backup og meta

7 Khasiat Sengkuang Cina Yang Anda Hanya Akan Tahu Lepas Baca Artikel Ini!

7 Khasiat Sengkuang Cina Yang Anda Hanya Akan Tahu Lepas Baca Artikel Ini!

Penulis yakin bahawa masih ramai yang belum tahu tentang khasiat sengkuang cina pada tubuh badan manusia kerana tumbuhan ini mungkin kurang popular dalam kalangan masyarakat kita.

Jom terus baca artikel ini kalau mahu tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Apa itu sengkuang cina?

Untuk pengetahuan anda semua, tumbuhan ini dinamakan sebagai water chestnut dalam bahasa Inggeris meskipun ia bukan pula sebahagian daripada keluarga kekacang.

Ia mungkin dikenali dengan nama tersebut ekoran rupanya yang hampir mirip dengan buah berangan atau chestnut sedangkan ia tergolong di dalam kategori sayuran berumbi.

Sangat popular di benua dan rantau kita, sayuran ini banyak digunakan dalam masakan ekoran rasanya yang manis. Apa yang menarik lagi, ada banyak cara untuk memasak.

Anda mungkin boleh goreng, kukus, panggang atau makan begitu sahaja dalam usaha untuk mendapatkan khasiat sengkuang ini yang mungkin masih ramai lagi belum tahu.

Jangan terkejut pula jika kami kata sayuran ini boleh buat anda tambah sihat, ia mungkin benar!

sengkuang cina

Apa khasiat sengkuang cina?

Menurut sorotan kajian yang lepas, tumbuhan ini memang punya banyak khasiat. Dalam pada itu, setiap 100 gram (3.5 auns) sayuran ini mungkin akan mengandungi nutrisi seperti yang berikut:

  • Kalori – 97 kcal
  • Karbohidrat – 23.9 gram
  • Lemak – 0.1 gram
  • Protein – 2 gram
  • Serat – 3 gram

Khasiat sengkuang cina #1. Sebatian antioksidan

Sebatian antioksidan yang wujud secara semula jadi di dalam sayuran ini adalah sangat penting bagi melindungi tubuh badan individu daripada sebarang aktiviti radikal bebas.

Radikal bebas yang terkumpul dan terjadi di dalam tubuh badan mungkin akan melemahkan sistem imun lantas meningkatkan risiko kondisi kronik seperti diabetes dan kanser.

Berita baik buat anda, kandungan ferulic acid, gallocatechin gallate, epicatechin gallate, dan catechin gallate di dalam sayuran ini akan dapat bantu meneutralkan aktiviti radikal bebas itu.

#2. Membantu dalam penurunan berat badan

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, tumbuhan ini mengandungi jumlah kalori yang sangat rendah. Jadi, ia sangat sesuai diambil jika anda mahu kawal berat badan.

Bukan itu sahaja, sengkuang ini juga adalah antara jenis high volume food dengan kandungan air sekitar 74% sekali gus mampu bantu individu rasa kenyang dengan lebih lama.

#3. Menyokong sistem penghadaman tubuh badan

Dipercayai, 12% daripada jumlah keperluan serat seharian individu itu boleh dipenuhi hanya dengan ambil sengkuang ini lantas membuktikan ia memang kaya dengan nutrisi ini.

Dengan khasiat ini, maka masalah berkaitan dengan sistem pencernaan seperti kondisi sembelit, cirit-birit, buasir, asid refluks dan lain-lain lagi mungkin akan dapat dielakkan.

sengkuang cina

#4. Mengurangkan risiko sakit jantung

Dalam amalan rawatan tradisional orang lama, sengkuang ini juga mungkin sering digunakan untuk membantu merawat masalah tekanan darah tinggi serta isu yang berkaitan.

Pengambilannya turut dipercayai mampu menurunkan risiko sakit jantung ekoran tekanan darah yang sudah terkawal serta sangat tinggi dengan nutrien kalium dan potasium.

[embed-health-tool-heart-rate]

Khasiat sengkuang ini #5. Menyejukkan badan

Antara khasiat yang mungkin paling menarik, sayuran ini turut dipercayai mampu menyejukkan badan. Ia adalah kesan yang hampir sama seperti ketika anda minum air kelapa.

Tambah lagi dengan cuaca di negara kita yang kerap sahaja panas, agak sesuai untuk anda ambil tumbuhan ini!

Khasiat sengkuang ini #6. Mengelakkan kanser

Antara oksidan yang wujud di dalam tumbuhan ini adalah ferulic acid. Saintis mendapati bahawa ia mampu membantu menghambat dan melawan pertumbuhan sel kanser.

Antara jenis kanser yang dipercayai dapat dielakkan adalah kanser kulit, tulang, tiroid dan payudara!

sengkuang cina

#7. Bagus untuk bayi demam kuning

Penyakit jaundis itu mungkin biasa akan berlaku kepada bayi yang baru lahir. Dalam perubatan tradisional, ramai ibu bapa yang menggunakan kunyit, bawang dan lain-lain herba termasuk juga sengkuang ini untuk dijadikan ubatan sapuan.

Pun begitu, anda harus tahu bahawa tidak wujud bukti saintifik yang kata khasiat sengkuang cina ini betul berkesan atau tidak dan ia mungkin harus kekal sebagai alternatif sahaja.

Bagaimana cara ambil sengkuang cina?

Ia tidak sukar dan anda boleh ambil dalam dua cara mudah yakni sebagai makanan atau minuman!

Sebagai makanan, anda boleh makan isinya begitu sahaja setelah kulitnya dikopek dan dibuang. Atau anda juga boleh masak ia dengan cara goreng, kukus, rebus, panggang serta lain-lain.

Sebagai minuman, anda boleh minum isinya begitu sahaja setelah ia diekstrak menjadi bentuk jus. Atau anda turut boleh cari ia di pasar raya terdekat untuk menjimatkan masa dan tenaga.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Facts About Water Chestnuts, Calories, Health Benefits And Side Effects, https://betterme.world/articles/water-chestnut-benefits/, Accessed Apr 25 2022.
  2. 12 Health Benefits of Water Chestnuts and How to Add Them to Your Diet, https://1md.org/article/12-health-benefits-water-chestnuts, Accessed Apr 25 2022.
  3. Benefits of water chestnut…, https://myhealthonly.net/water-chestnut-benefits/, Accessed Apr 25 2022.
  4. 6 Wonderful Benefits Of Water Chestnuts, https://www.organicfacts.net/water-chestnuts.html, Accessed Apr 25 2022.
  5. The Health Benefits of Water Chestnuts and Quick Recipes, https://www.farrinstitute.org/water-chest-nuts/, Accessed Apr 25 2022.

Versi Terbaru

04/01/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

7 Ubat Herba Yang Popular Di Dunia! #4 Orang Kita Selalu Guna Rupanya

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 04/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan