Ramai yang beranggapan bahawa makanan penyebab berat badan naik. Namun, terdapat juga pelbagai punca berat badan naik lain yang sebenarnya tidak berkaitan dengan makanan secara langsung.
Mungkin anda pernah mengalami salah satu daripada punca-punca ini. Jom semak!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkan di sini.
Obesiti: Masalah kesihatan utama sejak tahun 1975
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah obesiti ini telah menjadi salah satu daripada kebimbangan kesihatan awam dunia sejak tahun 1975.
Menurut laporan daripada pihak WHO, seramai 2.8 juta individu dari seluruh dunia meninggal dunia disebabkan masalah berkaitan obesiti.
Di Malaysia pula, kadar kelaziman kes obesiti adalah yang paling tinggi dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara.
Malaysia mencatatkan 15.6% kadar obesiti berbanding Indonesia (6.9%) dan Thailand (10.0%).
Sebanyak 50.1% individu dewasa di Malaysia mengalami sama ada berlebihan berat badan atau obes.
Apakah yang menjadi punca berat badan naik ini?
Punca berat badan naik 1: Ketagihan makanan
Kebanyakan makanan segera yang tinggi lemak dan tinggi gula merangsang bahagian yang berkaitan dengan ganjaran dalam otak anda.
Hal ini boleh menyebabkan anda menjadi ketagih terhadap makanan.
Ketagihan makanan yang dialami ini telah disamakan dengan ketagihan dadah seperti nikotin, kanabis dan juga kokain.
Makanan penyebab berat badan naik 2: Makanan segera yang diproses
Tahukah anda, kebanyakan daripada makanan yang diproses ini tidak mengandungi peratusan jumlah makanan sebenar yang tinggi?
Malah, kebanyakan makanan yang telah diproses ditambahkan dengan bahan tambahan seperti pengawet.
Bahan-bahan pengawet ini pula bukan hanya berfungsi mengawet makanan, tetapi juga menyedapkan lagi makanan tersebut.
Antara contoh makanan segera yang digemari ramai ialah mi segera.
Perkara-perkara seperti ini menjadikan anda kerap makan sehingga menaikkan berat badan anda.
Punca berat badan naik 3: Genetik keluarga
Ada juga individu di luar sana yang mempunyai berat badan berlebihan disebabkan faktor genetik.
Selain itu, kanak-kanak juga berpotensi untuk menjadi obes sekiranya kedua ibu dan bapanya adalah obes.
Kadangkala genetik itu tidak berubah dengan sendirinya sehingga menjadikan anda menjadi obes.
Namun, persekitaran di sekeliling anda seperti gaya pemakanan yang mengubah genetik anda menjadi obes.
Makanan penyebab berat badan naik 4: Faktor gula
Gula diketahui menjadi salah satu punca utama seseorang itu mengalami obesiti.
Jangan beranggapan bahawa gula yang disebutkan ini hanyalah gula pasir sahaja.
Ini termasuklah jenis gula lain seperti fruktosa dan sukrosa dalam buah-buahan dan glukosa dalam nasi yang anda makan.
Punca berat badan naik 5: Ketersediaan makanan
Negara kita amat dikenali dengan kewujudan pelbagai jenis makanan daripada pelbagai budaya.
Makanan-makanan ini pula bukan sahaja sedap malah murah dan boleh didapati di mana sahaja dengan mudah sekali.
Ketersediaaan makanan di mana-mana seperti ini menjadikan kita lebih mudah untuk makan dengan kerap dan mengalami obesiti.
Begitu juga dengan makanan ringan yang melimpah ruah di rak-rak kedai yang menyebabkan kanak-kanak mudah untuk mendapatkannya.
Oleh itu, kita cenderung untuk membeli makanan yang murah dan tidak sihat dalam jumlah yang banyak.
Makanan penyebab berat badan naik 6: Pemasaran makanan ringan
Kalau anda menonton televisyen atau mana-mana saluran tontonan lain di internet, iklan mengenai makanan ringan sangatlah banyak.
Kadangkala, pengilang makanan ringan ini memasarkan produk makanan ringan mereka seolah-olah ia adalah pilihan makanan yang sihat.
Malah, ada juga yang membuat tuntutan palsu berkenaan nutrisi produk makanan mereka yang sebenarnya tidak berkhasiat langsung.
Taktik pemasaran seperti ini menjadikan ramai pengguna terpengaruh untuk membelinya kerana percaya bahawa ia adalah jenis makanan yang sihat.
Pemasaran seperti ini jugalah yang mendedahkan ramai kanak-kanak kepada masalah obesiti baharu.
Punca berat badan naik 7: Kalori berlebihan
Adakalanya juga, kita mungkin hanya mengambil jenis makanan yang segar dan sihat.
Namun, kita tidak mengawal jumlah pengambilannya sehingga menyebabkan kita mengambil lebih banyak kalori setiap hari.
Seorang lelaki dewasa hanya memerlukan sekitar 2,500 kalori setiap hari.
Manakala wanita dewasa pula hanya memerlukan sekitar 2,000 kalori setiap hari.
[embed-health-tool-bmi]
Kesimpulan
Banyak lagi punca berat badan naik lain yang boleh menyebabkan anda obes, namun tujuh punca yang dinyatakan ini adalah antara yang paling utama.
Kini anda telah mengetahui bahawa bukan hanya makanan penyebab berat badan naik, tetapi ada juga faktor-faktor luaran lain yang menyebabkannya.