backup og meta

5 Resipi Cendawan Enoki, 'Confirm' Sedap Sampai Menjilat Jari!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/06/2023

    5 Resipi Cendawan Enoki, 'Confirm' Sedap Sampai Menjilat Jari!

    Teringin nak makan cendawan enoki? Cendawan yang sangat popular dalam masakan Jepun ini sangat versatil. Ia boleh digoreng, dibuat sup dan juga dimakan bersama nasi. Dalam artikel kali ini, kami akan berikan 5 resepi cendawan enoki yang mudah untuk disediakan. Jom cuba!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    Fakta nutrisi

    Tahukah anda, ada lebih daripada 1,000 jenis cendawan enoki di dunia ini? Setiap jenis cendawan enoki mengandungi khasiatnya yang tersendiri seperti vitamin B3, B5, B2, fosforus, zat besi, selenium, tiamin dan kalsium.

    Cendawan enoki juga mengandungi pelbagai jenis asid amino dan serat yang sangat bermanfaat untuk kesihatan perut. Tahap kolesterolnya yang rendah juga membolehkan kita menikmati cendawan enoki tanpa perlu rasa bersalah.

    65 gram cendawan enoki mengandungi:

    • Kalori: 24
    • Protein: 2 gram
    • Lemak: 0.2 gram
    • Karbohidrat: 5 gram
    • Serat: 2 gram
    • Niasin: 29% daripada nilai keperluan harian (DV – daily value)
    • Asid pantothenik: 18% daripada DV
    • Thiamin: 12% daripada DV
    • Riboflavin: 10% daripada DV
    • Kuprum: 8% daripada DV
    • Folat: 8% daripada DV
    • Fosforus: 6% daripada DV

    1. Resepi cendawan enoki goreng

    resepi cendawan enoki

    Bahan-bahan yang diperlukan:

    • Tepung serbaguna
    • Telur
    • 1-2 paket cendawan enoki
    • Air secukupnya

    Cara masak:

  • Pukul telur. Kemudian, salutkan cendawan enoki dengan telur tadi.
  • Dalam mangkuk lain, letakkan tepung serbaguna. Salutkan pula cendawan enoki tadi dengan tepung.
  • Kemudian, goreng sehingga keemasan.
  • Hidang dengan sos kegemaran anda.
  • Tip: Jangan goreng cendawan enoki terlalu lama, nanti hangit pula! Masa memasak yang lama juga mungkin akan buatkan cendawan goreng jadi semakin liat.

    2. Sup tofu bersama cendawan enoki

    sup tofu

    Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi cendawan enoki ini:

    • 1 paket tofu telur
    • 1 paket cendawan enoki
    • 1 ulas bawang putih (dicincang)
    • 2 cawan air
    • Secubit garam
    • Lada sulah secukup rasa
    • Minyak untuk menumis

    Cara masak:

    1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih. Kemudian, masukkan air dan tunggu hingga mendidih.
    2. Masukkan tofu, daun bawang, garam dan lada sulah secukup rasa.
    3. Masukkan cendawan enoki. Tutup periuk 2-3 minit.
    4. Sedia untuk dimakan!

    Tip

    Tofu mengandungi banyak antioksidan dan bahan antiradang, sesuai untuk individu yang sedang berdiet. Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi serat, potasium, magnesium, zat besi, kuprum dan mangan.

    Baca juga:

  • 3 Resepi Sandwich Telur Yang Pasti Buatkan Anda Terliur! Jom Cuba!
  • Nak Mulakan Diet Eat Clean? Ini 3 Resepi Mudah Dan Simple Untuk Beginner!
  • 3. Resepi cendawan enoki masak sos tiram

    Bahan-bahan yang diperlukan:

    • 1-2 paket cendawan enoki
    • 1 sudu minyak masak
    • 2-3 biji bawang putih
    • 2 tangkai cili
    • 2 sudu kicap
    • 1 sudu sos tiram
    • Sedikit gula
    • Daun ketumbar

    Cara masak:

    1. Tumis bawang putih dan cili yang telah dicincang dalam kuali. Gunakan api sederhana.
    2. Tambahkan kicap, gula dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
    3. Letakkan cendawan enoki dan tutup kuali. Masak selama beberapa minit.
    4. Sedia untuk dihidang. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.

    4. Resepi cendawan enoki ala korea

    resepi cendawan enoki

    Bahan-bahan yang diperlukan:

    • 2 paket sos korea pilihan anda
    • 3-4 paket cendawan enoki
    • Beberapa batang sosej dan fishcake
    • Sedikit sos cili
    • 2 ulas bawang putih (dicincang)
    • 2 biji telur (direbus)

    Cara masak:

    1. Rebus dahulu cendawan enoki selama 2-3 minit. Selepas itu, toskan.
    2. Tumis bawang putih. Kemudian, letakkan sedikit air, sos korea dan sos cili. Kacau sehingga sebati.
    3. Masukkan sosej dan fishcake ke dalam kuah dan rebus sehingga masak.
    4. Perlahan-lahan, tuangkan sos ke atas cendawan enoki.
    5. Potong telur rebus dan letakkan di atas cendawan tadi. Siap.
    6. Taburkan biji bijan ke atas cendawan untuk rasa yang lebih sedap.

    5. Resepi cendawan enoki butter

    resepi cendawan enoki

    Bahan-bahan yang diperlukan:

    • Mentega tanpa garam
    • Sedikit air
    • Kiub ayam
    • 2-3 tangkai cili padi
    • 2 biji limau kasturi

    Cara masak:

    1. Cerai-ceraikan cendawan enoki.
    2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Pastikan api kecil. Kemudian, tambahkan kiub ayam dan air.
    3. Letakkan cendawan enoki ke dalam kuali. Tambah lagi mentega ikut citarasa anda.
    4. Taburkan cili ke atas cendawan enoki.
    5. Siap untuk dihidang! Perah 1-2 biji limau kasturi ke atas hidangan yang telah siap untuk lebih ummph!

    Cendawan enoki yang dimasak bersama mentega mengandungi kalori yang tinggi. Oleh sebab itu, ia mungkin tidak sesuai dimakan oleh invididu yang sedang berdiet.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 06/06/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan