Mengalami sakit kepala selepas makan menyebabkan seseorang berasa tekanan antara mata, berdenyut pada satu sisi kepala atau berasa tegang di dahi.
Walaupun ia bukan perkara biasa, tetapi ia bukan bermakna anda boleh mengabaikannya.
Ini kerana pening kepala selepas makan juga boleh menjadi simptom keadaan perubatan.
Dalam kebanyakan kes, seseorang yang mengalami pening kepala dan mual selepas makan, memerlukan perhatian perubatan untuk mendiagnosis dan merawat penyakitnya dengan betul.
Punca sakit kepala selepas makan
#1. Postprandial hypoglycemia
Ia juga dikenali sebagai hipoglikemia reaktif. Keadaan ini dicirikan oleh pening kepala dalam masa 4 jam selepas makan.
Ia dicetuskan oleh penurunan paras gula darah disebabkan beberapa faktor termasuk diabetes, kanser usus dan tahap hormon yang tidak stabil.
#2. Alergi makanan
Kadangkala sistem kekebalan tubuh melihat makanan tertentu sebagai ancaman dan melepaskan histamin dalam darah.
Ini adalah tindak balas alergi yang boleh menyebabkan sakit kepala atau bengkak dan gatal-gatal.
#3. Intoleransi makanan
Tidak boleh dikelirukan dengan alergi makanan, intoleransi makanan adalah apabila seseorang tidak boleh bertolak ansur dengan bahan tertentu dalam makanan, seperti laktosa atau gluten.
Bagi sesetengah orang yang sensitif terhadap makanan ini, tindak balas adalah sakit perut atau cirit-birit, tetapi bagi yang lain, ia boleh menjadi sakit kepala.
Sakit kepala selepas makan akibat #4. Migrain
Walaupun tidak dapat dikenal pasti sebabnya, bagi sesetengah orang yang mengalami sakit kepala migrain akibat makanan yang mengandungi tyramine seperti krim masam, yogurt dan susu mentega (buttermilk).
Terdapat juga makanan lain yang mencetuskan migrain iaitu coklat, daging salai, kicap, dan buah sitrus.
Sakit kepala selepas makan akibat #5. Diabetes
Jika anda menderita diabetes dan memakan sesuatu yang manis, anda boleh mencetuskan sakit kepala.
Makanan manis menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah secara tiba-tiba, yang melepaskan insulin.
Insulin meningkatkan penyerapan gula ke dalam sel, yang boleh menyebabkan hipoglikemia.
Keadaan ini menyebabkan peleburan saluran darah di dalam otak, seterusnya mencetuskan sakit kepala.
#6. Kondisi refluks gastrik
Apabila asid meresap naik ke esofagus dan ke arah tekak, ia disebut asid refluks.
Makan makanan tertentu, termasuk makanan bergoreng atau pedas, ia meningkatkan asid di perut yang membawa kepada refluks.
Ramai orang yang mengalami refluks gastrik mengadu sakit kepala.
#7. Penyakit atau keadaan kesihatan tertentu
Dalam sesetengah keadaan, seseorang mungkin berfikir bahawa sakit kepala dialaminya dikaitkan dengan makanan yang mereka makan, tetapi ia juga mungkin sesuatu yang lebih rumit.
Neuralgia trigeminal adalah salah satu kemungkinannya.
Ini adalah pening kepala yang berlaku selepas makan ketika anda menderita diabetes.
Kemungkinan lain, walaupun jarang, adalah tumor otak.
Selain itu, anda juga mungkin pernah mendengar ungkapan “otak beku” (brain freeze) dalam nada gurauan.
Keadaan pembekuan otak ini adalah sakit kepala sementara dan rasa tajam yang akan hilang dalam tempoh beberapa minit.
Ia biasanya disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang sangat sejuk.
Sudah pasti keadaan ini tidak serius dan anda boleh elakkannya dengan mudah.
[embed-health-tool-bmr]