Anda pernah dengar pernyataan, makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang? Perkara inilah yang harus dilakukan semasa makan lagi-lagi ketika berbuka.
Jika tidak, anda akan overeat ataupun terlebih makan hingga tersandar kekenyangan!
Tambahan pula, bulan Ramadan ini semua jenis makanan yang disajikan akan membuatkan kita yang sedang berpuasa ingin mencuba semua makanan!
Tahukah anda, rakyat Malaysia telah melakukan pembaziran makanan sebanyak 8.3 juta tan metrik setiap tahun.
Ini menandakan trend membimbangkan dalam amalan pengurusan makanan negara.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Apa yang berlaku pada tubuh jika overeating?
Terlebih makan atau overeating ialah tindakan makan lebih daripada keperluan badan anda dan akan menjadikan anda terlalu kenyang.
Sejujurnya, setiap daripada anda pasti sukar untuk mengatasi godaan untuk makan bukan?
Tetapi, apabila anda makan lebih daripada apa yang boleh diambil oleh perut, anda akan berasa tidak selesa kerana perut penuh dengan makanan.
Anda wajib ketahui bahawa makanan bergoreng dan berlemak mengambil masa lebih lama untuk dihadam.
Jadi, sebarang kesakitan atau ketidakselesaan akibat makan berlebihan juga akan bertahan lebih lama!
Oleh sebab itulah, pastikan anda makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang .

Barangkali anda akan mengalami pedih ulu hati, mengantuk, mempunyai masalah pencernaan dan sebagainya.
Seperti yang anda ketahui, badan menggunakan beberapa kalori daripada makanan untuk menghasilkan tenaga dan menyimpan selebihnya sebagai lemak.
Maka, jika lebih banyak kalori yang anda ambil, lebih tinggi baki lemak yang tinggal di dalam badan!
Manfaat berhenti makan sebelum kenyang
- Kekalkan berat badan yang sihat
- Mengurangkan risiko penyakit serius
- Pastikan tahap tenaga anda tinggi
7 rahsia amalkan konsep makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang !
Berikut ialah langkah yang anda perlu ikut untuk elakkan diri daripada overeating semasa berbuka.

Rahsia untuk elak dari terlebih makan #1. Biasakan diri anda dengan saiz bahagian yang disyorkan
Semasa anda lapar, semua makanan akan kelihatan sedap dan ingin dicuba!
Pastikan anda makan mengikut portion seperti kebiasaan atau kurang. Ini untuk membantu anda mengawal apa yang hendak di makan.
Usah mengikut hawa nafsu yang lapar walhal dengan beberapa suap makanan, anda boleh kenyang.
Anda juga boleh cuba makan menggunakan pinggan yang lebih kecil bagi mengelakkan overeating.
Rahsia untuk elak dari terlebih makan #2. Sertakan sumber serat
Adakah anda tahu bahawa serat akan membuatkan anda cepat kenyang?
Pastikan makanan berbuka anda mengikut piramid makanan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu suku suku separuh.
Daripada anda makan makanan seperti burger, roti john dan murtabak, adalah lebih baik anda makan nasi bersama protien dan sayur.
#3. Ketahui dan hadkan makanan
Setiap individu mempunyai makanan yang digemari.
Dan itulah pencetus untuk makan makanan tersebut dengan kuantiti yang banyak walhal kita sepatutnya makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang.
Rahsia untuk elak daripada overeating #4. Kekal hidrasi badan
Sebelum berbuka, pastikan anda minum air secukupnya.
Hakikatnya, badan anda sebenarnya perlukan air. Tambahan pula, dengan cuaca yang kadang kala panas, lagi menguji bahawa anda lapar ataupun dahaga.
Rahsia untuk elak dari terlebih makan #5. Perhatikan apa yang anda makan
Ada banyak sebab untuk makan tetapi tujuan utamanya untuk menambah tenaga di dalam badan.
Jika anda ingin membeli atau memasak juadah dalam kuantiti yang banyak, fikir semula.
Anda boleh buat jadual untuk membeli juadah tersebut mengikut hari. Ini kerana anda masih dapat makan makanan tersebut!
Sebagai contoh, anda teringin untuk makan kuih-muih, murtabak, nasi tomato nasi kerabu dan sebagainya.
Anda boleh tetapkan pada hari tersebut, hanya boleh ada 1 makanan berat dan 1 makanan sampingan.
Perkara ini membantu anda untuk memberi perhatian kepada isyarat badan. Anda juga dapat menikmati makanan kerana ia salah satu cara menghargai tubuh badan anda!

Rahsia untuk elak dari overeating #6. Fikirkan dahulu sebelum menambah
Usah terburu-buru untuk menambah makanan anda!
Fikir dan baru buat keputusan untuk menambah. Tambahan pula, anda lebih mengenali diri sendiri.
Barangkali jika anda terlebih makan, anda senang mengalami senak perut, mencetus alahan yang ada dan sebagainya.
Rahsia untuk elak dari terlebih makan #7. Utamakan kesihatan diri sendiri
Ketahuilah bahawa mengawal makan bukan sekadar suka-suka kerana ia lebih daripada itu.
Overeating memberi kesan buruk terhadap badan anda berbanding manfaat kepada tubuh. Nikmati makanan anda secara sederhana dan tanpa pembaziran.
Kesimpulan
Makan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan anda mudah untuk mendapat penyakit.
Oleh itu, ikutilah nasihat makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang untuk memastikan kesihatan yang lebih terjamin.
[embed-health-tool-bmr]