backup og meta

Adakah Selamat untuk Berpuasa Sewaktu Mengambil Warfarin?

Adakah Selamat untuk Berpuasa Sewaktu Mengambil Warfarin?

Apa itu Warfarin?

Warfarin merupakan ubat antikoagulan yang digunakan untuk mengelakkan pembekuan darah berbahaya daripada terbentuk atau bertambah teruk. Pembekuan darah diperlukan untuk mencegah atau menghentikan pendarahan, tetapi pembekuan darah berbahaya boleh menyebabkan serangan jantung, strok, trombosis vena atau embolisme paru-paru. Warfarin bertindak mengganggu pembentukan gumpalan darah. Ramai orang merujuk kepada antikoagulan sebagai “pencair darah”; tetapi Warfarin sebenarnya bukanlah mencairkan darah, sebaliknya menyebabkan darah mengambil masa lebih lama untuk membentuk gumpalan.

Siapa yang Perlu Mengambil Warfarin

Warfarin digunakan oleh pesakit yang mempunyai masalah atau risiko berlakunya pembekuan darah tidak normal, seperti:

  • Atrial Fibrillation : Degupan jantung tidak teratur
  • Prosthetic Heart-Valve : Gantian injap jantung
  • Deep Vein Thrombosis : Darah beku di kaki
  • Pulmonary Embolism : Darah beku di paru-paru

Matlamat terapi warfarin adalah untuk mengurangkan kecenderungan pembekuan darah, bukan untuk mengelakkan pembekuan sepenuhnya. Oleh itu, kesan warfarin perlu dipantau dengan teliti menggunakan ujian darah yang menunjukkan bacaan INR.

Adakah Puasa Ramadan menjejaskan Kesan Warfarin

Bacaan INR menerangkan kadar berlakunya pembekuan darah dalam badan. Dos Warfarin bergantung kepada sasaran INR yang dikehendaki supaya berada dalam julat yang disyorkan. Kebiasaannya julat INR yang dikehendaki adalah antara 2.0 hingga 3.0. Ujian darah perlu dilakukan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh rawatan bagi memantau bacaan INR. Sekiranya INR terlalu rendah, darah beku tidak akan dicegah, tetapi jika INR terlalu tinggi, terdapat peningkatan risiko pendarahan.

Dalam satu kajian terhadap pesakit berpuasa yang mengambil Warfarin, berpuasa didapati boleh meningkatkan julat INR dalam pesakit yang mengambil warfarin dalam keadaan stabil. Oleh itu bagi pesakit yang memang ditetapkan untuk mempunyai INR yang tinggi, langkah pengawasan dan penyesuaian dos mungkin diperlukan semasa berpuasa.

Langkah Keselamatan sewaktu Puasa

Memandangkan puasa boleh meningkatkan INR atau dalam erti kata lain boleh meningkatkan risiko anda mengalami pendarahan, pastikan anda mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang berpuasa. Antara langkah yang patut anda lakukan:

  • Mengambil warfarin seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi. Jangan gandakan dos hari ini jika terlupa mengambilnya semalam.
  • Melakukan ujian darah seperti yang diarahkan.
  • Memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi mengenai ubat-ubatan, ubat tradisional, herba-herba dan makanan tambahan (suplemen) yang diambil.
  • Memastikan pemakanan seimbang sepanjang berpuasa. Bincang dengan doktor atau pakar pemakanan tentang saranan yang patut anda amalkan.
  • Berjumpa doktor jika sakit atau mengalami luka atau pendarahan yang lebih teruk daripada biasa.
  • Memberitahu doktor/doktor gigi/ahli farmasi bahawa anda sedang dalam rawatan dengan ubat Warfarin.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/Arrhythmia/PreventionTreatmentofArrhythmia/A-Patients-Guide-to-Taking-Warfarin_UCM_444996_Article.jsp#.WvpgEoiFPIV

http://www.myhealth.gov.my/en/warfarin/

Lai, Y. F., M. H. H. Cheen, S. H. Lim, F. H. I. Yeo, S. C. Nah, M. C. Kong, D. Mya, L. H. Lee, and H. J. Ng. “The Effects of Fasting in Muslim Patients Taking Warfarin.” Journal of Thrombosis and Haemostasis: JTH 12, no. 3 (2014): 349–54. https://doi.org/10.1111/jth.12496.
Lai, Y. F., and H. J. Ng. “Fasting and Warfarin.” Journal of Nutrition,Fasting and Health 2, no. 3 (September 1, 2014): 104–5. https://doi.org/10.22038/jfh.2014.3311.

Versi Terbaru

28/11/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Kate


Artikel Berkaitan

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 28/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan