Cara mengatasi obesiti bagi orang dewasa
Cara menangani obesiti bagi orang dewasa sebenarnya tidak banyak berbeza dengan kaedah yang digunakan terhadap kanak-kanak.
Namun, mungkin ada beberapa perkara yang lebih khusus dan lebih penting untuk dilakukan oleh orang dewasa.
Bagi orang dewasa, anda perlu melakukan beberapa perkara ini sebagai cara menangani obesiti:
- Kawal pengambilan kalori harian. Bagi lelaki dewasa, jumlah pengambilan kalori harian adalah antara 2,000 hingga 3,000 kalori sahaja. Manakala bagi wanita dewasa, anda disarankan untuk mengambil kalori harian antara 1,600 hingga 2,400 sahaja. Pengawalan terhadap jumlah kalori harian ini boleh membantu mengurangkan risiko mendapat obesiti.

- Pantau berat badan anda secara berkala. Anda mungkin perlu melihat berat badan anda setiap minggu untuk memastikan sebarang perubahan. Jika berat badan anda berkurangan, maka ia satu tanda yang baik. Namun, jika berat badan anda semakin bertambah, maka anda tahu apa yang perlu anda lakukan.
- Amalkan gaya hidup aktif. Elakkan gaya hidup yang tidak aktif seperti kerap tidur, menonton televisyen atau hanya duduk di rumah. Amalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman, melakukan aktiviti fizikal atau banyakkan berjalan kaki. Gaya hidup yang aktif bukan hanya membantu membakar kalori dalam tubuh, tetapi juga mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti penyakit jantung.
- Banyakkan makan sayuran dan buah-buahan antara cara mengatasi obesiti. Pastikan anda mengambil hidangan sayuran atau buah-buahan setiap kali anda makan. Memperbanyakkan pengambilan sayuran dan buah-buahan juga boleh mengurangkan risiko mendapat obesiti.
Kesimpulan
Walaupun terdapat saranan yang berbeza untuk setiap peringkat umur, namun prinsip pemakanannya adalah sama.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen