Masukkan semua bahan tersebut ke dalam mangkuk. Kemudian, kacau hingga sebati. Anda juga boleh gunakan pemukul telur atau blender untuk memudahkan kerja. Masukkan adunan ke dalam botol sos atau botol yang mempunyai 3/5 corong. Pastikan anda beli botol yang tidak berlubang supaya anda boleh potong sendiri hujungnya. Tak ada botol sos? Guna sahaja botol mineral kosong, kemudian, tebuk penutupnya menggunakan paku. Tapi, pastikan lubang tidak terlalu besar! Jika adunan keluar dengan lancar tanpa putus-putus, itu tanda adunan sudah sebati. Jika adunan putus-putus, anda perlu tambah sedikit air. Pegang botol secara menegak, muncung pula menghala ke luar kuali. Buat gerakan membulat dari luar ke dalam. Gunakan kuali non stick untuk menjala roti. Kalau tidak ada kuali non stick, guna kuali biasa pun tidak mengapa asalkan tidak melekat. Jika anda guna kuali biasa, celup tisu dalam minyak dan sapukan atas kuali. Kemudian, masak seperti biasa. Setiap kali anda ingin memasak, lap kuali dengan tisu tadi. Roti tidak perlu diterbalikkan. Selepas beberapa saat, angkat dan terus gulung. Kalau nak mudah, lipat 3 segi dan terus hidang. Baca juga:
Cara buat roti jala nampak cantik

Bagi mereka yang baru mencuba, pasti anda rasa kurang yakin dengan kelikatan adunan. Bagaimana untuk pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat?
Jangan risau… Kami ada tip untuk pastikan adunan anda betul-betul sempurna supaya roti yang dihasilkan perfect!
- Semasa mengisar adunan, lihat lubang pusaran. Jika lubang lebih besar daripada jari kelingking, tambah sedikit tepung untuk melikatkan adunan.
- Jika lubang sebesar jari kelingking, ini tanda adunan sudah sempurna!
- Tambah air jika adunan mempunyai lubang pusaran yang lebih kecil daripada jari kelingking.
Mudah bukan, lepas ni bolehlah selalu sediakan untuk anak-anak!
Kesimpulan
Selain kari ayam, roti jala juga boleh dipadankan dengan kuah lain, contohnya serawa durian. Kanak-kanak juga suka memadankan roti dengan susu pekat.
Tidak kiralah apapun pilihan anda sebagai pencicah, roti ini merupakan satu makanan wajib yang sesuai dinikmati oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia.
Kami berharap, perkongsian kami tentang cara buat roti jala kali ini dapat memberikan faedah untuk anda. Selamat mencuba!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen