Sedapnya Snek Kulit Ikan! Namun Jangan Makan Banyak Sangat Ya? Ada Risiko Tersembunyi…

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Daging ikan adalah salah satu daripada menu makanan yang paling sihat dan juga popular di seluruh pelosok dunia, termasuklah di Malaysia.

Ini kerana daging makanan laut ini adalah sangat tinggi kandungan nutrisi seperti protein dan lain-lain yang perlu ada dalam diet seharian.

Terbaharu, telah muncul pula satu trend di mana snek kulit ikan yang menjadi kudapan dan sering menjadi carian masyarakat kita.

Persoalannya, adakah snek ini sihat? Jom kita semua ikuti artikel ini.

Apa itu snek kulit ikan?

Ya, daging ikan adalah biasa kita dapat lihat dan dengar dijadikan sebagai menu masakan, namun bagaimana pula dengan kulitnya?

Walaupun sering diabaikan, ia kini telah menjadi terkenal ekoran ramai pengusaha yang menjadikannya sebagai snek untuk kudapan.

Buat anda yang tertanya-tanya, ia memang boleh dimakan namun perlu berwaspada kerana ada jenis ikan yang sangat tinggi kandungan merkuri.

Berikut adalah contoh jenis ikan dengan kandungan tinggi merkuri yang bahaya untuk dimakan:

  • Yu
  • Todak
  • Marlin
  • Kembung
  • Jubin

Jadi, snek kulit ikan itu memang boleh dimakan (asalkan bukan daripada jenis ikan di atas). Persoalannya adakah ia mempunyai manfaat?

snek kulit ikan

Ada manfaat snek kulit ikan?

Secara umumnya, kalian perlu tahu bahawa kulit ikan itu mengandungi beberapa nutrisi termasuklah:

  • Protein
  • Omega-3
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Sodium
  • Selenium
  • Taurin

Menurut Dr. Irine Putri, daging dan kulit ikan itu sememangnya boleh dimakan bahkan tinggi dengan pelbagai kandungan nutrisi.

Berikut merupakan beberapa manfaat kesihatan yang dipercayai boleh didapati melalui pengambilannya:

  1. Membina kekuatan otot.
  2. Membantu kesihatan jantung.
  3. Menjamin kecantikan kulit.
  4. Memenuhi keperluan nutrisi tubuh badan.

Pun begitu, ada beberapa jenis ikan yang tinggi kandungan merkuri dan harus dielakkan daripada dimakan ya?

Dalam pada itu, kulit ikan yang dijadikan snek juga mungkin perlu dielakkan ekoran beberapa faktor tertentu!

snek kulit ikan

Jadi, awas jika ingin makan snek kulit ikan ya…

Baiklah, sekarang kita semua sudah tahu bahawa tiada salahnya untuk kita memakan daging dan kulit makanan laut ini kerana ada banyak manfaatnya.

Namun, sila awas ya kerana pengambilan snek kulit ikan ini mempunyai beberapa mudarat yang disebabkan oleh cara penyediaannya.

Buat anda yang belum tahu, snek ini dimasak dengan cara digoreng dan disalut dengan serbuk telur yang kemudiannya digaul dengan pelbagai serbuk perasa dan perisa.

Ia mungkin akan membuat snek tersebut lebih sedap namun tidak sihat jika diambil ekoran kehadiran pelbagai bahan perasa dan perisa yang tidak bagus.

Akibatnya, snek ini akan tinggi kandungan garam yang ternyata boleh menyebabkan darah menjadi pekat lantas meningkatkan tekanan darah anda.

Dalam pada itu, ketahuilah juga bahawa segala makanan yang bergaram wajar dielakkan oleh penderita kondisi tekanan darah tinggi, buah pinggang, strok dan jantung.

Boleh dimakan dalam kuantiti yang sedikit?

Daripada penerangan di atas, dapatlah kita konklusikan di sini iaitu snek kulit ikan bukanlah satu kudapan yang sihat ekoran cara penyediaannya.

Meskipun pada umumnya kulit ikan itu bagus, kehadiran pelbagai perasa dan perisa akan menyebabkan ia menjadi tinggi kandungan garam.

Ia sekali gus menjadikannya tidak bagus terutamanya buat penderita penyakit kronik.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Secara ringkasnya, Public Health Malaysia telah menyimpulkan bahawa snek ini:

  • Tinggi kandungan garam
  • Tinggi kandungan lemak
  • Tinggi kalori
  • Mengandungi MSG
  • Menggunakan pengawet
  • Terlalu banyak bahan perasa & perisa

Namun, tidaklah kami melarang terus anda daripada mengambilnya ya? Ia boleh dimakan namun dalam kuantiti yang sedikit sahaja!

Alternatif yang lebih sihat?

Sebaiknya, kalian mungkin perlu beralih kepada alternatif kudapan atau snek yang lebih sihat bagi kesihatan tubuh badan anda juga.

Selain snek kulit ikan ini, anda mungkin boleh ambil snek yang lebih sihat seperti:

  • Rumpai laut
  • Buah berangan
  • Biji labu
  • Bertih jagung
  • Kacang badam
  • Bijirin penuh

Harus diingatkan bahawa senarai yang kami telah nyatakan di atas ini hanyalah sekadar cadangan berdasarkan kandungan nutrisi yang wujud.

Sebaiknya, sila dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan mengenai snek yang terbaik untuk diambil oleh anda bagi menggantikan kulit ikan tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Makanan Laut: Bagaimanakah Ia Menyebabkan Alahan?

Ada individu yang tidak menyukainya atau mengalami alahan terhadap makanan laut. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 18/08/2019 . 8 minit bacaan

Snek Untuk Kanak-kanak: Apa Yang Anda Perlu Tahu?

Snek Untuk Kanak-kanak merupakan tabiat pemakanan yang menjejaskan selera makan. Tetapi boleh diberi mengikut petua daripada pakar pemakanan profesional

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 04/04/2019 . 2 minit bacaan

Risau Faraj Berbau Seperti Ikan? Ini Mungkin 2 Sebabnya, JAGA-JAGA Ya Wanita!

Anda risau faraj berbau seperti ikan? Jaga-jaga, ia mungkin tanda masalah vaginosis bakteria. Jom semak apakah tanda-tanda lain yang wajar anda tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 07/03/2019 . 3 minit bacaan

3 Cara Penyediaan Masakan Ikan Yang Sihat, Boleh Kurang Risiko Strok Dan Penyakit Jantung!

Menurut Persatuan Jantung Amerika (AHA), terdapat pelbagai alasan kebanyakan orang untuk menjadikan ikan sebagai sebahagian besar daripada diet mereka. Selama bertahun-tahun, AHA telah mencadangkan supaya seseorang ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Farah Aziz
Angin Ahmar/Strok, Pusat Kesihatan 14/08/2018 . 2 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

makanan untuk jantung

Ingin Jaga Jantung Anda? Gunakan Kaedah Polymeal, Amalkan Menu Diet Baik Untuk Jantung!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 04/11/2020 . 3 minit bacaan
bayi

Makan Ikan Buat Bayi Lebih Fokus, Kurang Risiko ADHD Kelak, Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 09/10/2019 . 2 minit bacaan
belut

Patut Ramai Suka Makan Belut, Rupanya Banyak Khasiat Boleh Dapat Dari Ikan Jenis Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 27/08/2019 . 4 minit bacaan
buah berangan

Inginkan Snek Sihat Di Rumah Semasa Menonton TV? Carilah Buah Berangan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 23/08/2019 . 3 minit bacaan