backup og meta

Umur Muda Tapi Nampak Tua, Semuanya Berpunca Dari 9 Makanan Ini, Jangan Ambil Selalu!

Umur Muda Tapi Nampak Tua, Semuanya Berpunca Dari 9 Makanan Ini, Jangan Ambil Selalu!

Makanan bertindak untuk memberikan tenaga kepada badan agar anda lebih bertenaga dalam melaksanakan tugasan seharian anda. Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis makanan yang menyebabkan muka nampak tua? Tidak percaya? Ikuti artikel ini untuk mengetahui apakah makanan yang menyebabkan muka tua sebelum usia.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sihat Pada Usia Emas, sila dapatkannya di sini.

Makanan penyebab muka nampak tua:

#1. Manis, bergula

Makanan manis dan mengandungi tinggi kandungan gula bukan sahaja boleh menjejaskan kesihatan, malah ia juga menyebabkan anda kelihatan lebih berusia daripada usia sebenar anda dengan kemunculan kedutan pada kulit.

Antara makanan yang harus dihadkan pengambilannya adalah seperti donut disaluti krim, kek dan gula-gula.

#2. Alkohol

muka nampak tua

Pengambilan secara sederhana mungkin memberikan manfaat kepada jantung, tetapi meminumnya secara berlebihan boleh mempercepatkan proses penuaan.

Malah kesan alkohol juga amat berbahaya kepada hati – toksin yang wujud dalam hati boleh menyebabkan pelbagai masalah berkaitan kulit seperti jerawat, dan kedutan, serta mengurangkan keanjalan kulit.

Minuman beralkohol juga tidak baik kerana boleh menyebabkan dehidrasi.

#3. Garam

Makanan yang mengandungi garam pada jumlah yang tinggi merupakan makanan penyebab muka nampak tua.

Antara contoh makanan yang tinggi kandungan natrium adalah seperti kerepek kentang, makanan dalam tin.

Garam akan menyimpan air dan kesannya boleh kelihatan pada mata yang bengkak.

Sebaiknya elakkan makanan yang tinggi kandungan garam untuk mengurangkan risiko anda menjadi kembung dan berkedut.

#4. Kesan terbakar

Pasti anda pernah melihat atau memakan hidangan bakar atau panggang, di mana pada daging atau ayam yang dipanggang itu kelihatan tompokan hitam kesan terbakar atau dipanggil charred atau black char.

Namun, makanan seperti ini merupakan antara makanan penyebab muka nampak tua. 

Ia mengandungi hidrokarbon pro-radang (pro-inflammatory hydrocarbon) yang boleh menyebabkan kolagen pada kulit anda rosak.

Anda masih boleh memakan makanan yang dipanggang, cuma hindari dari memakan bahagian yang terbakar tersebut.

[embed-health-tool-bmi]

#5. Daging diproses

Antara jenis makanan yang menyebabkan muka tua sebelum usia ialah makanan yang diproses.

Sosej, bakon atau daging burger merupakan antara makanan yang terkandung sulfit (sulfide) dan bahan pengawet  lain yang boleh mencetuskan keradangan pada kulit dan mempercepatkan penuaan.

Malah, produk makanan sebegini juga tinggi kandungan garam.

#6. Daging merah

Memakan lebih daging merah, seperti daging lembu, boleh menjejaskan keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen – yang membantu menjadikan kulit lebih muda, anjal dan sihat.

Daging merah mengandungi kandungan lemak tepu tinggi yang boleh membawa kepada masalah penyakit jantung, strok dan beberapa jenis kanser.

#7. Makanan bergoreng

muka nampak tua
 

Salah satu makanan yang menyebabkan muka tua sebelum usia ialah makanan bergoreng. Makanan seperti kentang goreng dan ayam goreng pastinya merupakan antara makanan segera kegemaran ramai.

Namun, sebarang makanan yang digoreng dalam minyak boleh menambahkan keradangan pada seluruh badan dan merupakan antara makanan penyebab muka nampak tua.

Pengambilan makanan bergoreng dengan terlalu kerap meningkatkan kandungan kolesterol tidak sihat LDL dan mengurangkan kandungan kolesterol baik HDL – sekali gus meningkatkan risiko penyakit jantung.

Semak cara mengira kalori menggunakan kalkulator BMR kami di sini.

#8. Makanan pedas

Benarkah makanan pedas menjadi makanan penyebab muka nampak tua?

Walaupun ada pendapat yang mengatakan makanan pedas baik untuk kesihatan, namun, ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih berusia berbanding usia sebenar anda – terutama kepada individu wanita yang sedang mengalami menopaus.

Bagi individu yang menghidapi rosacea –  keadaan yang menyebabkan kulit kemerahan – makanan pedas hanya akan memburukkan lagi keadaan kulit anda.

#9. Kafein

Salah satu makanan yang menyebabkan muka tua sebelum usia ialah minuman berkafein.

Minuman yang berkafein, adalah bersifat diuretik – ia menolak atau menyingkirkan air dari dalam badan yang boleh menyebabkan dehidrasi dan mengurangkan kelembapan badan yang boleh mengakibatkan kerosakan pada kulit sekali gus menjadikan anda kelihatan lebih berusia.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

5 Foods Which Can Make You Look And Feel Older Than You Are. https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/5-foods-which-can-make-you-look-and-feel-older-than-you-are.html. Accessed on April 9, 2019.

Eating Well as You Age. https://www.helpguide.org/articles/healthy-eating/eating-well-as-you-age.htm. Accessed on April 9, 2019.

Healthy eating for older adults. https://www.nidirect.gov.uk/articles/healthy-eating-older-adults. Accessed on April 9, 2019.

Healthy Eating Tips for Seniors. https://www.ncoa.org/article/healthy-eating-tips-for-seniors. Accessed on April 9, 2019.

Why we need to eat well. https://www.fao.org/3/y5740e/y5740e04.htm. Accessed on April 9, 2019.

Versi Terbaru

05/09/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Rimas, Tapi Ini Sebab Mengapa Perlu Bersenam Sambil Pakai Topeng Muka!

Selain Muka, 4 Bahagian Tubuh Ini Juga Berisiko Jadi GELAP Ketika Hamil! Ini Cara Nak Rawat


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan