Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Sindrom QT panjang merupakan penyakit jantung apabila sistem elektrik jantung menjadi tidak normal. Dalam sindrom QT panjang, miokardium perlukan lebih masa dari biasa untuk mengecaj semula antara denyutan. Ini mengganggu elektrik dalam jantung dan selalunya boleh dilihat atas elektrokardiogram (EKG) melalui selangan berpanjangan antara gelombang Q dan T. Sindrom ini boleh membawa kepada aritmia yang serius dan maut.
Sindrom QT panjang berlaku kepada kanak-kanak atau orang dewasa. Penyakit ini selalunya bermula antara usia lapan hingga 20. Menurut kejadian sindrom QT berpanjangan adalah 1/5000. Anda boleh mengehadkan kebolehupayaan mendapat penyakit ini dengan mengurangkan faktor-faktor risiko. Sila bincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tanda-tanda dan simptom-simptom sindrom QT panjang, selalunya dikaitkan dengan gangguan irama jantung dan termasuklah;
Sindrom lain termasuklah:
Kadang-kadang sindrom QT panjang tidak menyebabkan sebarang tanda atau simptom. Jadi, doktor selalu akan mencadangkan keluarga pesakit sindrom QT panjang untuk melakukan pemeriksaan walaupun tiada simptom untuk mengelak penyakit ini.
Mungkin terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda ada sebarang kebimbangan mengenai suatu simptom, sila rujuk doktor anda.
Anda perlu berjumpa doktor anda secepatnya jika anda pengsan secara tiba-tiba semasa kerja keras atau melakukan sesuatu, terdapat keseronokan atau selepas mencuba ubat baru. Anda perlu memeriksa sama ada anda mempunyai sindrom QT panjang jika mempunyai ahli keluarga yang sakit.
Sebab-sebab sindrom QT panjang mungkin diwarisi, disebabkan oleh mutasi gen kawalan proses sistem elektrikal jantung. Sekurang-kurangnya 12 gen dan ratusan mutasi gen telah dikenalpasti yang dikaitkan dengan sindrom QT panjang.
Sebagai tambahan, sindrom QT panjang boleh disebabkan sesetengah ubat seperti kinidina, procainamide, disopyramide, amiodarone dan sotalol. Antidepresan, antipsikotik, beberapa ubat alergik diberikan. Antibiotik seperti eritromisin yang berkombinasi dengan racun ketokonazola juga boleh menyebabkan sindrom ini. Mereka yang membentuk sindrom QT panjang yang berpanjangan boleh mendapat kecacatan genetik dalam kompleks jantung, membuat degupan jantung perlahan semasa mengambil ubat tertentu dan membawa kepada sindrom QT panjang.
Terdapat banyak faktor risiko sindrom QT panjang, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Sindrom QT panjang boleh didiagnosis melalui:
Pesakit mungkin tidak memerlukan rawatan selagi simptom tidak kelihatan atau tidak mempunyai sejarah keluarga dengan maut secara tiba-tiba. Namun, perlu menjauhi sukan berat, senaman berlebihan dan ubat yang mempunyai potensi untuk menyebabkan sindrom QT panjang.
Ubat
Doktor boleh memberi pesakit menggunakan penyekat beta untuk mengawal irama apabila ia mula memukul irama. Doktor anda juga boleh menyarankan menggunakan sodium penyekat saluran, seperti mexiletine untuk mengurangkan aktiviti saluran sodium ion.
Ubat ditetapkan oleh doktor tidak boleh menyembuhkan sindrom QT panjang, tetapi doktor akan memberi ubat untuk mengawal irama jantung tidak normal. Penyekat beta boleh digunakan secara berpanjangan.
Peralatan kesihatan
Perentak jantung dan defibrillators (ICDs) adalah peranti kecil yang boleh membantu mengawal irama jantung tidak normal. Kedua-kedua peranti ini menggunakan arus elektrik untuk memulihkan semula irama jantung yang normal apabila jantung mula beroperasi secara tidak normal. Pesakit akan diletakkan perentak jantung dan defibrillator dalam dadanya atau abdomen melalui kes pembedahan minor.
Pembedahan
Pesakit yang berisiko tinggi membawa maut disebabkan sindrom QT berpanjangan kadang-kadang boleh dirawat melalui pembedahan untuk membuang saraf bagi membuat jantung berdegup lebih cepat apabila ada ketegangan secara fizikal mahupun emosi.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi sindrom QT panjang:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Long QT Syndrome. www.nhlbi.nih.gov/health/health-topics/topics/qt. Accessed July 30, 2015.