Merupakan salah satu ahli keluarga buah beri selain beri biru, beri hitam, ceri, mulberi, raspberi, strawberi dan lain-lain, mungkin ramai yang masih belum tahu khasiat buah goji bukan?
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Merupakan salah satu ahli keluarga buah beri selain beri biru, beri hitam, ceri, mulberi, raspberi, strawberi dan lain-lain, mungkin ramai yang masih belum tahu khasiat buah goji bukan?
Sebenarnya, beri yang satu ini kurang popular dulu namun sudah makin terkenal kini disebabkan manfaatnya terhadap kesihatan serta kecantikan. Teruskan baca artikel ini lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Meskipun ia kurang popular dalam kalangan masyarakat kita, namun buah beri ini telah lama digunakan sebagai makanan serta ubatan tradisional kaum Tiongkok dari China ribuan tahun dahulu.
Biasa dimakan dengan begitu sahaja, anda juga boleh ambil ia dengan cara diekstrak menjadi jus atau teh herba atau dikeringkan sebagai kismis. Selain buahnya, sarinya juga boleh diambil.
Tidak hanya punya rasa yang sangat manis, ia juga kaya dengan banyak nutrisi seperti selenium, kalium, zat besi, zat tembaga serta variasi jenis vitamin termasuk A, B, C dan lain-lain lagi.
Ternyata, buah beri ini juga memiliki sifat antioksidan yang amat kuat ekoran kandungan sebatian bernama Lycium barbarum polysaccharides – dipercayai mampu untuk mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas lantas menyihatkan tubuh badan.
Persoalannya, apa pula khasiat buah beri ini spesifik pada kita semua? Teruskan baca penerangan di bawah!
Disebabkan kandungan nutrisi dan antioksidan yang tinggi, maka tidak hairan jika kami kata buah ini punya banyak manfaat pada tubuh badan. Berikut adalah antara kelebihan buah beri ini:
Pertama, kebaikan buah ini ialah ia dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan, terima kasih kepada kemampuannya untuk menambahkan jumlah limfosit – sel darah putih.
Kajian terhadap 60 individu dewasa mendapati bahawa pengambilan 100 ml jus beri goji setiap hari selama sebulan ternyata akan dapat meningkatkan kekebalan tubuh badan secara total.
Maka, segala bakteria atau virus yang memasuki tubuh badan dapat dilawan dengan lebih mudah.
Sesuai untuk masyarakat kita yang kebanyakannya menghidap penyakit kencing manis, ia mampu mengurangkan rintang insulin, meningkatkan toleransi gula sekali gus menyeimbangkan kadar glukosa.
Kelebihan di atas dipercayai adalah disebabkan kandungan antioksidan yang tinggi pada buah beri ini serta kemampuan untuk memperbaiki proses penyerapan glukosa ke dalam sel penting.
Jangan hanya kerana rasa yang sangat manis itu buat pesakit penyakit diabetes takut akan buah beri ini.
Siapa sangka buah yang kecil ini dapat membantu melawan kondisi bahaya itu? Ini mungkin gara-gara kandungan antioksidan tinggi sekali gus mencegah pertumbuhan awal sel kanser.
Penelitian menunjukkan bahawa pengambilan beri goji mampu meningkatkan kadar antioksidan di samping menurunkan kadar sitokin di dalam tubuh badan. Kesannya, ada kemungkinan kondisi kanser itu akan dapat dicegah daripada peringkat awal lagi.
Tidak hanya itu, kebaikan buah ini yang juga bagus adalah ia akan dapat membantu menurunkan berat badan anda. Ini adalah ekoran kandungan serat yang sangat tinggi di dalam beri goji.
Selain tinggi serat, ia juga mempunyai kadar indeks glisemik yang agak rendah dan melambatkan pemprosesan gula ke dalam darah. Akibatnya, individu akan kenyang lebih cepat dan lama.
Manfaat lain ia turut mampu merancakkan metabolisme dan akan membakar lebih banyak kalori.
Baca lagi artikel berkaitan:
Terakhir dan paling penting, jangan tidak tahu jika ia juga mampu buat individu lebih awet muda! Tidak hairanlah jika banyak juga produk kosmetik yang menggunakan ramuan buah ini.
Kandungan antioksidan di dalam buah goji (zeaxanthin) dapat mencegah kerosakan sel kolagen di kulit akibat radikal bebas sekali gus membantu menunda proses penuaan. Bukan hanya pada kulit, ia juga bagus untuk melindungi kesihatan organ mata anda.
Dalam banyak buah beri, anda mungkin boleh setuju bahawa ia adalah antara yang paling sihat.
Apa yang lebih menarik adalah masih tiada kajian yang kata ia akan membawa kesan sampingan. Jadi, apa lagi yang anda tunggu? Mungkin goji adalah pilihan pemanis atau pembuka hidangan yang tepat!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen