backup og meta

Manfaat Minum Kopi Hitam, Boleh Membantu Wanita Hidup Lebih Lama!

Manfaat Minum Kopi Hitam, Boleh Membantu Wanita Hidup Lebih Lama!

Anda penggemar kopi pahit? Maka kopi hitam atau lebih dikenali dalam kalangan masyarakat kita sebagai kopi ‘o’ pasti menjadi minuman ruji! Namun anda tahu tak ada banyak manfaat kopi pahit untuk wanita tau. Jom ambil tahu!

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kopi hitam mempunyai rasa yang agak pahit namun ia masih digemari oleh segelintir individu.

Pada mereka, ia bukan sahaja sedap malah merupakan antara minuman sihat ekoran ketiadaan susu atau gula yang wujud dalam kopi biasa.

Ya, mungkin mereka lupa bahawa kopi pahit masih mempunyai kandungan kafein yang tinggi.

Pun begitu, kami tidak pula kata anda tidak boleh terus minum minuman kegemaran ramai ini.

Bahkan, terdapat banyak manfaat kopi pahit terutamanya buat mereka yang bernama wanita. Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi.

Kopi pahit tinggi kandungan kafein?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita semua tahu bahawa kopi merupakan salah satu minuman yang mengandungi kafein selain teh dan soda.

Kafein merupakan sebatian kimia yang terkandung di dalam tumbuhan seperti berikut:

  • Biji kopi
  • Daun teh
  • Buah koko
  • Buah kola

manfaat kopi pahit untuk wanita

Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan pengambilannya mempunyai pro dan kontra terhadap aspek kesihatan tubuh badan manusia.

Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenai kafein di pautan ini.

Ini manfaat kopi pahit untuk wanita!

“Kopi hitam bukan saja ada kafein malah antioksidan dan pelbagai lagi bahan sebatian aktif lain yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan kita”, jelas Diane Vizthum, Pakar Nutrisi dari Johns Hopkins University School of Medicine di Amerika Syarikat.

Khusus buat anda yang bernama kaum Hawa, berikut merupakan manfaat kopi pahit untuk wanita:

#1. Bantu wanita hidup lebih lama

Menurut kajian, terdapat 4 punca kematian yang paling utama dalam kalangan wanita; strok, diabetes, penyakit buah pinggang dan penyakit jantung koronari.

Minum kopi hitam pula dipercayai mungkin mampu mengurangkan risiko-risiko yang diperkatakan ini.

#2. Rendah risiko kanser kolon

Manfaat kopi pahit untuk wanita dianggarkan kira-kira 1 daripada 23 wanita di seluruh dunia menghidapi kanser kolon – lebih biasa berlaku kepada golongan lelaki.

Pengkaji telah menemukan bahawa peminum atau penggemar kopi hitam adalah 26% kurang berisiko menghidapi kanser jenis ini.

manfaat kopi pahit untuk wanita

#3. Kurang risiko penyakit alzheimer

Dianggarkan kira-kira 2 per 3 wanita di Amerika Syarikat menghidapi penyakit alzheimer – akan biasa terjadi kepada golongan tua.

Pengkaji mendapati wanita berusia 65 tahun ke atas yang minum 2 ke 3 cawan kopi hitam mungkin tidak akan terkena demensia.

#4. Manfaat kopi pahit untuk wanita  – Elak strok

Strok adalah punca kematian yang keempat paling umum buat kaum Hawa.

Demi menurunkan risiko ini, pengkaji mencadangkan agar wanita minum sekurang-kurangnya satu cawan kopi pahit sehari.

Ya, memang benar terdapat banyak lagi manfaat kopi pahit untuk wanita lain selain daripada yang kami senaraikan ini.

Pun begitu, wajarlah untuk kalian lebih berhati-hati ketika mengambilnya kerana jika terlebih ambil, ini risikonya:

Jadi, berapa cawan sehari kopi hitam yang ideal?

Menurut Dietary Guidelines for Americans, adalah selamat untuk kebanyakan wanita minum hanya 3 hingga 5 cawan kopi pahit sehari dengan maksimum pengambilan 400 ml kafein.

Sekiranya anda keliru dengan pengiraannya, anggaran purata kandungan kafein dalam kopi hitam adalah 95 ml untuk cawan 8 auns (namun ia mungkin berbeza mengikut jenis dan jenama kopi).

manfaat kopi pahit untuk wanita

Kopi pahit juga beri manfaat pada aspek kesihatan seksual wanita?

Secara khususnya, kopi boleh mendatangkan pelbagai manfaat terhadap aspek kesihatan seksual lelaki.

Menurut kajian University of Texas Health Science Center di Amerika Syarikat, pengambilan kopi hitam boleh menurunkan risiko mati pucuk.

Dr. David Lopez yang merupakan pembantu profesor di situ menyatakan, pengambilan kopi hitam sebanyak 3 ke 5 cawan sehari boleh menurunkan risiko diabetes dan penyakit jantung – faktor risiko mati pucuk.

Bagaimana pula dengan aspek kesihatan seksual wanita?

Sehingga kini, belum terdapat kajian yang mengkaji tentang manfaat kopi pahit untuk wanita khususnya dari aspek kesihatan.

Pun begitu, kebaikannya dari aspek kesihatan sudah tentu sangat penting untuk kalian.

Oleh itu, wanita mungkin sudah boleh masukkan kopi pahit ini ke dalam diet seharian.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Coffee health risk. https://www.health.harvard.edu/press_releases/coffee_health_risk. Accessed 16 July 2020.
  2. Coffee is good for you. https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/9-reasons-why-the-right-amount-of-coffee-is-good-for-you. Accessed 16 July 2020.
  3. What coffee can do your sex life.https://www.healthywomen.org/content/article/what-coffee-can-do-your-sex-life. Accessed 16 July 2020.
  4. Coffee and health. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/coffee-and-health/faq-20058339. Accessed 16 July 2020.
  5. Drinking coffee day may have some health benefits. https://www.nhs.uk/news/food-and-diet/drinking-3-4-cups-coffee-day-may-have-some-health-benefits/Accessed 16 July 2020.

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Anda Penggemar Kopi Dalgona? Kena Baca Ini! Ada Bahaya Jika Kafein Lebih Dalam Badan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan