Sayur sayuran ialah makanan yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Bukan sahaja ia baik untuk badan, malah juga boleh memanjangkan umur seseorang. Tahukah anda, khasiat makan sayur sayuran ini?
Semua orang sudah maklum akan khasiat makan sayur sayuran sebagai satu makanan yang penting untuk melawan penuaan.
Malah, menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam Journal of the American Heart Association, para pengkaji mendapati bahawa diet yang kaya dengan khasiat makan sayur sayuran boleh menghalang pembentukan plak di dalam arteri seseorang!
Ini bermaksud, individu yang makan lebih banyak sayur mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Salur darah lebih sihat jika makan lebih banyak sayur
Menurut kajian tersebut, individu yang makan lebih daripada 3 hidangan sayur-sayuran sehari lebih-lebih lagi sayur seperti brokoli dan kubis berupaya untuk menghalang pembentukan plak dalam arteri.
Kajian yang dijalankan ini membuktikan bahawa pemakanan sayur-sayuran yang mencukupi boleh merendahkan risiko atherosclerosis, sakit jantung dan strok.
Walau bagaimanapun, kajian ini tidak membuktikan bahawa individu yang kurang makan sayur boleh menyebabkan dinding arteri menjadi tersumbat ataupun keras.
Cuma, kini pakar lebih pasti bahawa penyakit jantung mempunyai kaitan dengan corak pemakanan seseorang.
Selain itu, menurut kajian yang sama, faedah makan sayur-sayuran kebanyakannya ditekankan dalam kalangan orang muda.
Sangat sedikit kajian yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan makan sayur dalam kalangan orang yang sudah berusia.
Seramai 968 orang wanita berusia 70 tahun dan lebih telah menyertai kajian ini. Pada permulaan kajian, mereka telah menjawab beberapa soalan tentang corak pemakanan mereka dan berapa kerap mereka makan sayur sehari.
Tiga tahun kemudian, wanita yang menyertai kajian ini melakukan ujian sinaran untuk menentukan pembentukan plak di dalam arteri mereka.
Mereka mendapati bahawa wanita yang makan sekurang-kurangnya 3 hidangan sayur setiap hari mempunyai 5% kurang plak berbanding wanita yang makan kurang sayur.
Tambahan lagi, mereka juga mendapati ada beberapa jenis sayur-sayuran lebih berkesan dalam melawan pembentukan plak.
Sebagai contoh, sayuran seperti kubis dan brokoli didapati lebih berkhasiat dan boleh menurunkan risiko seseorang untuk menghidap penyakit jantung.
Selain itu, khasiat makan sayur sayuran dan buah-buahan juga tidak akan menyebabkan anda mengalami inflamasi. Untuk pengetahuan anda, inflamasi memainkan peranan yang penting dalam perkembangan atherosclerosis.
Oleh itu, makan makanan yang boleh mengurangkan inflamasi boleh membuatkan arteri anda lebih sihat.
Malah, kajian tersebut juga mendapati bahawa lebih banyak seseorang itu makan sayur tertentu, semakin sihatlah arteri mereka.
Khasiat makan sayur sayuran yang belum dimasak lebih sihat?
Menurut Ketua Saintis, Lauren Blekkenhorst, tidak kiralah dengan cara apa pun yang anda guna untuk memasak sayur, hidangan tersebut tetap akan membawa kebaikan terhadap kesihatan anda.
Namun, kadangkala, jika anda masak sayur terlalu lama, nutrien dan juga segala kebaikan yang terkandung dalam sayur tersebut mungkin akan berkurang.
Tetapi itu tidak bermaksud sayur-sayuran yang dimasak tidak berkhasiat. Menurut Blakkenhorst, sayur yang dimasak lebih mudah diproses dan diserap oleh badan.
Jadi, tidak kiralah bagaimanapun cara anda masak sayur, ia tetap berkhasiat dan bagus untuk kesihatan.
Panjang umur dan kurang penyakit kronik
Selain itu, wanita yang makan sayur-sayuran dengan kerap juga didapati lebih panjang umur dan sukar untuk menghidap penyakit kronik.
Mereka yang makan banyak sayur dan buah mempunyai perlindungan yang lebih terhadap penyakit seperti hipertensi,penyakit jantung, atherosclerosis, strok dan juga kanser.
Selain itu, kajian juga mendapati mereka yang makan banyak sayur dan buah-buahan mempunyai diet yang kaya magnesium, potasium, vitamin C dan vitamin K yang dapat mengurangkan risiko untuk mereka menghidap osteoporosis.
Bagus jika anda merupakan individu yang rajin makan sayur. Seperti yang anda tahu, banyak khasiat makan sayur sayuran.
Namun, jika anda mampu makan 10 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan sehari, anda mungkin dapat merendahkan risiko penyakit kardiovaskular sebanyak 28% dan kematian mengejut hingga 31%!
Khasiat makan sayur sayuran, baik untuk lelaki dan perempuan
Khasiat sayur sayuran dan buah-buahan boleh dimakan oleh sesiapa sahaja tidak mengira usia ataupun jantina.
Wanita yang lebih berusia digalakkan untuk makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan supaya lebih sihat dan panjang umur.
Pakar mencadangkan agar wanita lebihkan makan sayuran seperti kubis dan brokoli kerana dua jenis sayur ini didapati paling berkhasiat untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Walaupun kajian ini kebanyakannya dijalankan dalam kalangan wanita berusia, namun tabiat makan sayur juga baik untuk kaum lelaki.
Oleh itu, mulai hari ini, cuba tambahkan sayur-sayuran dalam diet seharian anda.
Konklusinya, tidak kiralah sayur apa pun yang anda makan dan cara apa pun yang anda gunakan untuk masak, makan lebih banyak sayur hanya akan membawa perubahan yang positif dalam hidup anda.
[embed-health-tool-bmr]