMRON (dengan bluetooth) dan memantau tekanan darah mereka dengan aplikasi OMRON connect.

Selain itu, ia juga melibatkan pengguna yang menggunakan program Health Gift dalam aplikasi tersebut. 

Analisis bacaan normal tekanan darah pengguna sepanjang tempoh pra dan selepas pendaftaran (3 bulan sebelum, dan bulan pertama, ke-3, ke-6, dan ke-12) mendedahkan, terdapat purata peningkatan tekanan darah sistolik (SBP) sebanyak 10mmHg dalam kalangan penghidap hipertensi dengan garis dasar SBP daripada 135mmHg dan ke atas, dalam tempoh 12 bulan.

Kajian itu juga menunjukkan bahawa, 80% daripada kumpulan pengguna ini dapat mengawal tekanan darah mereka, dengan 55% mencapai SBP normal pada bulan ke-12 pengesanan.  

Kajian buktikan pemantauan kurangkan risiko penyakit kardiovaskular

bacaan normal tekanan darah

Pelbagai ujian antarabangsa berkenaan penurunan tekanan darah dan pencegahan strok menyatakan bahawa, bagi setiap penurunan 5 mmHg dalam SBP, jangkaan pengurangan risiko strok dan kejadian serangan jantung serta kematian ialah seperti berikut:

  • 18% pada individu yang berumur kurang daripada 55 tahun
  • 9% pada mereka yang berumur 55-74 tahun
  • 9% pada mereka yang berumur 75-84 tahun
  • 1% pada individu yang berumur 85 tahun ke atas

Oleh itu, dapat dilihat bahawa pemantauan tekanan darah di rumah dengan bantuan aplikasi boleh membantu mengenal pasti perubahan tidak normal tekanan darah.

Sekiranya perubahan tersebut ditangani dan diuruskan dengan bantuan pakar perubatan, ia berkesan untuk mencegah strok.

Ini sangat penting terutamanya dalam kalangan individu yang mempunyai sejarah keluarga berkaitan hipertensi atau strok.

Check tekanan darah guna peranti digital

Profesor Neurologi & Epidemiologi yang juga Pengarah NISAN; Valery Feigin percaya bahawa pemantauan bacaan normal tekanan darah di rumah adalah aspek penting dalam mengawal hipertensi dan menguruskan komorbiditi seperti strok, serangan jantung dan demensia.

Pemantauan rutin dengan bantuan peranti digital yang tepat membolehkan pengesanan awal masalah kesihatan.

Selain itu, ia memberikan peluang kepada pesakit untuk mengawal kesihatan mereka sendiri dengan membuat keputusan termaklum dengan bimbingan doktor.

Menurutnya lagi, adalah penting untuk memantaunya secara rutin bagi mencapai kesihatan optimum dan mencegah komplikasi yang berpotensi dalam jangka panjang.

Semak bacaan normal tekanan darah guna peranti OMRON

OMRON Healthcare, salah satu syarikat terkemuka, telah berada di barisan hadapan dalam mempromosikan kepentingan pemantauan tekanan darah di rumah.

Syarikat ini telah membangunkan peranti pemantauan tekanan darah digital yang inovatif dan juga mampu milik.

Alat ini telah digunakan oleh individu di seluruh Asia Pasifik untuk memantau tekanan darah mereka di rumah.

bacaan normal tekanan darah

Pada tahun 2023, OMRON Healthcare meraikan ulang tahunnya yang ke-50 sejak pelancaran alat check tekanan darah.

Syarikat ini berazam akan terus berusaha ke arah visinya untuk menyumbang ke arah sifar penyakit serebrovaskular dan kardiovaskular di seluruh dunia.

Menurut Frans Velkers, Pengarah Urusan, OMRON Healthcare Singapore, pemantauan bacaan tekanan darah di rumah secara digital adalah satu perubahan moden dalam memerangi strok.

Ia bermula dengan menguruskan hipertensi yang merupakan faktor risiko terbesar penyakit strok.

“Peranti kami tepat dan mesra pengguna, menjadikannya mudah untuk orang ramai memantau tekanan darah mereka dengan kerap” – Frans Velkers.

Selain itu, pengguna juga boleh memaklumkan doktor dan penjaga mereka dengan mudah menerusi bantuan aplikasi OMRON connect.

Ini membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih berkesan dan tepat pada masanya, menjadikan pengurusan kesihatan lebih baik.

Ganjaran tambahan melalui program Health Gift adalah untuk memotivasikan pengguna dalam membina dan mengekalkan tabiat sihat pemantauan tekanan darah secara berkala.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rahimi K, Bidel Z, Nazarzadeh M, Copland E, Canoy D, Wamil M, Majert J, McManus R, Adler A, Agodoa L, et al. Age-stratified and blood-pressure-stratified effects of blood-pressure-lowering pharmacotherapy for the prevention of cardiovascular disease and death: an individual participant-level data meta-analysis. The Lancet. 2021;398:1053-1064. doi: https://doi.org/10.1016/S0140-6736(21)01921-8. Diakses pada Jun 6, 2023. 

Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME). GBD Compare Data Visualization. Seattle, WA: IHME, University of Washington, 2023. Available from https://vizhub.healthdata.org/gbd-results/. Diakses pada Jun 6, 2023.

Wang J-G, Bunyi ML, Chia YC, Kario K, Ohkubo T, Park S, Sukonthasarn A, Tay JC, Turana Y, Verma N, et al. Insights on home blood pressure monitoring in Asia: Expert perspectives from 10 countries/regions. The Journal of Clinical Hypertension. 2021;23:3-11. doi: https://doi.org/10.1111/jch.14074. Diakses pada Jun 6, 2023.

Monitoring Your Blood Pressure at Home. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/understanding-blood-pressure-readings/monitoring-your-blood-pressure-at-home. Diakses pada Jun 6, 2023.

Get the most out of home blood pressure monitoring. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20047889. Diakses pada Jun 6, 2023.

Versi Terbaru

06/06/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ada 5 Jenis Ubat Darah Tinggi, Ketahui Kesan Sampingan Bagi Setiap Satunya!

Nak Tahu 10 Jenis Makanan Penurun Kolesterol? Jom Baca Di Sini!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan