Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Biji akar ipoh adalah biji yang diambil daripada tumbuhan akar ipoh dengan nama saintifiknya Strychnos ignatii. Biji buahnya dahulu biasa digunakan untuk membuat ubat.
Walaupun terdapat kerisauan berkenaan tahap keselamatannya yang serius, sesetengah orang masih menggunakan biji akar ipoh dalam mengelakkan pitam/pengsan. Ia juga digunakan sebagai bahan pahit atau tonik; dan juga sebagai ejen untuk mencergaskan, menyegarkan, atau memulihkan fungsi badan.
Tiada kajian yang mencukupi tentang bagaimana suplemen herba ini berfungsi. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut. Walau bagaimanapun, adalah diketahui bahawa biji akar ipoh mengandungi racun strychnine dan brucine. Bahan kimia ini boleh menjejaskan penghantaran impuls saraf ke otot.
Sebelum menggunakan ubat ini, sila maklumkan kepada doktor anda jika:
Peraturan bagi suplemen herba kurang ketat berbanding peraturan untuk ubat. Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan tahap keselamatannya. Manfaat dalam mengambil suplemen herba ini mestilah dipastikan melebihi risiko pengambilannya sebelum ia digunakan. Sila berunding dengan pakar herba anda atau doktor untuk maklumat lanjut.
Biji akar ipoh tidak selamat untuk penggunaan. Ia adalah beracun. Bahaya ini disebabkan oleh strychnine dan brucine yang terkandung di dalamnya. Badan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah mengharamkan strychnine daripada produk ubat bukan preskripsi pada tahun 1989.
Oleh kerana biji akar ipoh adalah beracun, sila berhati-hati untuk tidak mengambilnya jika anda mempunyai salah satu keadaan berikut:
Kehamilan dan penyusuan bayi: Pengambilan biji akar ipoh adalah tidak selamat jika anda sedang hamil atau menyusu. Ia adalah beracun, dan boleh membahayakan anda serta bayi anda.
Penyakit hati: Strychnine akan terkumpul dalam badan individu yang mengalami kerosakan hati, menjadikan keracunan lebih berkemungkinan berlaku. Di samping itu, pengumpulan strychnine itu sendiri boleh menyebabkan kerosakan hati.
Kesan-kesan sampingan dan keracunan akan mendatangkan kegelisahan, perasaan cemas, peningkatan sensitiviti deria, peningkatan refleks, pening kepala, sakit leher dan kekejangan belakang badan, sentakan, kekejangan rahang dan leher, kekejangan seluruh tubuh, sakit otot, kesukaran bernafas, kegagalan buah pinggang, dan kematian.
Penggunaan biji akar ipoh dalam jangka masa yang panjang, walaupun dalam jumlah yang begitu kecil dan tidak menimbulkan kesan sampingan, akhirnya akan dapat menyebabkan kerosakan hati dan membawa maut. Ujian makmal mengenai kandungan urin dan kandungan perut boleh mengenal pasti keracunan strychnine sebagai punca kematian.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa pakar herba atau doktor anda.
Akar Ipoh (Biji akar ipoh) mungkin mempunyai tindak balas terhadap keadaan kesihatan dan ubat yang anda sedang ambil. Sila rujuk kepada pakar kesihatan sebelum menggunakannya.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau pakar herba anda sebelum menggunakan ubat ini
Dos untuk biji akar ipoh ini mungkin berbeza bagi setiap pesakit jika terdapat keperluan. Dos yang anda wajar ambil bergantung pada usia anda, tahap kesihatan, dan beberapa syarat lain. Suplemen herba tidak selalunya selamat, terutamanya herba ini. Sila berbincang dengan pakar herba anda atau doktor untuk dos yang sesuai.
Bahan biji akar ipoh ini adalah terdapat dalam beberapa bentuk dos penggunaan berikut:
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen