Tahukah anda, berat badan yang terlalu rendah tidak baik untuk kesihatan? Selalunya, golongan ini akan mengalami pelbagai masalah, antaranya ialah sistem imun yang rendah, tulang rapuh dan sering rasa penat. Ada banyak cara gemukkan badan secara sihat yang mungkin dapat membantu.
Apakah cara menambah berat badan? Apakah cara menaikkan berat badan dalam masa seminggu?
Tetapi, apakah maksud berat badan rendah? Mereka dengan berat badan rendah mempunyai BMI kurang daripada 18.5.
Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai tips nak gemukkan badan untuk mereka yang sukar menaikkan berat. Jom, baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Mengapa anda underweight?
Apakah cara menambah berat badan? Apakah cara menaikkan berat badan dalam masa seminggu?
Sebelum mengetahui cara gemukkan badan, anda perlulah tahu apakah punca anda underweight.
Ada beberapa sebab seseorang itu mempunyai berat yang rendah. Antaranya:
- Penyakit tiroid. Hipertiroidisme yang disebabkan oleh tiroid yang aktif boleh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan penurunan berat badan yang drastik.
- Gangguan pemakanan. Penyakit seperti anoreksia boleh menyebabkan penurunan berat badan yang ekstrem.
- Diabetes: Kencing manis yang tidak terkawal.
- Jangkitan: Pernah mengalami jangkitan, cirit-birit atau tuberkulosis. Semua ini boleh menyebabkan penurunan berat badan.
- Stres: Pada zaman sekarang, ramai yang alami tekanan perasaan disebabkan kerja atau masalah peribadi. Semua ini boleh menyebabkan penurunan berat badan yang tidak sihat, lebih-lebih lagi jika ia berlaku dalam satu tempoh masa yang panjang.
Cara gemukkan badan sekiranya anda underweight
Salah satu cara untuk menentukan sama ada anda mempunyai berat badan yang rendah atau tidak adalah dengan menggunakan BMI.
Kalkulator BMI akan mengambil kira berat, tinggi, umur dan jantina untuk mengira markah. Jika BMI anda di bawah 18.5, anda mempunyai berat badan yang rendah (underweight).
Antara cara gemukkan badan yang boleh anda cuba:
- Makan dengan lebih kerap. Sekiranya anda underweight, cuba makan lebih daripada 3 kali sehari. Ambil 5-6 hidangan kecil sepanjang hari. Anda perlukan lebihan kalori untuk menaikkan berat badan.
- Pilih makanan dengan nutrisi. Setkan rutin pemakanan harian. Pastikan semua makanan tersebut penuh dengan nutrisi dan kalori. Jangan lupa makan buah dan sayur-sayuran.
- Makan lebih banyak snek. Tambahkan hirisan keju atau kekacang dalam pelan pemakanan anda. Anda juga boleh tambahkan susu.
- Ambil smoothies dan shakes. Smoothies buah-buahan dapat memberikan kalori tambahan. Namun, elakkan pengambilan minuman manis seperti air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi sebarang nutrisi untuk badan.
- Periksa apa yang anda makan dan minum. Minuman boleh membuatkan anda rasa kenyang, tetapi untuk masa yang singkat. Jadi, elakkan mengambil sebarang minuman sebelum makan.
- Lakukan senaman. Siapa cakap orang yang ingin gemuk tidak perlu bersenam? Lakukan latihan kekuatan seperti angkat berat untuk menambah otot. Lagipun, otot mempunyai berat yang lebih tinggi berbanding lemak.
Berapa banyak kalori yang diperlukan sebagai cara gemukkan badan?
Apakah cara menambah berat badan?
Fakta
Jangan sesekali ambil makanan yang tinggi lemak. Walaupun makanan ini mempunyai kalori yang tinggi, ia bukanlah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin meningkatkan berat badan.
Tidak dinafikan, ada orang yang akan mengalami peningkatan berat badan yang lebih cepat berbanding orang lain.
Sekiranya anda mempunyai masalah, jangan malu untuk bertanya pada pakar dietetik.
Antara makanan tinggi kalori yang boleh diambil untuk gemukkan badan ialah:
- 1 keping roti telur dan kuah dhal: 414 kalori
- 1 pinggan bihun goreng: 515 kalori
- 1 pinggan mi rebus: 556 kalori
- 1 pinggan nasi briyani dan kambing: 587 kalori
- 1 pinggan nasi minyak dan rendang daging: 664 kalori
[embed-health-tool-bmr]