backup og meta

Nak Mulakan Diet Keto? Ikut 4 Tip Penting Ini, Awasi Karbo Dan Lemak!

Nak Mulakan Diet Keto? Ikut 4 Tip Penting Ini, Awasi Karbo Dan Lemak!

Anda ingin cuba diet jenis ketogenik dalam usaha untuk kurus tapi tidak tahu bagaimana mahu mula? Usah khuatir kerana ada tip mudah sebagai cara memulakan diet keto.

Buat anda yang tidak tahu tentangnya, ketogenik adalah sejenis diet dengan pola makan rendah karbohidrat namun tinggi lemak dan mampu untuk menurunkan berat badan.

Persoalannya, bagaimana cara memulakan diet keto? Jom terus baca artikel dengan lebih lanjut!

Sebelum tahu cara memulakan diet keto, fahami apa itu diet jenis ketogenik

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, ketogenik adalah sejenis diet dengan pola makan rendah karbohidrat namun tinggi lemak. Adakah ia bagus untuk diamalkan?

Untuk pengetahuan anda semua, ia memerlukan anda untuk mengurangkan pengambilan karbo dan menggantikan ia dengan lemak untuk menyeimbangkan sistem metabolisme.

[embed-health-tool-bmi]

Proses yang dinamakan sebagai ketosis ini seterusnya akan dapat membantu anda membakar lemak menjadi tenaga sekali gus memberi sumber tenaga untuk fizikal dan mental.

Dalam pada itu, ia juga dipercayai mampu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah atau insulin serta meningkatkan tahap keton yang terbukti mempunyai banyak manfaat.

cara memulakan diet keto

Ia boleh bantu anda kurus?

Ya, sebenarnya anda mungkin boleh menjadikan diet jenis ini sebagai salah satu cara untuk anda menurunkan berat badan serta mengurangkan risiko pelbagai penyakit lain.

Ini kerana ia dipercayai mampu untuk menyeimbangkan sistem metabolisme tubuh badan individu dengan proses ketosis yang mengurangkan karbo dan menambahkan lemak.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh buat anda kenyang lebih lama tanpa perlu fikir pengambilan kalori selain turut mengurangkan tekanan darah diastolik dan tahap trigliserida.

[embed-health-tool-bmr]

cara memulakan diet keto

Menurut kajian melibatkan 34 orang dewasa yang mengamalkan diet ini selama lebih kurang 8 minggu, mereka berjaya mengurangkan berat badan sehingga 5 kali ganda lebih banyak berbanding mereka yang mengamalkan diet rendah lemak biasa.

Bagaimana untuk mula diet keto?

Baiklah, sekarang kita pergi pula ke persoalan utama artikel ini iaitu bagaimana cara memulakan diet keto. Berikut adalah beberapa hal penting yang anda perlu tahu dan amalkan:

Cara memulakan diet keto #1. Awasi tahap pengambilan karbo

Pertama sekali, anda hanya perlu ambil 20 ke 30 gram karbohidrat sehari dan tidak lebih, sesuai dengan saranan Pakar Diet dari New York di Amerika, Kristen Mancinelli.

Disebabkan itu juga, anda perlu kenal apa antara jenis makanan yang kaya dengan karbo kerana kandungannya bukan hanya tinggi pada roti, biskut, pasta, gula-gula serta aiskrim sahaja.

Makanan yang anda tidak sangka seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang juga mungkin tinggi dengan karbo. Jadi, dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar diet.

#2. Awasi tahap pengambilan lemak

Menurut Kristen, ramai individu takut dengan lemak kerana ia dipercayai mampu menambah berat badan atau menambah risiko penyakit kronik seperti sakit organ jantung.

Sebenarnya, anda masih boleh dan mungkin perlu ambil lebih banyak lemak di dalam diet sebagai usaha menjayakan diet ini daripada jenis lemak sihat serta tidak tepu.

Lemak sihat ini harus datang dari sumber yang tepat dan yang pasti bukan daripada makanan tidak sihat seperti makanan segera, bergoreng, berminyak, diproses dan lain-lain.

#3. Awasi juga pengambilan protein

Meskipun diet ini banyak berkisar tentang pengambilan karbo dan lemak sahaja, anda juga tidak boleh abaikan protein. Ini kerana ia juga penting untuk anda beri lebih perhatian.

cara memulakan diet keto

Pengambilan protein juga penting di mana ia perlu sederhana yakni tidak terlalu banyak atau sedikit kerana ia juga sumber glukosa yang boleh membantu proses ketosis tubuh badan anda”, jelas Pakar Diet Ginger Hultin.

Oleh itu, sila pastikan anda masih ambil protein daripada sumber yang sihat seperti daging merah, daging putih atau suplemen tambahan pada kuantiti dan kualiti yang tepat.

Cara memulakan diet keto #4. Sila masak & makan di rumah

Di dalam usaha untuk diet keto ini berjaya, anda mungkin perlu masak sendiri di rumah untuk memastikan karbo, lemak, protein dan lain-lain nutrisi di dalam menu diet itu tepat.

Elakkan daripada makan di kedai makan atau restoran terutamanya yang menyediakan makanan segera kerana itu adalah musuh utama bagi individu dengan masalah berat badan.

Apa yang paling penting, sila pasang azam, dapatkan sokongan ahli keluarga dan rakan serta informasi dan nasihat daripada doktor terlebih dahulu sebelum cuba diet keto ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Ketogenic Diet – A Keto Guide for Beginners, https://www.ruled.me/guide-keto-diet/, Accessed Jan 29 2022.
  2. Diet Review: Ketogenic Diet for Weight Loss, https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/healthy-weight/diet-reviews/ketogenic-diet/, Accessed Jan 29 2022.
  3. Should you try the keto diet?, https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/should-you-try-the-keto-diet, Accessed Jan 29 2022.
  4. What is the Ketogenic Diet?, https://www.eatright.org/health/wellness/fad-diets/what-is-the-ketogenic-diet, Accessed Jan 29 2022.
  5. The truth behind the most popular diet trends of the moment, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/the-truth-behind-the-most-popular-diet-trends-of-the-moment/art-20390062, Accessed Jan 29 2022.

Versi Terbaru

24/05/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Lupakan Atkins, IF @ Keto, Ada Diet Lebih Berkesan Turunkan Berat Badan!

Diet Ketogenik Boleh Menyebabkan Masalah Psoriasis Lebih Teruk


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 24/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan