Kandungan garamnya juga rendah dan ia mengandungi 0 kolesterol, sesuai dimakan oleh mereka yang sedang berdiet!
2. Cendawan enoki mungkin dapat meningkatkan daya tahan badan
Asid amino seperti valina dan lisina yang terkandung dalam cendawan ini dapat menguatkan daya tahan badan.
Disebabkan kandungan nutrisi dan antioksidannya yang tinggi, cendawan ini telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Jepun dan Cina, terutamanya untuk meningkatkan imuniti, merawat sakit perut dan mengawal tahap kolesterol badan.
Baca juga:
3. Membantu anda menghilangkan lemak perut
Anda mahu kempiskan perut yang memboroi? Cuba tukarkan lauk harian dengan enoki!
Cendawan ini mengandungi asid linoleik, sejenis makronutrien yang amat penting untuk badan. Malah, makronutrien ini juga dapat mengurangkan lemak di perut yang menjadi punca buncit!
Jika anda ingin berdiet, cuba masukkan enoki ke dalam pelan pemakanan harian. Ia juga mempunyai enzim yang dapat membakar lemak-lemak badan.
Malah, kandungan kalorinya juga rendah. Jadi, anda boleh menikmati cendawan ini sepenuhnya tanpa perlu risau mengenai jumlah kalori!
4. Cendawan enoki dapat mengawal gula dalam darah

Cendawan ini mengandungi banyak serat. Tidak dinafikan, serat mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Antaranya, ia dapat mengurangkan kolesterol badan dan mengawal kadar gula dalam darah.
Jadi, cendawan ini sangat sesuai dimakan oleh pesakit diabetes jenis 2.
Disebabkan kandungan seratnya yang tinggi, ia dapat membantu pesakit mengawal kadar gula dalam darah dengan lebih baik. Ia dapat mengurangkan kesan insulin sambil mengehadkan pengumpulan lemak badan.
5. Bagus untuk pesakit anemia
Inginkan makanan yang boleh tambah darah? Makan sahaja enoki! Ia mengandungi zat besi yang dapat mengurangkan risiko anemia.
Kesimpulan

Enoki merupakan makanan yang sangat berkhasiat dan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Di samping mempunyai rasa yang sedap, cendawan ini juga sangat versatil dan boleh digunakan sebagai bahan dalam pelbagai jenis masakan.
Tidak kiralah apa jua cara yang anda pilih untuk menikmatinya – makan secara mentah atau bersama sup, ia merupakan makanan yang sangat berkhasiat untuk diet harian anda.
Malah, kalorinya yang rendah juga membolehkan cendawan ini dinikmati oleh mereka yang sedang berdiet tanpa perlu rasa risau!
Adakah cendawan enoki bahaya untuk kesihatan? Jawapannya tidak asalkan ia dimasak dengan sempurna sebelum makan. Jadi, jika anda takut untuk makan cendawan ini secara mentah, pastikan anda masak pada suhu lebih daripada 50 darjah selsius!
Tip untuk pastikan cendawan selamat dimakan:
- Jangan makan cendawan mentah.
- Cuci cendawan dengan bersih sebelum makan.
- Ikut arahan pada pek pembungkus sebelum makan (jika ada).
- Simpan cendawan dalam peti ais untuk elakkan pertumbuhan bakteria.
- Asingkan cendawan dengan makanan lain untuk elakkan kontaminasi silang.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen