home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Anda Selalu Bagi Anak Masa Depan Skrin? Jaga-Jaga, Ia Mungkin Penyabab Obesiti!

Anda Selalu Bagi Anak Masa Depan Skrin? Jaga-Jaga, Ia Mungkin Penyabab Obesiti!

Masa yang dihabiskan di depan skrin merupakan faktor penting berkaitan obesiti kanak-kanak yang boleh diubahsuai. Kajian menunjukkan mengurangkan masa di hadapan skrin berbanding mengurangkan kalori membantu mengurangkan berat badan.

Mengurangkan masa menonton televisyen atau komputer memainkan peranan yang penting dalam melindungi kanak-kanak daripada obesiti dan juga mengurangan kan Indeks Jisim Badan (BMI) mereka. Perubahan ini dikatakan berkait rapat dengan perubahan pengambilan tenaga berbanding aktiviti fizikal. Ibu bapa yang inginkan anak-anak mereka untuk bersenam mungkin peroleh kejayaan yang lebih apabila mereka tampilkan aktiviti fizikal sebagai pilihan pertama yang menarik berbanding alternatif kepada televisyen atau komputer.

Menetapkan Peraturan Masa Menonton

Menetapkan peraturan terhadap tontonan anak-anak itu sama munasabahnya dengan meletakkan peraturan terhadap perkara-perkara lain seperti peraturan bermain dengan anak-anak, belajar erti kebaikan dan mengetahui latar belakang dan pergaulan anak-anak dengan kawan mereka. Pakar juga mencadangkan bahawa kualiti bahan media yang ditonton memainkan peranan yang lebih penting berbanding masa yang dihabiskan menonton.

Menetapkan Had Masa Menonton Untuk Kanak-Kanak Dewasa

Tetapkan had waktu tontonan yang sesuai untuk anak-anak anda, khususnya jika waktu menonton mereka menghalang perkembangan dalam aktiviti-aktiviti lain. Pertimbangkan kaedah-kaedah di bawah:

−Berikan keutamaan kepada waktu bermain yang tidak tersusun dan tidak terlibat dengan alatan elektrik.
−Wujudkan zon tanpa gajet atau zon masa seperti waktu makan atau satu malam setiap minggu.
−Hadkan penggunaan media hiburan ketika membuat kerja rumah.
−Wujudkan dan laksanakan had harian atau mingguan untuk menonton.
−Pertimbangkan penggunaan aplikasi untuk memantau waktu yang digunakan untuk tontonan.
−Pastikan anak-anak anda mengecas peranti mereka di luar bilik tidur.
−Letakkan peranti di luar bilik tidur mereka.
−Hadkan waktu menonton anda sendiri.
−Buang latar belakang TV.

Memastikan Masa Menonton Yang Berkualiti

Bukan semua applikasi yang dimuat turun itu bagus untuk kanak-kanak. Untuk memastikan waktu di depan skrin itu berkualiti, pertimbangkan tips di bawah:

−Pratonton permainan, applikasi dan rancangan terlebih dahulu sebelum memberikannya kepada anak-anak anda.
−Cari pilihan yang lebih interaktif.
−Ambil kesempatan sebagai ibu bapa untuk meletakkan had dan tapisan pada kandungan tertentu.
−Pastikan kanak-kanak berada berdekatan anda ketika mereka menonton sesuatu supaya anda boleh memantau bahan yang mereka lihat.
−Kerap bertanya kepada anak anda tentang program atau applikasi yang mereka telah gunakan sepanjang hari.
−Bermain permainan atau cari applikasi baru dengan mereka.
−Apbila menonton dengan mereka, wujudkan diskusi bersama mereka berkaitan dengan kandungan yang mereka tonton.

Sentiasa ingat bahawa terdapat kemungkinan di mana anak anda terdedah kepada bahan yang tidak sempat anda tapis terlebih dahulu dan untuk itu, wujudkan diskusi tentang situasi yang mungkin berlaku dan kelakuan yang anda harapkan daripada mereka.

Hello Health Group tidak memberi sebarang nasihat kesihatan, diagnosis atau rawatan.


Baca Juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Screen time and children — How to guide your child. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/screen-time/art-20047952?pg=1.Accessed February 24, 2017.

Screen time and child obesity. http://www.nhs.uk/news/2007/January08/Pages/Screentimeandchildobesity.aspxAccessed February 24, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab Disemak pada 01/07/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor