backup og meta

Kerap Mual Dan Muntah Angkara Asid Refluks (GERD)? Cuba Amalkan Diet Khas Ini!

Kerap Mual Dan Muntah Angkara Asid Refluks (GERD)? Cuba Amalkan Diet Khas Ini!

Sekiranya anda ada penyakit asid refluks atau lebih popular dengan nama GERD, ia mungkin boleh dikawal atau dirawat melalui pengamalan diet makanan untuk gerd yang khas.

Jika anda masih kurang pasti, penyakit ini adalah keadaan di mana kandungan dan asid di dalam perut cenderung untuk terjeluak atau terkeluar kembali ke saluran esofagus.

Akibatnya, anda akan kerap rasa seperti mual-mual dan muntah-muntah. Dalam usaha untuk elak ia berlaku dan berulang kembali, anda harus mula amalkan diet untuk asid refluks.

Apa itu diet makanan untuk gerd?

Untuk pengetahuan anda semua, diet khusus ini berfungsi dengan cara meminimumkan malah juga mungkin akan mampu untuk menyingkirkan segala gejala asid refluks seperti berikut:

  • Ketidakhadaman
  • Pedih ulu hati
  • Air liur pahit
  • Sakit dada
  • Pedih tekak

makanan untuk gerd

Memandangkan segala makanan serta minuman yang anda ambil itu akan beri kesan kepada sistem penghadaman dan pencernaan dalam organ perut, maka diet makanan untuk gerd ini sangat penting.

Ini kerana ada beberapa jenis makanan dan minuman yang mungkin akan jadi punca kepada masalah asid perut ini seperti alkohol, kafein, coklat serta lain-lain hidangan.

Jadi, adalah wajar untuk anda mengawal dan memilih apa yang patut anda makan serta minum atau jika tidak, masalah itu mungkin akan masih lagi berlaku dan berulang.

Apa komponen diet makanan untuk gerd?

Apa yang penting di sini adalah anda perlu fokus untuk elak pencetus atau penyebab kepada kondisi ini yakni makanan bergoreng, berlemak, pedas dan seperti di atas tadi.

Berikut adalah komponen-komponen yang perlu wujud di dalam diet jika anda ada masalah ini:

#1. Buah-buahan bukan sitrus

Buah-buahan sitrus seperti limau, lemon dan buah berasid lain mungkin akan meningkatkan risiko asid refluks. Oleh itu, sila ganti ia dengan jenis buah lain yang lebih sihat.

Contoh: Buah epal, pisang, pir, tembikai dan sebagainya.

#2. Sayur-sayuran serba hijau

Sayur-sayuran serba hijau sangat bagus dimasukkan ke dalam diet ini kerana ia rendah lemak dan gula sekali gus mampu untuk mengurangkan risiko masalah ini daripada terjadi.

Contoh: Sayur brokoli, bayam, kubis, asparagus dan sebagainya.

Makanan untuk gerd #3. Kekacang

Jenis kekacang seperti kacang panjang, kacang hitam, kacang tanah, kacang soya, kacang buah pinggang dan sebagainya adalah antara sumber nutrien serat yang paling bagus.

Bukan itu sahaja, kekacang ini juga amat kaya dengan nutrien fosforus, folat, magnesium serta mikronutrien yang ternyata mampu untuk menghalang GERD daripada terjadi.

makanan untuk gerd

#4. Gandum penuh

Jika ada masalah ini, anda mungkin akan cuba untuk elak daripada ambil gandum penuh sedangkan makanan dan minuman daripada kelas itu juga penting dalam komponen diet ini.

Pilihan gandum penuh yang terbaik untuk elak masalah asid refluks terjadi adalah seperti barli, soba, kuinoa, bayam merah serta variasi jenis nasi yang berasal daripada padi.

#5. Telur putih

Telur putih adalah antara sumber protein yang sangat bagus dan anda perlu memanfaatkan ia di dalam diet untuk asid refluks kerana ia mungkin boleh mengurangkan gejala.

Pun begitu, telur kuning adalah tinggi dengan kolesterol. Oleh itu, sila lebih berwaspada ketika mengambil telur dengan hanya memilih yang putih dan mengelak yang kuning.

Makanan untuk gerd #6. Kanji 

Sumber kanji yang popular seperti ubi kentang, ubi bit, lobak merah, lobak putih dan pelbagai lagi tumbuhan berkanji lain perlu ada di dalam diet untuk elak masalah GERD.

Bukan sahaja ada manfaat tersebut, ia juga sangat tinggi dengan serat, vitamin dan mineral yang mampu buat anda lebih cepat kenyang lantas dapat menghindarkan anda daripada terlebih makan.

makanan untuk gerd

#7. Protein

Tidak sah sesuatu diet itu tanpa nutrien protein, namun kebanyakan sumber protein ini seperti daging merah dikaitkan dengan pelbagai masalah perut termasuk asid refluks atau gerd.

Disebabkan itu pula, anda mungkin perlu ambil sumber protein yang sesuai seperti dada ayam dan ikan tanpa kulit serta pelbagai lagi jenis makanan laut yang lain.

Bagaimana pula dengan pencuci mulut?

Usah rasa khuatir, anda masih boleh ambil hidangan pencuci mulut yang terdiri daripada manisan namun harus memilih dengan lebih teliti agar tidak pula ia menjadi punca masalah perut anda.

Apa yang anda boleh ambil sebagai pencuci mulut adalah terdiri daripada komponen sayur-sayuran serta buah-buahan. Ternyata ia lebih sihat dan bagus untuk elak masalah GERD.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. GERD Diet: Foods That Help with Acid Reflux (Heartburn), https://www.hopkinsmedicine.org/health/wellness-and-prevention/gerd-diet-foods-that-help-with-acid-reflux-heartburn, Accessed Jan 4 2022.
  2. The Best and Worst Foods for Acid Reflux, https://www.uhhospitals.org/Healthy-at-UH/articles/2014/04/best-and-worst-foods-for-acid-reflux, Accessed Jan 4 2022.
  3. Diet Changes for GERD, https://aboutgerd.org/treatment/diet-lifestyle-changes/diet-changes-for-gerd/, Accessed Jan 4 2022.
  4. Oesophageal reflux diet sheet, https://patient.info/news-and-features/diet-sheet-for-oesophageal-reflux, Accessed Jan 4 2022.
  5. Foods that Reduce Heartburn (Acid Reflux), https://www.news-medical.net/health/Foods-for-Heartburn.aspx, Accessed Jan 4 2022.

Versi Terbaru

13/09/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Cuba 4 Kaedah Berkesan Ini Untuk Atasi Masalah Asid Refluks

Kerap Alami Pedih Ulu Hati? Jom Amalkan 7 Makanan Ini, Boleh Legakan Asid Refluks!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan